Bila anak pintar satu subjek, sedangkan mata pelajaran lain tidak seperti yang diharapkan. Rasanya, mak ayah mesti akan keliru bila keadaan anak seperti ini. Bukan apa, kepintaran hanya menjurus kepada satu matapelajaran tapi yang lainnya tidak.

Nak tak nak mesti mak ayah akan fikirkan pembelajaran khas untuknya bagi memahirkan lagi apa yang anak itu miliki. Hantar sekolah yang khusus dengan kemahirannya atau biarkan saja bergaul dengan kawan-kawan dan ikuti pembelajaran normal?

Antara perkongsian dan ulasan daripada Zamir Mohyedin buat mak ayah yang diberi rezeki anak pintar satu subjek, jangan terburu-buru hantar ke sekolah khas untuk suburkan bakatnya tapi bersabarlah, beri peluang untuk anak bergaul dan belajar dengan kawan-kawan sealiran dengannya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Semua Anak Pandai, Berakhlak Rupanya MAK BIASA-BIASA, Langsung Tak Ambil Tahu Gossip Duniawi

Pelajar Kelas Belakang Bukan Tiada Masa Depan, Mungkin Berjaya Dari Kelas Depan, Jangan Perlekehkan!

Anak Pintar Satu Subjek, Jangan Terburu-buru

Saya terbaca baru-baru ini ada ibu bapa yang rungsing tidak tahu nak hantar anak ke mana bila dapat tahu anaknya berumur 9 tahun mempunyai kepintaran dalam algebra. 9 tahun, darjah 3 biasanya baru nak kenal operasi bahagi dan darab. Tingkatan 2 seingat saya baru diperkenalkan algebra.

Kalau kita ada anak yang mempunyai bakat ataupun kepintaran tertentu, saya berpandangan, biarkan saja anak kita melalui pembelajaran normal seperti kanak-kanak lain. Sekurang-kurangnya sehingga SPM. Mungkin boleh tempatkannya di sekolah yang cemerlang seperti MRSM ataupun SBP apabila sudah sampai ke sekolah menengah.

IKLAN

Dah sampai ke peringkat pengajian tinggi, barulah kita boleh bentuk hala tuju anak kita dengan kepintaran itu. Kalau cemerlang fizik, mungkin boleh hantar ke Amerika Syarikat ataupun United Kingdom. Kalau berbakat dalam seni, mungkin boleh hantar ke Jerman dan sebagainya. Hantar ke tempat-tempat yang boleh suburkan bakat dan kepintarannya.

Masa kecil dan remaja ini, biarlah di membesar seperti biasa. Kalau anak kita dah pandai kalkulus seawal umur darjah 1, kita kena sedar anak kita bukan membesar dengan kalkulus semata-mata. Dia perlu membesar mempunyai kawan-kawan seusianya, dia perlu bermain, dia perlu ada zaman kanak-kanaknya sendiri. Dia perlu bersosial dengan golongan seusianya.

Kita pun kena tahu juga, pintar satu subjek sahaja pun tidak membawa anak itu ke mana-mana. Biarkan dia belajar dengan kawan-kawan dia untuk semua subjek.

Bila kita tengok balik tokoh-tokoh fizik dulu, ramai melalui laluan pendidikan secara normal. Albert Einstein dulu darjah 6 dah pandai kalkulus, tapi umur 17 tahun baru ambil program diploma. Marie Curie, orang pertama dapat dua Hadiah Nobel pun umur 24 baru buat ijazah. Erwin Schrodinger ambil ijazah masa umur 19 tahun.

Niels Bohr ambil ijazah masa umur 18 tahun. Stephen Hawking ambil ijazah masa umur 17 tahun. Terence Tao umur 9 tahun dah boleh buat matematik taraf universiti, tapi umur 17 baru dia ambil ijazah.

Kalau baca kisah-kisah orang Hebat ini, ramai yang lalui pendidikan formal. Tak ada yang darjah 1 terus nak lompat ambil ijazah kedoktoran.

IKLAN

Mudahkan Anak Belajar

Saya bukan apa, kalau tengok iklim di Malaysia ini, takut budak-budak ini makin tercicir apabila melangkau kawan-kawan sebaya.

Tambah lagi, gaya macam ini tidak normal untuk kanak-kanak membesar. Bayangkan budak berumur 9 tahun nak kena bergaul dengan budak berumur 15-16 tahun. Cara fikir dan renungan pun dah tak sama sebab pengalaman membesar tak sama.

Dia mungkin pintar ataupun berbakat suatu perkara, tetapi banyak perkara lain yang dia normal seperti kanak-kanak lain.

Nasihat saya, jangan takut untuk biarkan anak lalui pendidikan formal. Tunggu dia dah remaja, habis SPM nanti bolehlah nak hantar ke mana-mana yang sesuai. Dah sampai sini, tak apalah nak melangkau.

IKLAN

Bagi saya, ada kepintaran tertentu ini memang bonus. Memudahkan untuk budak itu belajar. Yelah, dia boleh fokus pandaikan diri dalam subjek lain, subjek yang dia pintar itu boleh rileks. Budak itu dah mudah, kita jangan pula susahkan dia untuk membesar dengan baik.

Mingguan Wanita : Betul sangat. Biarlah anak-anak belajar seperti biasa. Risau juga masa sekolah rendah hebat tapi bila sekolah menengah tak boleh nak ‘bawa’ lak.

Sumber: Zamir Mohyedin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI