Kali terakhir Syafiqa Alaudin dan keluarga dapat menghubungi adik bongsu mereka, Ahmad Farid Ahmad Alaudin  (19) adalah pada 13 Mac 2020. Apa yang menghibakan usaha demi usaha yang dilakukan mereka sekeluarga dalam mencari adik bongsu mereka, akhirnya mendapat jawapan setelah 42 hari kelibatnya gagal dikesan. Mereka sekeluarga dihubungi oleh pihak polis berhubung penemuan satu rangka manusia ditemui di dalam longkang di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara semalam.

Maklumat awal yang di perolehi dari pekerja PLUS sedang menjalankan kerja-kerja menaik taraf Lebuhraya telah menjumpai rangka manusia di dalam longkang tengah antara pembahagi Lebuhraya. Apa yang menjadi tanda tanya, ditempat kejadian tidak ditemui sebarang kenderaan, serpihan kaca, serta kerosakan pada penghadang jalan di lokasi berdekatan dengan rangka tersebut.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian, arwah ditemui dalam longkang di tengah lebuh raya berkenaan dalam keadaan masih lengkap berpakaian, bertopi keledar. Turut ditemui disisinya satu beg galas dan beg pinggang berwarna hitam.

Pemeriksaan lanjut di dalam beg pinggang mangsa menemui kad pengenalan, lesen memandu dan wang tunai lebih kurang RM150. Walau bagaimanapun motosikal milik arwah tidak ditemui. Ketika artikel ini disiapkan, jenazah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk di bedah siasat dan dijangka akan dikebumikan esok selepas urusan bedah siasat selesai.

“Kami sekeluarga tak tahu menahu langsung dia ke Ampang, kerana sebelum ini kami dimaklumkan dia akan ke Tangkak, Johor. Selalunya cuti hujung minggu (sebelum PKP) memang dia akan ke rumah keluarga kami di Bachang. Dia suka ke situ kerana dia ramai sepupu yang sebaya dan hubungan mereka rapat sejak kecil.

“Pada 16 Mac 2020 (Isnin) kami dihubungi pihak HR tempat arwah bekerja, memaklumkan dia tidak datang bekerja pada hari itu dan gagal dikesan. Kami kemudian menghubungi sepupunya di Bachang. Mereka menyangka adik tak ke sana hujung minggu itu. Tetapi sebaik kami menghubungi kawan rapatnya yang sepatutnya mereka ke Tangkak, barulah kami tahu adik sebenarnya tak jadi ke Tangkak, sebaliknya ke Ampang seorang diri untuk menyambut hari lahir kawan sekolahnya,”kongsi Syafiqa.

MW juga bertanyakan sebelum pemergian adiknya, ada tak perubahan sikap yang berlaku. Terang Syafiqa lagi, seingatnya arwah ada meminta sepersalinan baju melayu berwarna putih yang katanya mahu digunakan untuk solat.

“Alhamdulillah ibu sempat belikan dan arwah sempat memakainya. Selain itu, arwah juga dilihat lama berdoa di atas tikar sejadah dan kerap bertanya kepada adik beradik yang lain sama ada sudah solat atau belum.

“Saya juga memohon kesempatan ini tolong berhenti menyebarkan gambar arwah adik saya kerana ia sesungguhnya meremukkan hati kami sekeluarga. Mohon hormati perasaan kami dan kesedihan yang sedang kami lalui. 

IKLAN

“Kami sekeluarga nak maklumkan buat masa ini, kami sekeluarga tak PERNAH berikan sebarang nombor akaun kepada sesiapa untuk meminta sebarang sumbangan untuk arwah. Jika ada sesiapa yang membaca post di fb atau dimana sahaja yang berkongsi nombor akaun untuk meminta sumbangan bagi pihak arwah, ia adalah PALSU. KAMI TAKKAN PAMERKAN NO AKAUN SECARA TERBUKA. Sekiranya arwah ade berhutang dgn sesiapa boleh contact kami ahli keluarganya. Boleh pm saya Syafiqa Alaudin atau Nur Syuhaida Alaudin  


 

Selepas 42 Hari Pencarian, Akhirnya Jasad Adik Ditemui Dalam Keadaan Penuh Tanda Tanya
(kiri) status yang dimuat naik dalam fb Nur Syuhaida dan (kanan) foto arwah Ahmad Farid

Dalam pada itu MW juga berkongsi info yang dikongsikan oleh seorang lagi kakak kepada arwah iaitu Nur Syuhaida Alaudin mengenai perihal pemergian mengejut adik bongsu mereka.

Kami lima beradik, dia paling bongsu. Dia tak ramai kawan. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai belajar pun tetap tak ramai kawan. Dia bukan seorang yang kaki lepak kaki rempit atau sosial. Bukan dia orangnya.

Kali terakhir melihat kelibatnya pada 13 Mac 2020 lebih kurang jam 8.30 malam. Arwah minta izin kat ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak. Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon tapi tak di jawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja.

IKLAN

Pada Isnin 16 Mac 2020. Pagi, ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja, sebab nak tau keadaan arwah..pastinya arwah tak datang kerja. Kebiasaannya walau macam mana lambat dia tetap balik rumah. Bila dah telefon kawan sekerja yang berasal dari Tangkak tu rupanya mereka tak jadi ke Tangkak malam tu. Selidik punya selidik rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah. Lebih kurang jam tiga lebih pagi arwah gerak dari Ampang untuk balik ke Melaka mengikut kata kawan arwah di Ampang.

Aduan polis telah di buat sehari sebelum PKP. Usaha kami untuk mencari arwah pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arwah ditular, ramai yang wasap..telefon untuk bagitahu penemuan yang arwah kemalangan. Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa indentiti tapi tetap tak jumpa. Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa.

Hari berganti minggu
Minggu berganti bulan
Selepas empat puluh dua hari
Dua ramadhan
Akhirnya terjawab kehilangannya…

Anggota dari Balai Polis Durian Tunggal datang ke rumah jam 4 petang tadi untuk maklumkan berita penemuan mayat di kilometer 281-282 (anggaran) Highway Nilai – Seremban lebih kurang jam 12 tengahari oleh Peronda Plus. Arwah dibawa ke Hospital Seremban untuk proses bedah siasat. Dijangka Isnin kami akan ke Hospital Seremban untuk menjemput arwah pulang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan terdekat.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
الجنة مثواه

IKLAN

“Al Jannatu Mathwah”
“Mudah-mudahan syurga menjadi tempat rehatnya”
.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَاب النّارِِ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
.

AlFatihah

‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

‎آمــــــــــــــــــين يا رب العالمين
.

Ahmad Farid Bin Ahmad Alaudin
011001 – 25042020
2 Ramadhan 1441H

MW mengucapkan salam takzih buat mereka sekeluarga. Semoga mereka diberi kekuatan oleh Yang Maha Esa melalui ujian ini.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI