Maianan murah, mungkin ini boleh dikatakan pada mainan lato-lato cukup trending di kalangan kanak-kanak. Bunyi bola melantun dengan kecekapan tangan dalam mengemudikan tali pada mainan itu.
Harganya tidaklah mahal seperti mainan lain. Cuma apa yang membimbangkan dan terbaca di media sosial adalah kecenderaan yang boleh berlaku pada kanak-kanak yang bermain lato-lato.
Kalau difikirkan, setiap barang tak kira mainan murah atau mahal, ada kebaikan daripadanya. Bukan setakat untuk main suka-suka tapi boleh melatih anak itu sendiri,
Begitu juga dengan maianna murah lato-lato ini, ada sisi baiknya bila anak-anak bermain. Ikuti perkongsian daripada Sharifah Zahidah tentang pandangan mainan lato-lato ini.
Saya terbaca ’luahan’ atau keluhan ibu-ibu yang rasa annoying dengan bunyi lato-lato and tak suka anak-anak main benda alah tu.
Berbeza bagi saya. Atas beberapa pemerhatian, saya rasa ianya game yang baik.
Sebab?
1. Lato-Lato Melatih Kesabaran
Nampak je senang kan! Hakikatnya bila kita main dan ketuk-ketuk tu, bukanlah mudah nak bagi dia jadi melantun elok dan tak menyimpang ke kiri dan kanan. Frust jugak tau masa mula-mula main tu!
2. Ajar Anak Manage Their Expectation
Ads
Jangan fikir benda simple tak perlukan LATIHAN dan kemahiran. Semua benda dalam dunia ni, perlukan latihan dan perlukan masa untuk kita jadi excellent.
Main lato-lato saja perlukan latihan, apatah lagi nak pandai mengaji Al Quran, kan? Jadi, bila berhadapan dalam sesuatu proses, expect benda yang munasabah. Tak semua benda bersifat senang dan segera dalam hidup ni. Kita ajar anak benda ni.
3. Kejayaan Itu Manis Selepas Usaha Yang Berterusan
Bila makin hari makin pandai main lato-lato ni, dia punya perasaan puas tu memang lain macam. Anak-anak perlu faham, lagi sukar sesuatu proses, lagi manis hasilnya nanti. Jadi, bertahan! Kerja keras takkan mengecewakan kita, insya Allah..
4. Tak Susah Pun Nak Happy
Lato-lato ajar anak-anak bahawa simple things pun could make you happy as long as you ALLOW yourself to feel happy about it. Bila saya main lato-lato dengan anak-anak bukan main gelak lagi. Benda simple je kan? Siapa kata nak kena pergi legoland baru boleh we time dan happy dengan anak-anak, kan? Yang penting, kebersamaan dan kita open up dengan ahli keluarga bila main bersama tu atau buat apa2 aktiviti sekalipun.
5. Keseronokan Tak Terletak Pada Harga Sesuatu, Tapi Pada Bagaimana Kita Memandang Hal Itu
Ads
Kalau rasa dengan mainan dan posession mahal je baru kita nak happy, maka lato-lato takkan jadi trending dan fun pun sebab ia benda murah. Tapi berapa ramai anak-anak happy main lato-lato and havoc bila main dgn sepupu dan kawan-kawan sendiri? Jadi, benda murah ke mahal ke bukan penentu kegembiraan kita. Ia adalah pada cara pandang kita.
Lepas ni senang ajar anak-anak beli mainan murah dan go for activities yang tak mahal sebab happy atau tak happy-nya kita bukan sebab material posession kita tapi adalah tenrang how our mind perceives something.
Ajar anak rasa puas dengan apa yang dia ada dan tak letak regulations yang mengarut dalam kehidupan dia untuk bahagia dan rasa diri bertuah.
Ada banyak lagi pengajaran kita boleh selit pada anak-anak masa nereka main lato-lato.
Untuk saya, ni lah benda yang saya ajarkan masa dorang ’coaching’ saya main lato-lato. Dia orang tak sedar, dalam dia orang tengah coaching saya, saya sebagai ibu pun sebenarnya tengah coaching mereka tentang hal2 biasa tetapi penting dalam kehidupan.
Jadi. Layankan saja kalau anak-anak main lato-lato.
Ads
Tak lama pun tu. Sambil-sambil tengah trending kita ambil peluang didik anak dengan jalan yang sangat permissible untuk mereka / tanpa mereka sedar. Jom cuba.
Mingguan Wanita : Kita sebagai mak-mak tentunya risau dengan kesannya bila main lato-lato seperti yang digambarkan itu. Boleh saja nak main tapi kena berhati-hati, banyak manfaatnya.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
“Pergi bazar macam nak beli semua, maklumlah perut kosong.” Boleh membeli cuma berhati-hati ketika beli dan hendak makan makanan dari bazar Ramadan.
Kadang-kadang bila ke bazar, semuanya nampak sedap dan menyelerakan apatah lagi bagi gerai yang beratur panjang. Mak ayah pun tak nak lepaskan peluang.
Ingat, makanan yang viral tak semestinya sedap, bersih dan selamat dimakan. Untuk elakkan daripada keracunan makanan sempena bulan Ramadan ini, Dr Erna Nadia kongsikan beberapa tip penting:
Tip untuk elakkan keracunan makanan:
1. Jika makanan tersebut berbau pelik, elakkan dari membeli atau makan atau minum. Makanan yang sudah tercemar atau sudah basi atau tamat tempoh, boleh bertukar bau.
2. Jika warna makanan atau minuman tersebut juga pelik atau lain dari warna sepatutnya, elakkan juga.
3. Jika kuah sudah berbuih atau berkeladak, elakkan dari makan.
4. Jika makanan bergoreng contohnya makanan ringan seperti nugget, sosej, ayam, bebola terasa keras atau kering atau warna kelihatan sedikit gelap dari sepatutnya, elakkan dari makan. Khuatir kalau makanan itu sudah lama dan digoreng semula.
5. Elakkan dari menyimpan makan lebih dari 2 hari di dalam peti sejuk bahagian bawah.
6. Pastikan tiada ‘tahi lalat’ atau lalat menghurung makanan tersebut.
7. Lihat juga tekstur makanan dan minuman sebelum anda makan atau minum.
Maklumlah Perut Kosong
Musim bazar ni, memang kalau boleh, macam nak beli semua. Yang ini sedap, kemudian yang tu surr… Sana memikat selera, situ bau buat rusuk eh perut bergetar. Macam-macam.
Biasalah kan ni.
Perut dah kosong dari pagi, nampak air kosong pun terliur.
Ok saja nak membeli cuma berhati hati.
Terutama jika beri makan pada anak kecil atau orang tua.
Pernah ada kes tahun lepas melibatkan berpuluh kematian akibat termakan puding diraja yang dibeli online dan beratus kematian akibat ayam sudah busuk digunakan masa kenduri anak.
Pastikan kita periksa makanan dan minuman tu elok-elok sebelum kita makan dan minum.
Masa nak beli pun boleh tengok rupa makanan dan minuman tu macam mana. Jika pelik atau berubah dari kebiasaan, elakkan.
Pastikan tiada ‘tahi lalat’ atau lalat menghurung makanan tersebut.
Untuk peniaga, berlaku jujurlah dalam berniaga. Kasihan pembeli, mereka sudahlah lapar, nanti jatuh sakit pula.
Keracunan makanan boleh membawa maut jika teruk. Sebab tu, be careful na
Dr. Erna Nadia
Pastikan juga anda memanaskan makanan dengan betul sebelum makan dan eloklah makan makanan yang fresh
Mingguan Wanita : Mak ayah setiap kali membeli juadah di bazar Ramadan, perati dan belek makanan betul-betul sebelum membeli.
Sejak beberapa hari lalu, surat beranak baby Mipan Zuzuzu Bin Mahzan berlegar-legar di media sosial. Terkejut juga bila bapa baby Mipan ini sampai hati beri nama anak sebegitu.
Kongsi bapa ini, Mahzan Yusop di facebooknya beserta surat beranak anak keduanya itu ,
“Welcome baby Mipan Zuzuzu.. uncle auty boleh panggil Zuzu je.. Mipaaaaaaan.. Zuzuzuzuz.”
Rupanya itu bukanlah nama sebenar baby Mipan ini. Surat beranak yang bapa ini kongsi di media sosial adalah surat beranak yang sudah diedit sendiri olehnya.
Penjelasan Bapa Tentang Surat Beranak Baby Mipan Zuzuzu
“Saya ni memang jenis suka edit gambar. Lepas ambil serat beranak tu saya tengok, rasa macam boleh edit.
Jadi saya editlah nama tu. Saya share dekat Facebook untuk hiburan kawan-kawan sebenarnya. Tak sangka pula boleh viral.
Isteri saya pun tahu tapi dia steady je. Dia tahu saya ni jenis suka bergurau.
Nama sebenar anak kedua saya tu Marzuki Bin Mahzan. Saya saja-saja edit sebab lagu tu pernah trending, saya selalu dengar.
Lagipun lagu tu macam ada kaitan juga dengan Marzuki.. terutamanya perkataan Zuzu. Saya pun terfiki nama panggilan anak saya apa? Mungkin saya nak panggil dia Zuzu.
Saya tahu ramai kecam. Ada yang guna kata-kata kesat. Mereka kata saya tak ada otak letak nama anak macam tu. Saya abaikan je.
Tapi ada sesetengah yang tahu benda tu edit sekadar untuk hiburan. Takkanlah saya nak bagi nama anak saya nama pelik-pelik.
Lagi pun sekarang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tak benarkan nama-nama macam tu. Saya saja nak gurau-gurau dengan kawan.”
Untuk rekod, Mipan Zuzuzu ini merupakan lagu komersial untuk sebuah makanan bijirin iaitu Miel Pops yang terkenal di beberapa negara seperti Itali, Rusia dan Sepanyol. Dan menjadi trending di media sosial terutamanya TikTok.
Haa.. dah faham kan. Ayahnya cuma bergurau saja. Janganlah cepat marah-marah, suami yang suka bergurau kan disenangi isteri.
Cepat sangat ‘judge’ orang pun tak bagus untuk kesihatan jantung kita sebenarnya.
MW : Tahniah buat keluarga Mahzan di atas kelahiran bayi keduanya ini. Semoga baby membesar dengan sihat ya.
Sesungguhnya ajal maut ketentuan tuhan. Kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan segalanya.Sepasang suami isteri warga emas yang bakal meraikan ulang tahun hari kelahiran dalam bulan sama pada Julai dan dijadual menunaikan umrah pada Oktober depan, maut dalam kemalangan di Kilometer 192.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), semalam.
Terjunam Ke Dalam Gaung
Mangsa, Abd Talib Akob, 73, serta isteri, Fuziah Mohd Marzuki, 62, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas Mitsubishi Triton dipandu anak mereka, Muhamad Taufik Abd Talib, 34, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjunam ke gaung.
Insiden yang berlaku ketika hujan lebat kira-kira jam 5.10 petang itu turut menyebabkan Muhamad Taufik parah di bahagian kepala, manakala isterinya, Noor Syafiyana Ahmad Sobri, 32, yang duduk di kerusi penumpang bahagian depan pula cedera ringan.
Anak ketiga arwah, Muhamed Tarfizam Abd Talib, 40, berkata mereka lima beradik bersama pasangan masing-masing sudahpun merancang untuk mengadakan kejutan majlis sambutan ulang tahun hari kelahiran ibu bapa mereka di sebuah hotel di Kuantan, bulan depan.
“Kami akan ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara, Julai depan.
“Justeru, kami berpakat mahu bermalam di hotel dan membuat kejutan untuk ayah dan emak dengan mengadakan majlis sambutan hari jadi kerana tarikh lahir mereka jatuh pada bulan sama, iaitu ayah pada 3 Julai, manakala emak 18 Julai.
“Ayah dan emak juga dijadual menunaikan umrah pada 10 hingga 17 Oktober depan. Namun, semua hasrat itu tidak kesampaian,” katanya sambil memaklumkan pasangan itu ke Kuantan untuk mengikuti kursus umrah serta membuat pasport.
Muhamed Tarfizam yang bertugas di Kem Desa Pahlawan, Pengkalan Chepa, berkata mereka mendapat maklumat daripada isteri Muhamad Taufik mengenai kemalangan itu, kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Tercampak Keluar
Beliau berkata, mereka dimaklumkan bahawa ketika Mitsubishi Triton itu terbabas, Abd Talib dan Fuziah yang duduk di kerusi penumpang belakang tercampak keluar.
“Ayah adalah seorang pesara polis. Arwah adalah seorang yang periang dan tidak pernah menyusahkan anak. Malah jika hari hujan, arwah tetap pergi ke surau dengan menunggang motosikal walaupun anak hendak menghantarnya,” katanya.
Kenderaan Hilang Kawalan
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata kemalangan berkenaan hanya membabitkan Mitsubishi Triton itu.
“Kenderaan dipandu dari arah Kuantan menghala ke Jerantut itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri sebelum masuk ke dalam gaung.
“Akibat kemalangan itu, kenderaan terbabit remuk keseluruhannya. Dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan di lokasi mendapati jalan adalah lurus dan mempunyai dua lorong sehala, namun cuaca hujan lebat ketika kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ibu tiga anak digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, kegagalan brek jadi punca. Seorang anggota penjara yang juga ibu kepada tiga anak,...