Nombor 11 ‘cukup dekat’ bagi diri seorang kanak-kanak lelaki ini yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11 pada 11 November lalu selepas dilahirkan pada tahun 2011, pukul 11.11 pagi, lapor akhbar Daily Star.

Berkait Rapat Nombor 11

Kanak-kanak tersebut, Daniel Saunders dari Hertfordshire, England, kerap berkait rapat dengan nombor 11 sejak dilahirkan.

“Saya teruja untuk menyambut ulang tahun kelahiran kali ini,” katanya.

Lahir 11.11.2011 Jam 11.11 Pagi, Budak Lelaki Teruja Sambut Hari Jadi Ke-11

Nombor Utama Numerologi

Menurut Daniel, 11 merupakan nombor utama dalam bidang numerologi dan ia bermaksud, dia mempunyai potensi besar pada masa akan datang.

“Ia adalah nombor bertuah saya dan amat mudah untuk diingati. Tiada sesiapa akan terlupa hari lahir saya,” katanya.

Menurut ibu Daniel, Charlotte, anak lelakinya dijangka dilahirkan pada 17 November 2011 namun, dia diberitahu bahawa bayi dalam kandungannya berada dalam kedudukan tidak sepatutnya ketika itu.

IKLAN

Disebabkan doktor gagal mengubah kedudukan bayi (Daniel), Charlotte terpaksa menjalani pembedahan pada 11 November.

“Daniel sepatutnya dikeluarkan lebih awal namun, dia ketika itu tersekat di bawah rusuk saya yang menyebabkan doktor mengambil masa agak lama untuk mengeluarkannya.

Lahir 11.11.2011 Jam 11.11 Pagi, Budak Lelaki Teruja Sambut Hari Jadi Ke-11

“Ia adalah sesuatu yang hebat apabila dia dilahirkan dengan perkara berkaitan nombor 11. Ia adalah nombor bertuah saya sejak kecil dan kini saya berkongsi angka bertuah tersebut dengan Daniel,” kata Charlotte.

Lahir 11.11.2011 Jam 11.11 Pagi, Budak Lelaki Teruja Sambut Hari Jadi Ke-11

IKLAN

Mesti Baca:“Langsung Tak Dapat Melihat, Mendukung Anak Dilahirkan” Isteri KOMA Selepas Bersalin Anak Ketiga!
Baca Lagi Di Sini:Tak Kisah Diejek, Nekad Kahwin Niat Ikhlas Tolong Ibu Tunggal Anak 5
Artikel Menarik:“Ayah Minta Maaf Nak…” 4 Beranak Meninggal Dalam Kemalangan, Tak Sempat Sambut Birthday Datuk

IKLAN

Mingguan Wanita: Memang cantik nombornya, semuanya berkait rapat dengan nombor 11 sejak kecil. Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur, membesar dengan baik dan diberikan kebahagiaan dalam kehidupan iya.

Sumber: Kosmo, Daily Star

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI