Petua Dato Fadzilah Kamsah Supaya Rumahtangga Kekal Harmoni ‘KEBAL’ Dari ‘Penyondol’. Dalam kehidupan rumahtangga tidak dapat dinafikan cabaran dan ujian datang dalam pelbagai bentuk. Termasuklah diuji dengan kehadiran ‘orang ketiga’ yang cuba menggangu keharmonian dalam perkahwinan.

Pakar Motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,71 telah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga bersama isteri tersayang Datin Sharifah Md Nor. Beliau ada kongsikan antara petua yang boleh suami isteri amalkan supaya rumahtangga kekal harmoni ‘kebal’ dari pihak ketiga.

Baca perkongsian ringkas yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ini atau lebih mesra dikenali dengan panggilan ‘Tok Abah’.

Hadir macamana pun pihak ketiga, tengoklah Tok Abah tetap pandang Tok Mak kau. Walaupun pihak ketiga ni kategori manja bukan main lagi. Kalau merajuk tu, habis semua dia cakarnya.

Gambar ni jadi bukti. Tok Abah nak bergurau mesra dengan Tok Mak pun, dia buat muka toya. Cemburu tak bertempat. Bertuah punya kucing!

Petua Dato Fadzilah Kamsah Supaya Rumahtangga Kekal Harmoni ‘KEBAL’ Dari ‘Penyondol’

Ini 7 petua nak kebal dari pihak ketiga yang menyondol dan kekal harmoni dalam rumahtangga :

1. Sentiasa letakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah memang mengurniakan pasangan terbaik bagi kita.

Jika belum rasa dia terbaik dan banyak jumpa kelemahannya, bantu dia perbaiki kelemahan tersebut. Kerana satu hari nanti ia berubah menjadi kelebihan dan akhirnya berperanan sebagai pasangan terbaik sepanjang usia kita.

2. Sentiasalah memberi berbanding hanya menerima. Setiap hari kena renung semula, apa lagi kebaikan yang aku tak sumbangkan pada pasangan.

3. Sentiasa prihatin terhadap gerak hati isteri. Suami yang cemerlang menghormati pendapat pasangannya terutama perihal dirinya dan kasih sayang rumahtangga.

IKLAN

4. Sentiasa anggap konflik sebagai pintu mengenali pasangan dengan lebih akrab.

5. Sentiasa ingin berubah secara positif. Walaupun perubahan kecil, tetap kita raikan bersama pasangan.

6. Setiap malam kena saling bermaafan dengan pasangan sebelum tidur. Minta maaf macam kita minta maaf waktu hari raya tau. Barulah kita tidur dengan tenang dan esok bangun dengan ringan dan cergas.

7. Tidak berlumba nak menentukan pasangan betul atau salah. Apa yang penting adalah kebahagiaannya.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

IKLAN

Tiada rahsia dalam rumahtangga, semuanya adalah soal dalam mencari keserasian, bertolak ansur, berusaha untuk membahagiakan serta sentiasa mengejar redha Allah yang mutlak.

Pasti, kita dapat wujudkan ‘taman syurga’ buat pasangan di atas dunia. Paling penting adalah kita berganding bahu bersama-sama menerokai kebaikan dalam diri pasangan dan diri sendiri.

Bila kita terlalu sibuk dengan pasangan maka tiada lagi ruang untuk sesiapa menyelinap masuk dalam rumahtangga kita. Biarpun kucing sendiri.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Semarak cinta bersama Tok Mak.

Mesti Baca:Pesan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, Isteri Kena Didik Suami Bantu Buat Kerja Rumah
Baca Lagi Di Sini:Pesan Dr Fadzilah, Tegur Wanita Jaga Emosinya, Tegur Lelaki Fokus Logik!
Artikel Menarik:Pasangan CURANG Susah Nak Mengaku Salah, Tidak Bersyukur Kebahagiaan Rumahtangga Dibina

IKLAN

Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat dijadikan panduan dalam membentuk rumahtangga yang harmoni tanpa gangguan pihak ketiga.

Sumber: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Petua Dato Fadzilah Kamsah Supaya Rumahtangga Kekal Harmoni ‘KEBAL’ Dari ‘Penyondol’

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI