Memang bukan mudah untuk menyambung pengajian peringkat tertinggi iaitu PhD dalam pada masa yang sama turut menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu pada anak-anak yang masih kecil. Pastinya memerlukan pengorbanan yang besar dan semangat gigih yang luarbiasa dalam mencapai cita-cita ini.
Membesarkan 8 Orang Anak
Ternyata, wanita berusia 38 tahun ini sungguh memberi inspirasi apabila apabila berjaya menamatkan pengajian PhD dengan cemerlang dalam tempoh 3 tahun setengah dari UiTM pada 10 September lepas.
Dr.Zatilfarihiah Rasdi berjaya menyelesaikan penyelidikan biokimia pergigiannya, pada masa yang sama turut membesarkan lapan orang anak-anaknya yang berusia di antara satu hingga 14 tahun.
“Anak yang sulung masih bersekolah dan yang kecil baru sahaja berusia satu tahun sembilan bulan. Jika diingatkan semula, saya tidak dapat membayangkan bagaimana saya dapat melalui ini semua, ia sangat mencabar, lebih-lebih lagi saya mempunyai anak kecil,” kata Dr.Zatilfarihiah.
Selain menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan pelajar PhD, Dr.Zatilfarihiah juga menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pensyarah pergigian di sebuah kolej tempatan. Katanya, cabaran membesarkan anak-anak menjadikannya lebih berdisiplin dalam bab pengurusan masa.
Pengorbanan yang paling banyak dilakukan oleh Dr.Zatilfarihiah sepanjang tempoh pengajian PhD ialah masa rehat. Selain memastikan tugas dan penyelidikan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan, dia juga memberikan tumpuan sebaik-baiknya pada keluarganya.
Ads
Daftar Pengajian PhD 2017
Kata Dr.Zatilfarihiah, sebenarnya membesarkan anak sambil belajar bukanlah perkara mudah. Pada April 2017 ketika dia mula-mula mendaftar untuk pengajian PhD, dia sudah mempunyai lima orang anak dan sepanjang pengajiannya, dia melahirkan tiga orang anak lagi.
Mengandung, bersalin sambil belajar adalah cabaran yang harus ditempuhi namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan pengajian. Baginya apa yang dilaluinya itu adalah rahmat Tuhan buat dia dan keluarganya.
Hampir setiap hari, Dr.Zatilfarihiah akan bangun untuk menelaah pelajaran dan menyiapkan thesis pada jam 2 pagi. Kemudian pergi ke makmal pada jam 8 pagi hingga 5 petang untuk menyiapkan kertas kajian dan menjalankan eksperimen. Dia mengaku perkara tersebut memenatkannya namun dia bersyukur kerana sebagai seorang pensyarah dia cepat menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
Ads
Sokongan Suami & Keluarga
Menurut Dr.Zatilfarihiah, suaminya sangat menyokong perjalanannya sebagai pelajar PhD. Ibu bapa kandung dan ibu bapa mertuanya juga turut sama membantu menjaga anak-anaknya ketika dia sibuk menjalankan tugas.
Mingguan Wanita: Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr.Zatilfarihiah yang berjaya menggengam PhD meskipun menggalas tanggungjawab yang besar menguruskan 8 orang anak-anak. Semoga menjadi inspirasi buat wanita yang lain juga supaya tekad untuk berjaya.
Siti Jamumall dah nikah di Thailand, batal majlis 31 Mei & pilih lelaki lain.
Pempengaruh dan usahawan sensasi Siti Jamumall didakwa sudah melangsungkan pernikahan di Satun, Thailand, pada awal bulan ini. Dirinya yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 31 Mei tetapi akhirya memilih lelaki lain sebagai pasangan hidupnya.
Menguatkan dakwaan itu, Siti Jamumall, 25, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin turut berkongsi video pendek bersama pasangannya dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.
Siti yang juga ibu kepada dua cahaya mata bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenai perkara itu.
“Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat. Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan,” katanya ringkas.
Terdahulu, Siti sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya namun majlis itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor peribadi.
Malah, segala persiapan sudah dibuat termasuk jemputan kepada semua tetamu.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Nasi lemak sambal cicak, “pengotor sangat” wanita fobia beli nasi lemak tepi jalan. Nasi lemak merupakan menu kesukaan rakyat Malaysia. Bukan saja dinikmati di pagi hari tetapi tengah malam juga masih ramai mencarinya ketika panas-panas.
Dalam keenakan dan menjadi menu kesukaan ramai, sikap peniaga yang tidak menitip beratkan kebersihan ketika penyediaan makanan boleh membawa mudarat kepada pembeli. Satu video dikongsikan oleh Fatihahh di Tik Toknya cukup menjijikkan di mana sambal nasi lemak yang sepatutnya dicampur ikan bilis namun dia menemui seekor cicak yang telah mati.
Nasi Lemak Sambal Cicak
Tulis Fatihahh, dia membeli nasi lemak itu di gerai tepi jalan di lokasi Taman Tasik Permaisuri, Cheras. Tapi apa yang dia dapat, sambal nasi lemaknya bercampur cicak.
“Sebelum makan check la dulu ya. Fobia aku nak beli nasi lemak tepi jalan! Pengotor gila” tulisnya.
Dari video dikongsinya jelas seekor cicak bercampur bersama sambal dan nyata ia cukup mengembangkan tekak.
“Pengotor Sangat” Wanita Fobia Beli Nasi Lemak Tepi Jalan
Di ruangan komen ramai berkata kembang tekak melihat nasi lemak sambal cicak ini bahkan ada yang berlawak mengatakan ianya jackpot termasuk lauk extra. Namun ada satu komen turut mengakui mengalami perkara yang sama hingga dirinya fobia untuk makan ikan bilis.
“Pernah kena dlm nasi lemak juga,n asib perasan, x sempat la mkn cicak tu, tp nasi dh mkn😩mmg muntah teruih, bertahun2 x mkn ikan bilis jadi fobia teruih @ieyda80.
Mungkin hal ini boleh jadi ingatan kepada mana-mana peniaga untuk menjaga kebersihan makanan kerana pembeli mengeluarkan duit, bukan dapat secara percuma.
Anak diliwat Ustaz di tahfiz. Kes sudah dua tahun lebih berlalu tapi tertuduh masih bebas beri ceramah sana sini.
“Anak saya datang tahfiz bukan untuk jadi tukang urut Ustaz. Tapi anak saya dirat*h. Kes dah dua tahun lebih, suspek masih bebas ceramah agama sana sini kata Norsuraya, ibu pelajar yang menjadi mangsa perbuatan jijik di tahfiz.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sungguh ajal, maut itu ketentuan tuhan. Sesi persekolahan 2023 yang baru memasuki hari ketiga, mencatat kisah duka, tragis kemalangan maut melibatkan murid sekolah.
Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.
Treler Langgar Motorsikal
Beliau berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.
“Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.
“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Morni berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...