“Selalunya Orang Datang Untuk Potong Seluar, Tetapi Dia Pula Minta Labuhkan,”. Sesi persekolahan akan bermula minggu hadapan, namun ramai sebenarnya yang masih bergelut dalam membuat persediaan persekolahan untuk anak-anak. Baik daripada kelengkapan sekolah, buku-buku, yuran, pakaian dan sebagainya.
Berbeza agama dan bangsa namun itu bukan halangan kepada Sharipah Sadiah Khalid untuk membantu mengubah suai seluar sekolah remaja lelaki India tanpa mengambil upah. Kisah itu mendapat perhatian selepas wanita berusia 40 tahun itu berkongsi cerita menerusi hantaran di Facebook (Fb).
Sikap Sharipah Sadiah yang tidak berkira itu mendapat reaksi positif dengan rata-rata netizen memuji kebaikannya.
Rasa Kasihan
Berkongsi kisah sebenar, dia berkata, remaja lelaki itu, M Santosh, 15, datang berseorangan ke kedai jahitnya pada petang Ahad lalu.
“Saya selalu nampak dia dan kenal muka cuma tak tahu nama. Dia pun pernah tiga kali datang ke kedai saya untuk ‘alter’ seluar cuma kali ini dia datang untuk labuhkan.
“Warna seluarnya nampak lusuh dan melihat keadaan itu, timbul rasa kasihan kerana selalunya orang datang untuk potong tetapi dia pula minta labuhkan.
“Ikutkan tak boleh buat tetapi saya tak sampai hati nak tolak kerana kasihan jadi ambil juga,” katanya.
Hantar Sendiri Seluar Ke Rumah
Menurut Sharipah Sadiah, selepas seluar siap diubah suai, remaja lelaki berkenaan tidak datang ke kedainya.Jadi, dia ambil inisiatif menghantar sendiri seluar berkenaan ke rumah remaja lelaki terbabit.
Ads
“Sepatutnya dia (datang) ambil kelmarin tetapi tidak datang dan kebetulan, saya tahu rumahnya kerana anak pernah main basikal dengannya.
“Maka, saya pun datang ke rumahnya untuk beri seluar itu dan remaja berkenaan terkejut mungkin kerana tak sangka.
“Dia dan ibunya nak beri upah tetapi saya tolak kerana memang niat nak bantu,” katanya.
Contoh Baik Untuk Anak Muda Lain
Berhubung hantaran di Fb yang tular, Sharipah Sadiah berkata, niatnya adalah untuk berkongsi kisah remaja itu yang dianggap satu contoh baik untuk anak muda lain.
“Saya bukan nak ceritakan dia (remaja lelaki) susah kerana nampak keluarganya tidak begitu malah rumahnya sangat bersih.
“Cuma, mesej cuba saya sampaikan adalah ada lagi anak muda kini yang bertolak ansur dengan ibu bapa dan tak desak untuk pakaian sekolah baru.
Ads
“Terkejut juga apabila tular namun rata-rata komen diterima positif malah ada yang minta saya masukkan duit ke akaun saya dan minta sampaikan sumbangan kepada remaja berkenaan,” katanya.
Enggan Susahkan Ibu Bapa
Sementara itu, Santosh ketika dihubungi berkata, dia hantar seluar berkenaan untuk diubah suai kerana enggan menyusahkan ibu bapanya.
“Seluar itu baru dibeli pada tahun lalu dan masih elok cuma perlu dilabuhkan.
Ads
“Disebabkan itu, saya hantar untuk ‘alter’ kerana tak sampai hati nak minta ibu dan ayah beli yang baru.
“Lagipun, saya ada tiga adik beradik lain masih bersekolah dan ekonomi sekarang juga tidak baik jadi apa salah pakai yang lama,” katanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Warisan Puteri, di sini.
Mingguan Wanita:Terbaik tukang jahit ni, tek berkira untuk membantu orang lain di dalam kesusahan dan tahniah juga buat remaja ni, tidak meminta-minta dan menyusahkan mak ayah untuk membeli pakaian sekolah baru.
Rezeki setiap pasangan yang berkahwin berbeza-beza. Ada yang dimurahkan rezeki dengan dikurniakan anak awal dan ada yang sebaliknya masih sabar menunggu kehadiran si comel sebagai penyeri didalam perkahwinan.
Baru-baru ini telah diadakan sambutan ‘Gender Reveal Hi-Tea’ atau acara minum petang bagi meneka dan meraikan jantina kandungan sulung Betty Rahmad yang merupakan adik kepada pengarah Erma Fatima dan pelakon Datin Paduka Umie Aida.Kemeriahan majlis tersebut diserikan dengan kehadiran rakan rapat dan rakan selebriti seperti Bella Dally, Sherry Ibrahim, Azira Shafinaz dan ramai lagi.
Menerusi perkongsian video dan status yang dikongsikan di laman Instagram, Betty mengumumkan bakal menimang anak lelaki.
“Yeay its a BOY! Alhamdulillah syukur Ya Allah for your blessings. Thank you semua yang selalu doakan for us. This is just for fun, tak kisah girl or boy yang penting sihat & selamat. Paling penting baby mummy kena ada hati yang baik & selalu happy. Doesnt matter boy or girl im sure semua orang akan sayang #bettyanddamisjunior ❤Thank you semua! Glad everyone had fun yesterday sampai mummy pun melompat lupa diri.
P/S: Kehadapan kakak-kakak dukunku, moral of the story hidup jangan terlalu confident.
Erma Fatima Kongsi Luahan Hati
Sementara itu, disebalik kesyukuran dan kegembiraan yang dikongsikan, Erma Fatima juga ada memuat naik sebuah video berdurasi 46 saat sekitar majlis tersebut didalam Instagram miliknya.Namun apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen yang disertakan oleh Pengarah dan pelakon utama drama bersiri Mak Cun ini didalam video tersebut.
“Nikmatnya kurniaan Allah kepada perempuan yang mampu mengandung …9 bulan itu yang paling indah.Alhamdulillah adik aku mampu melahirkan zuriat buat suaminya..@ardydamis hang tak dak alasan nak menikah satu lagi naaaa.. Aku nak girl..tapi takpalah.. Syukur.”
Ramai yang mengetahui pelakon berusia 50 tahun ini belum pernah mengandung serta belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri. Malah pernah mengalami kegagalan perkahwinan sebelum ini. Luahan kapsyen yang ditulis Erma ini, mengundang sebak dikalangan para pengikutnya di Instagramnya.
wanieyzaharAlhamdulillah..kite lak sebak @bettyrahmad…semoga di permudahkan segalanya.
sitirostantiAlhamdulillah saya doakan datin paduka umi aida pun dapat baby jugak.
norsalina9030Kenapa aku sedih bace caption ni..anyway congrat..tak kesah girl or boy janji sehat…Aminn
mummymawaNikmat kasih sayang adik beradik.Walaupun kakak belum dikurniakan zuriat sendiri.Masing-masing seronok dan teruja untuk mendapat anak saudara mereka..Tahniah family k.erma fatima..Moga dipermudahkan urusan bersalin, dikurniakan zuriat yang soleh.Best baby boy yang sulung, boleh jadi pemimpin pada adik-adik nanti.
cikmungeroseI feel u Kak… Me & hubby almost 8 years nikah but Allah tak hadirkan nikmat tu untuk me.. Tapi Allah izinkan me jadi IBU buat #AqilFirdausMohdNizam.
rafila.akikoSedihnya baca caption..saya pun TTC hampir 3 tahun ni…mesti seronok bila disahkan pregnant..dapat carry the baby for the 9 months…semoga selamat semuanya sis @bettyrahmad . Have a safe delivery..doakan saya plak dapat melalui pengalaman ini.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Betty Rahmat, semoga dipermudahkan segala urusan ketika bersalin nanti. Buat pasangan yang masih menanti kehadiran cahaya mata, teruskan berusaha dan jangan sesekali putus asa. Perancangan daripadaNya adalah sebaik-baiknya, dan ia akan berikan pada waktu yang dirasakan paling sesuai dan tepat buat kita.
Tersentuh dengan perkongsian pelakon Diana Rafar ini. Rumahnya didatangi seorang wanita yang mahu memeluk Islam. Malah, sewaktu melafazkan syahadah, Diana Rafar sendiri yang mengajarkan wanita berkenaan.
Menerusi IG story Diana, beliau memanggil wanita yang sudah memeluk agama Islam itu sebagai Aisyah.
Sebagaimana yang dikongsikan di muftiwp.gov.my mengislamkan seseorang merupakan satu pekerjaan yang mulia. Malah, pekerjaan sebegini juga merupakan pekerjaan para nabi dan rasul.
Iaitu membawa manusia ke jalan hidayah. Ianya juga menunjukkan cara melaksanakan salah satu daripada sifat wajib bagi nabi atau rasul iaitu menyampaikan.
Allah Hadirkan Seorang Bidadari Ingin Memeluk Islam
Tentunya apa yang dilalui Diana dan wanita itu hari ini, memberi kesan mendalam buat kedua-duanya. Lagi pula, hari ini merupakan hari Maal Hijrah iaitu satu detik pengakhiran dan permulaan tahun baru Islam.
Menurut Diana, “#bismillahirrahmanirrahim Mashaallah Jumaat Yang Berkat Allah hadir kan seorang Bidadari ke rumah yang ingin memeluk Islam..
subhanallah Allahhuakbar doakan sahabat Islam baru kita istiqomah terus ke syurga Allah…. Amin ya Allah Amin
Menerusi perkongsian video instagramnya kelihatan Diana sedang mengajarkan wanita bernama Aisyah ini mengucap dua kalimah syahadah.
Memang tak sampai hati bila melihat anak kecil kesakitan kena penyakit HFMD ini. Tangan, kaki dan mulut, mempunyai bintik-bintik kecil kemerahan seperti ulser dan terpaksa di kuarantin di rumah kerana ia boleh berjangkit.
Buat mak ayah yang sedang mempunyai anak yang terkena dengan jangkitan HFMD ini, sebenarnya selain mengambil ubat-ubatan yang disarankan doktor, boleh juga mencuba petua tradisional India yang dikongsikan oleh Puan Azma Abdul Jamil yang menggunakan Daun Pokok Semambu.
Berikut antara perkongsian oleh Puan Azma Abdul Jamil sebagai panduan;
“Alhamdulillah kakak dah pulih. Tenkiu doakan dekat kakak. Tenkiu kak ina & bff Norashikin Saad bagi petua ni. Sekali mandi ja terus hilang. Menjadi.Petua ni kakjema buat untuk kakak time kakak kena HFMD aritu.”
“Anak saya baru je baik.Seminggu kena, Dia jerit-jerit sakit tak boleh makan.Sebab jadi penuh dalam mulut. Mula-mula ingat kena demam campak, tapi tak sangka kena HFMD.”
“Saya guna 100% rawatan tradisional cara orang india.Jiran kat rumah saya bagi petua ni. Alhamdulillah..dah ok sangat-sangat.Sampai saya bawak pergi hospital swasta doktor pakar kanak-kanak pun puji, dia cakap pandai saya jaga anak sampai jadi kering elok sakit dia tu.
Ni ada sedikit petua.
Pertama:
Saya bagi anak saya makan ais krim vanila.ais krim ni nak bagi luka dalam mulut reda.cubalah, memang sangat-sangat berkesan.
Kedua :
Ambil sebesen air paip.letakkan dibawah cahaya matahari (saya letak pukul 10.40pagi sampai pukul 1petang ).Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. biarkan sampai air paip tadi panas-panas suam. Masukkan juga daun pokok semambu ke dalam air tersebut. Lepas tu bagi anak kita mandi guna air ni. Jangan bilas dengan air paip, biarkan air kunyit dan daun semambu ni di badan anak untuk dijadikan penawar.
Ketiga :
Ramaskan daun pokok semambu dengan bedak sejuk, Lumurkan ke tangan, kaki dekat bahagian yang kena sakit ni.Jangan masukkan dalam mulut tau.Yang dalam mulut tu bagi makan ais krim vanila je. Insyaallah.selepas 2-3 hari pasti akan hilang .Cubalah sebab saya sendiri dah alami.
4 Tips Kurangkan Ulser
Time anak kena penyakit HFMD memang anak akan merap ja. Kakjema paham. Depa nak perhatian kita semua.Ulser teruk dalam mulut buatkan depa jadi tak selesa, tak maw makan & minum. Ya la sakit kan. Kita tengok pun risau. Kakjema nak share sikit la untuk nak kurangkan ulser teruk dalam mulut.
1. Aiskrim Vanilla
Bagi anak makan aiskrim vanilla, macam kakak, dia suka aiskrim. Sikit-sikit mintak aiskrim. Jangan la kerap sangat. Nantikan ada penyakit lain pulak.
2. Gingival Spray
Boleh beli dekat farmasi. Spray dekat dalam mulut, bagi kena tempat ulser tu. Spray 3 kali sehari atau bila sakit.
3.Minum Banyak Air
Bila dalaman panas, terjadi la ulser tu. Jadinya bagi anak minum banyak air masak. Macam kakak, dia susah sangat minum air kosong. Kakjema paksa dia minum. Walaupun sikit kira ok la dari tak minum langsung.
4.Basuh Tangan
Setiap kali nak minum atau makan, basuh tangan kecil dengan sabun. Kot ada kuman tersembunyi disitu. Mungkin dapat elakkan kuman merebak masuk kedalam mulut.
Ni serba sedikit tips yang boleh kakjema kongsi. Mungkin ada lagi tips lain yang hampa boleh share jugak.
Jadi buat mak ayah, semoga perkongsian ini bermanfaat kongsikan buat mak ayah yang lain.
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...