Sumber/Sumber Foto: Instagram Faye Kusairi

Kini sedang hamil 38 minggu pelakon Faye Kusairi mendedahkan, minggu lalu dia berdepan ujian tidak terjangka apabila diserang penyakit Bells Palsy.

Penyakit ini yang lebih kerap berlaku pada orang yang mengandung, terutamanya semasa trimester ketiga, atau yang dalam minggu pertama selepas melahirkan.

Bells Palsy adalah satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah atau lemah. Ini boleh berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi.

Kerosakan saraf ini biasanya berlaku apabila saraf menjadi bengkak atau meradang kerana jangkitan dengan virus. Kebanyakan orang dengan bells palsy pulih sepenuhnya. Tetapi sesetengah orang mempunyai gejala bell palsy sepanjang hayatnya.

Sarat Hamil, Diserang Bells Palsy Ketika Gosok Gigi

Pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, yang juga ibu kepada seorang cahaya mata, Alif Azmi menyatakan kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila dia mengalami kekejangan pada otot muka sebelah kanan ketika sedang menggosok gigi.

“Alhamdulillah, saya sudah dibenarkan pulang. Saya dimasukkan ke hospital sepanjang hujung minggu apabila disahkan mengalami Bells Palsy pada pagi Jumaat ketika sedang menggosok gigi.

IKLAN

“Saya belum pulih sepenuhnya tetapi dalam progress. Separuh muka sebelah kanan saya lumpuh sejak Jumaat dan saya menjalani rawatan bersama neurologis, ia semakin pulih.

“Sekarang saya sudah boleh menggerakkan otot wajah saya sedikit sebanyak. Syukur Alhamdulillah,” tulis Faye menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Teruskan Rawatan Bells Palsy Di Rumah

Isteri kepada pengarah drama terkenal, Azmi Hatta ini sedang menghitung hari untuk melahirkan anak kedua.

Difamkan dengan usia kandungan yang sudah mencecah 38 minggu, dia kini hanya berehat dan menjalani rawatan di rumah serta berharap segalanya akan dipermudahkan.

“Sekarang saya teruskan berehat di rumah dan usia kandungan saya sudah 38 minggu.

“Dalam masa yang sama saya meneruskan rawatan Bells Palsy di rumah. Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan,” ujarnya.

IKLAN

Baca Disini Juga:

Disiplin, Fokus & Doa. Tiga Cara Faye Kusairi Kuasai Watak Antagonis

Wanita Lumpuh Wajah Selepas Hidap Selesema & Stress Di Tempat Kerja!

Ramai Yang Mendoakan

 

MW: Semoga Faye cepat sembuh dan dipermudahkan proses bersalin.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Faye Kusairi

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita