Daun kari sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia bagi menambah aroma menyedapkan lagi masakan.Bagi mak-mak yang suka berkebun, eloklah tanam pokok daun kari ini sendiri di rumah. Lebih jimat dan puas hati bila tanam sendiri dan dapat digunakan dalam masakan nanti. Kebiasaannya, pokok kari di tanam dengan menggunakan anak pokok kari, namun demikian, ia juga boleh disemai menggunakan kaedah keratan dahan atau batang pokok kari.
Untuk faham lebih lanjut caranya, boleh baca perkongsian daripada Puan Nomie Mat Lias ini sebagai panduan;
Daun kari sangat femes antara kategori daun herba. Buat ulam, buat kari, goreng berlada dan lain-lain. Pendek kata, semua nikmat bila ada daun kari dalam masakan.
Seronok semai pokok daun kari ni. Banyak kegunaan dalam masakan seharian.
Kalau ada tetamu datang rumah, boleh juga hadiahkan pokok kari untuk tetamu.
Biasa nak mudah kita beli je daun kari kan? Ini cara saya share untuk kita semua tanam pokok kari.
1. Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari.
2. Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
3. Jika panjang, kerat 2/3.
4. Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru. (5-8 hari).
5. Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
6. Cucukkan batang kari tadi.
Ads
7. Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
8. Tunggu hingga daun baru tumbuh.
9. Pindahkan ke tanah / pasu besar.
10. Petiklah daun kari untuk buat ulam atau masakan.
Prosesnya lama la jugak makan bulan, boleh je beli kat kedai lebih mudah.
Tapi untuk yang minat, bolehlah cuba cara di atas ya.
MW: Buat mak-mak yang suka berkebun dan selalu guna daun kari dalam masakan boleh cuba tanam sendiri pokok kari di rumah ikut tip yang dikongsikan. Tanam dalam pasu, guna dahannya sahaja. Lebih jimat dan puas hati bila tanam sendiri.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Ads
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Biasanya baju T memang mudah mengembang dan berkedut-kedut pada bahagian ‘leher’ baju, terutamanya selepas dicuci. Sayang sungguh, sebab ia boleh menyebabkan baju nampak seperti sudah lama walaupun sebenarnya masih baru. Sebenarnya dengan merendam bahagian leher baju T tersebut dengan air sejuk sebelum menggosoknya boleh mengembalikan kekemasannya.
Tip ini dikongsikan oleh Nexcy, pakar dalam perkhidmatan dobi dari Jepun sendiri. Menurut Nexcy leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan kita memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya.
Contohnya menggantung baju T yang lembap menggunakan penyangkut menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju T menyebabkan ia meregang terutama di bahagian leher.
Nexcy juga kongsikan cara untuk membaiki dan mengembalikan kekemasan bentuk pada bahagian leher baju T yang mengembang ini seperti berikut;
Bahan Diperlukan:
Seterika
Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk
Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.
Cara Membuat:
1. Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas.
2. Kemudian rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.
3.Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.
4.Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).
5.Seterika bahagian ‘neckline’ menghala ke arah atas baju T.
6.Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.
Siap!
Hasilnya, Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!
Mingguan Wanita: Menarik tip yang dikongsikan ini. Ada masalah leher baju T mengembang dan berkedut-kedut, boleh cuba rendam sekejap dalam air sejuk sebelum gosok. Memang berkesan, leher baju T kembali elok, macam kita baru beli.
Hari ini genaplah tujuh hari kita berpuasa. Dalam sibuk berpuasa ini, saya ingin berkongsi tentang kejayaan seorang wanita dalam menurunkan berat badan. Rahsia kejayaannya selepas diejek membuatkan dia nekad untuk menurunkan berat badan. Kisah Nursuraya yang cukup hebat ini diharap dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana yang ingin kurus.
“Rahsia kejayaan saya dimana saya mengambil ejekkan itu satu ‘push factor’ untuk saya nekad dan displin ketika pejalanan saya utuk menurunkan berat badan. Saya sangat displin dan apabila buat sesuatu mesti dengan bersungguh. Buat satu perubahan diri untuk diri dan keluarga kerana pejalanan untuk kurus bukan mudah tetapi tidak mustahil. Kerana ia penuh dugaan malah akan ada kata-kata negatif yang akan buatkan kita berasa rendah diri. Maka cari kawan yang mempunyai energi positif dan matlamat yang sama. Anggap ejekan atau kata-kata negatif itu hanya angin yang berlalu. Niat kerana Allah swt dan insyaAllah Dia akan memudahkan,” begitulah ungkapan yang menjadi motivasi Nursuraya Izwanieza Saidudin, 34 tentang kejayaannya dalam menurunkan berat badan dan sekaligus menjalani gaya hidup sihat.
Wanita yang berasal dari Pahang ini pada awalnya membenci kepada aktiviti sukan namun lama-kelamaan dia jatuh cinta dengan aktiviti senaman.
“Pada mulanya saya begitu benci dengan aktiviti yang melibatkan sukan kerana saya berbadan besar dan anggap ia satu bebanan. Mula aktif sukan pada 2014 bila pejabat menganjurkan satu program menurunkan berat badan. Kemudian bila saya mengikuti progam Jom Kurus 1 Malaysia, pelbagai aktiviti yang diperkenalkan oleh Team Leader. Dari situ saya mula aktif dan minat. Aktiviti yang saya suka seperti senaman circuit dimana ia menguji kemampuan kita untuk push kita punya limit untuk menyelesaikan senaman tersebut
“Selain itu saya juga berminat aktiviti dalam air seperti aqualogix dan aquarobic yang berbeza dari senaman lain dan juga hiking dimana kita dapat menikmati keindahan alam semula jadi.
“Saya melakukan senaman tiga atau empat kali seminggu. Oleh kerana saya berulang alik kerja dari Seremban ke Kuala Lumpur, maka masa saya agak terhad. Jika ada masa, saya akan ke gymasium atau bersenam secara berkumpulan. Atau jika terlalu sibuk saya hanya buat senaman dirumah dan adakalanya akan membuat senaman bersama anak kecil sebagai senaman weight training,” ujar Nursuraya yang memegang pegangan dimana jangan jadikan alasan kesibukkan untuk kita tidak berubah.
Aktiviti Sihat Sumber Rezeki Sampingan
Bekerja disalah sebuah bank di ibu negara dan Nursuraya menjadikan aktiviti sihat sebagai salah satu aktiviti sampingan.
“Aktiviti ini dijadikan salah satu sumber rezeki sampingan tetapi dari sudut saya ia merupakan satu rezeki yang indah bila kita berjumpa lebih ramai yang ingin kita bantu mereka ke arah yang lebih sihat dan secara tidak lansung ia menjadi salah satu keluarga yang besar. Dapat membantu mereka membuatkan diri ini rasa puas kerana kita pernah melalui apa yang mereka rasa
“Saya merupakan Team Leader Jom Kurus 1 Malaysia di bawah anjuran Kevin Zahri. Bila kita dah mula join program sebegini dan kita dah ubahkan ia menjadi lifestyle maka permintaan mereka untuk terus menerus untuk kekal aktif dan saya bersama team Fitness Queen selalunya akan mengadakan aktiviti Group Training Fit Ladies dan juga online coaching di atas pemintaan ramai.
“Biasanya setiap program akan ada pelbagai aktiviti yang saya berikan seperti Kelas Nutrisi, Kelas Healthy Cooking, Hiking, Beach Bootcamp,Metafit,Aquarobic, trecking,body combat dan pelbagai. Dan ada juga yang saya buat untuk ibu-ibu yang hamil, lepas bersalin dan juga ibu menyusu. Kerana pengalaman saya ketika hamil anak ketiga amat berbeza dimana saya aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pemakanan yang betul dan senaman yang betul ketika hamil dapat membantu ibu tidak mengalami kenaikkan berat badan yang melampau dan mengembalikan bentuk badan asal secara sihat.
“Aktiviti sihat ini bermula bila saya sedar yang berat badan saya mula tidak mahu turun ketika melahirkan anak kedua. Pada ketika ini saya menyusukan anak dan bila lapar saya akan makan dan tak sedar berat mula naik mendadak sehingga 83kg. Pelbagai cara saya buat, adakala memang turun berat tetapi bila cara dan ilmu tidak ada maka berat kembali kepada asal. Bila sudah sertai program seperti ini dan mempunyai kawan-kawan yang satu matlamat, maka aktiviti ni dah jadi lifestyle.Alhamdulillah, ketika hamil anak ketiga, saya dapat mengawal berat badan saya dimana hanya naik sekitar 10kg berbanding 20kg sebelumnya,” kata Nursuraya yang telah menerima sijil Certified Metafit Coach, Pre Post Natal Training
dan Certified Excersie Training.
Bersenam Bersama Anak
Ibu kepada tiga cahaya mata ini akan mencuri masa untuk bersenam ketika dipejabat dengan menaiki tangga.
“Contohnya saya dilevel 20, sampai tingkat 10 saya akan naik lif kemudian turun dan selebihnya naik tangga. Saya akan letakkan kenderaan jauh supaya dapat berjalan dan merupakan light workout. Malah ketika bersama anak-anak juga boleh jadikan anak untuk bersenam bersama. Saya juga selalu hiking bersama kawan-kawan di sekitar Negeri Sembilan seperti Gunung angsi, Gunung Datuk, Bukit Melati,” luah Nursuraya yang kini kekalkan berat badan ideal 57kg.
Nursuraya juga menjelaskan dia juga sangat menjaga pemakanan, “Saya lebih kepada pemakanan yang sihat. Bagi saya yang agak sibuk selalunya saya akan menyediakan meal preparation untuk seminggu. Maka dengan itu juga tercetus ommalicious.healthy.meal (IG) untuk saya menyediakan khidmat makanan yang sihat bagi memudahkan mereka yang agak sibuk tetapi masih boleh menjaga pemakanan. Ini adalah kerana pemakanan merupakan sumbangan yang utama dalam penurunan berat badan.”
MENU PILIHAN NURSURAYA
*Sarapan Overnight oat *Makan Tengahari Nasi (basmathi atau brown rice) segengam Ikan atau ayam (bahagian dada) Sayur atau ulaman *Minum petang Biskut / healthy brownies/ buah *Makan malam Nasi basmathi atau perang Ikan atau ayam berlada/kari yang diolah masak secara sihat.
Tips: Protien tidak semestinya bakar, kita boleh masak seperti biasa cuma kurangkan garam dan minyak dalam masakkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Khusus untuk mak-mak yang ada anak usia 8 bulan ke atas, dan selalu stuck nak sediakan menu sedap untuk anak. Boleh cuba 5 resepi berasaskan cream cheese yang sedap ini.
“Kepada Penyondol, Bolehlah Jadi Nombor Satu Sekarang” itulah antara ayat yang dikongsikan oleh pelakon senior Farisha Irwayu menerusi sebuag video yang dikongsi di laman...