Jika selama ni laman kosong je tiada rumput dan hiasan landskap menarik, sebenarnya kita boleh serikan dengan pasang rumput tiruan. Buat sendiri je, lebih jimat namun ada cara-caranya. Malah memandangkan tahun ni kita beraya di rumah sendiri, bolehlah dijadikan ‘spot’ menarik untuk photoshoot pagi raya nanti.
Boleh cuba idea yang dikongsikan oleh Muammar Arfaini;
Fuh…Puas hati geng..Benda boleh buat sendiri buat upah orang? Hahahaha.. Barang semua beli kat shopee. Cuma pasir je beli kat hardware. Cara pemasangan boleh tengok youtube geng.Ni semua untuk photoshoot raya. Raya kan kat ghumah je.
1.Cangkul rumput-rumput. Kalau tanah tak rata, lebih baik cangkul ratakan sikit.Nanti lepas letak weedmat, letak pasir baru levelkan.
2. Pasang weedmat.
3.Tabur pasir halus dan ratakan.
Ads
4. Pasang rumput tiruan. Paku simen belah dalam longkang tu.Paku simen setengah atau 1 inci.Paku bawah sikit supaya drain cover tu boleh masuk sebab paku tu saya tak tanam habis supaya tak terlucut.
Info Ekstra!
Rumput lama insya Allah tak naik sebab dah letak plastik hitam (weedmat).Dia akan tertutup and lama-lama akan mati sebab takda cahaya.
Dalam bab pengurusan jenazah, menyantuni jenazah dengan cermat dan tak menyakiti jenazah adalah satu tuntutan dalam Islam.
Dan wanita ini, Puan Amina Jasmine berkongsi panduan cara menghasilkan bantal pandan untuk jenazah.
“Bila kita berada dalam rumah ada kematian. Bantulah apa yang perlu buat keluarga si mati. Antaranya buatkan bantal pandan buat jenazah. Semoga beroleh pahala dan Allah mengampuni kita semua.”
“Bantal pandan ini digunakan semasa memandikan jenazah. Bagi alas kepalanya agar tidak rasa sakit terkena pan (tempat) mandi.”
Selain dibuat alas kepala jenazah, bantal pandan juga boleh dibuat dekat liang lahad. Alaskan dekat kepala.
Peralatan menjahit bantal : Kain perca putih, benang putih dan gunting.
Bahan diperlukan
Beberapa helai daun pandan
Benang putih
Kain perca putih (saya gunakan baju sekolah anak tak pakai untuk buat bantal)
Gunting
Cara Buat Bantal Pandan Untuk Jenazah
Daun pandan halus…kalau boleh halus, haluskan lagi lebih baik agar bantal jenazah rasa lembut.
Pertama : Panduan Racik Daun Pandan
Ada dua cara nak racik daun pandan. Pertama racik macam nak buat bunga rampai, potong halus, kecil-kecil. Jika tiada masa, ada satu lagi pilihan anda boleh buat.
Iaitu daun pandan boleh disiat-siat memanjang, halus-halus.
Daun pandan disiat memanjang ini takkan rasa keras. Teksturnya akan mudah jadi lembut dan tak menyakitkan jenazah. Begitu juga daun pandan yang diracik halus.
Manakala daun pandan yang dipotong kasar, ia lambat jadi kering. Teksturnya boleh menyakitkan bahagian kepala jenazah.
Daun pandan yang dipotong kasar untuk ditaburkan di atas tanah perkuburan..
Jadi, daun pandan kasasr tadi bolehlah ditabur atas tanah perkuburan. Daun potongan kasar ini, dia lambat layu dan daun yang masih segar akan berzikir untuk mayat di bawah.
Berbanding daun yang diracik halus akan mudah layu. Bila ditabur pagi atas tanah perkuburan jenazah, sebelah petang ia dah mati. Dan tak lagi berzikir untuk mayat.
Macam-macam cara boleh cantikkan deko dan hiasan rumah. Malah tak perlu keluarkan kos yang besar pun, paling mudah ‘make over’ pintu rumah jadi luarbiasa cantiknya.
Berikut cara-cara dan hasil deko bajet tersebut yang dikongsikan oleh Zahid Zai ini sebagai panduan;
“Projek geli-geli sempena PKPB.Deko bajet make over “plywood flush door”
Material : kayu kambi siling
Alat : gergaji, sesiku L, pembaris “spirit level”, masking tape & gam “construction joint / adhesive no nail”
Cat : Nippon Jenis : Timber shade (matte finish) Kod : Expresso
Lelaki ini, Mohd Amri berkongsi cara tanam sawi Tha Sai untuk pemula. Akuinya, ini kali pertama dia menanam sawi jenis ini. Walaupun baru pertama kali, hasilnya sawi subur menghijau.
Paling penting, pada hari ke-16 tanaman sawi ini perlu dipindahkan ke dalam pasu. Agar ia boleh membesar dengan subur.
Katanya, “menanam ini satu journey ya sahabat semua. Jangan ada putus asa. Sekali tanam tak jadi, cuba lagi, cari ilmu dan bertanya orang lain. In sha Allah jadi.”
Pertama Kali Tanam Sawi Tha Sai
Kali ini saya nak kongsi hasil tanaman sawi “tha sai” saya untuk kali pertama. Ikutkan, masih belum capai KPI ni. Hehe. Dalam kekangan cuaca yang tidak menentu, pertumbuhan agak kurang menarik. Tapi, syukurlah kepada Allah sebab inikan kali pertama tanam sawi jenis ini.
Medium Tanah : Medium saya guna ialah tanah hitam, sekam mentah, tanah merah bakar dan sedikit cocopeat.
Pada peringkat hari pertama semaian, saya akan melakukan “heating”. Heating ada satu proses kita menutup bekas semaian dengan plastik hitam secara penuh hampir 3 hari. Proses ini penting untuk memastikan percambahan anak pokok adalah sama tinggi. Sekata. So, takdala anak pokok yang tinggi, ada yang rendah.
Selepas Hari Ke-3
Selepas 3 hari, buka plastik hitam dan dedahkan dengan cahaya matahari. Proses dedahan ini diambil sehingga hari ke 10. Hanya 50% cahaya sahaja. Saya hanya letak bawah parkir.
Sementara menunggu anak pokok semakin membesar, saya akan sediakan tanah siap-siap. Saya terus masukkan baja organik dan kulit telur ayam yang ditumbuk halus dengan tanah dan siram terus air kosong. Tujuan untuk mengaktifkan tanah sebelum anak pokok masuk.
Hari Ke-10 Hingga 15
Pada 10 sehingga 15, saya akan mula dedahkan cahaya matahari penuh. Tapi pastikan medium semaian tidak kering. Untuk makluman, dari awal saya semai, sehingga hari ke 15, saya gunakan air kosong sahaja.
Pada Hari Ke-16 Tanam Sawi Tha Sai
Hari ke 16, saya akan mula pindahkan anak pokok ke dalam pasu. Saya gunakan satu anak pokok satu pasu kerana sawi jenis ini dikatakan kembang elok macam kubis. Itulah saya katakan di awal tadi, pokok saya belum capai KPI untuk kali ini. Usaha lagi.
Baja Pada Hari Ke-25
Hari ke 25 saya akan beri lagi dua sudu baja organik. Dan terus siram air kosong sehingga hari ke 33 saya akan mula harvest sawi.
Hari Ke-30 Hingga 35
Biasa hari ke-30 hingga 35 saya akan tuai hasilnya. Kalau dibiarkan selepas hari ke 35, sayuran akan jadi tua.
Dari segi kawalan serangga, saya hanya gunakan cuka kayu, neem oil, dan juga semburan organik yang saya buat sendiri. Dari segi booster pada daun, saya gunakan FAA iaitu fish amino acid dari ikan tongkol yang saya buat sendiri.
Ringkasnya :
Medium Tanah: Tanah hitam, tanah bakar merah, sekam mentah, dan cocopeat.
Baja: Baja NleGrow Organik
Booster: FAA dan juga (yakult + telur)
Kawalan serangga: neem oil, cuka kayu dan semburan organik.
Mingguan Wanita : Pertama kali juga MW dengar sawi tha sai ni. Sayurannya cantik, letak depan rumah memang cantik macam pokok hiasan. Walhal pokok sayuran boleh dimakan.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Rahsia mereka?
Apa yang mereka lakukan?
Ilmu-ilmu yang diamalkan?
Siapa yang susah senang bersama mereka?
Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...