Asbab ikhlas bawa kucing jalanan sakit ke klinik, keluar RM29 Allah ganti puluh ganda lagi. Kadang kala kita tidak tahu apa rezeki sudah tertulis dalam hidup kita hari ini. Di saat ramai yang mula mengira baki wang di tangan kerana sudah tengah bulan dan gaji lambat masuk lagi, ada rezeki tak tersangka-sangka datang.
Asbabnya hanya kerana berbuat baik sesama makhluk Allah dan Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik lagi. Dan rezeki itu nilainya lebih berganda dari apa dikeluarkan.
Satu perkongsian di Tik Tok @mohd haziq mansor memperlihatkan bagaimana keikhlasan hatinya membawa seekor kucing jalanan yang sakit menjadi asbab dia memperoleh rezeki berganda.
Semua bermula apabila dia ternampak seekor kucing sakit di tengah jalan dan di dalam dompetnya hanya berbaki RM50 saja dan wang itu untuk sampai hujung bulan.
Namun kerana kasihan dia akhirnya membawa kucing berkenaan di dalam kereta dan menuju ke klinik haiwan Therapets di Klang.
Sewaktu kucing jalanan itu menerima rawatan dirinya pasrah dan redha sambil menunggu bil yang bakal keluar.
Ads
Dalam kepala dah set untuk bayar bakinya cukup bulan kalau wang tidak mencukupi.
Alhamdulillah, sesuatu yang tak tersangka-sangka di saat dia merasakan jumlah bilnya mungkin tinggi, namun klinik berkenaan memberikan bayaran diskaun sbanyak 50 peratus.
Bayaran dikenakan hanyalah RM29 saja dan dirinya berasa sebak sebaik doktor memaklumkan kosnya, seolah tahu dirinya tengah susah ketika itu.
Ads
Tapi perancangan Allah lebih baik kerana beberapa hari selepas berbuat baik pada binatang kesayangan Rasulullah SAW ini, dia memperoleh berganda iaitu RM375 duit cashback yang sepatutnya masuk hujung bulan nanti. Terima kasih Allah tulisnya.
Sekarang ni ramai yang bercuti dengan memilih naik keretapi. Malas nak fikirkan jam di sepanjang jalan, penat lagi. Kalau ‘train’, duduk dan lihat pemandangan luar saja.
Nak naik keretapi tak semestinya ke negeri lain. Cukup dalam negeri sendiri pun seronok. Contohnya, rakyat Kelate boleh saja ke Dabong dan ini pula rakyat Johor boleh ke Kluang.
Sebenarnya, setiap dareah dalam negeri pun banyak tempat menarik yang kita boleh jelajah. Cuma ada yang tahu dan tak tahu saja.
Kali ini, perkongsian daripada Syikeen Mus tentang tripnya ke Kluang. Harga pun tak adalah mahal. Jimat sangat dan boleh bawa keluarga jalan-jalan naik keretapi.
Harga tiket pergi balik ke Kluang dengan naik train hanya RM26.
Jimat dan tidak membazirkan. Tiket sehala RM13 saja.
Trip: Kempas – Kluang (pergi balik)
Harga tiket – RM13 sehala.
Perjalanan: Lebih kurang 2 jam menaiki train.
.
Sebenarnya, nakl naik dari Kulai pun ada. Cara booking tiket ikut online saja. Pastikan detstinasi betul.
Tiket tu terpulang nak print atau tidak. Tunjuk soft copy je senang. Lepas tu, setakat ejaan nama salah satu dua, tiada masalah. Tak strict macam korang naik flight pun.
.
.
Sampai je stesen, boleh la nak ”ngopi-ngopi” kat Kluang RailCoffee. Nak kan suasana je ni
Terasa macam kita berada di “zaman mak mak” kita dulu. Dari segi harga dan menu apa yang ada, bajet la siap-siap.
.
Dah lepas makan-makan sini, kita boleh jalan-jalan di Streets Art’s, Laman Kreatif Kluang.
.
Ini tak payah pakai modal lagi. Dari tempat train tu dah boleh nampak “bangunan biru” depan tu.
.
Lintas jalan hati-hati, tak sampai 2 minit sampai. Dekat sangat. Ada apa sini?
Ni mural cantik- cantik kita boleh bergambar.
Nak solat? No worries, dekat stesen sini ada surau dah. Settle semua, tunggu train balik. Ok done? Simple je kan?
.
Antara tempat menarik di Kluang:
Kluang Railway Coffee Restoran Bawah Kolong (Rumah kedai, nasi campur , kedai bawah tangga gitu) Laman Kreatif Kluang UK Farm Agro Tourism L.A Dairy Goat Farm Kilang Coffee Factory (Sini boleh minum2 Kopi, beli pelbagai jenis kopi original) Gunung Lambak Eco Park Tatula Hill Resort (spot ootd cantik sangat! View cantik
Okay, selamat ke Kluang guys!
Mingguan Wanita : Dah sampai Johor, tak tahu pergi mana, boleh singgah ke Kluang. Menarik juga!
Tular di media sosial satu video yang menunjukkan sekeping surat beranak. Dari pemerhatian orang, bukan pelik pada nama anak pada sijil kelahiran tapi umur bapa yang dinyatakan itu.
Masakan tidak terkejut, umur 16 tahun sudah ada anak. Tanggapan orang mesti kahwin bawah umur dan masih bersekolah lagi.
“Anak sekolah nanti terciduk cikgu tengok umur bapa dalam surat beranak terlalu muda,” Tertulis keterangan video yang memaparkan si ayah berumur 16 tahun dalam sijil kelahiran itu.
Menurut wanita dalam video tiktok itu, Norshuhaida Rodzi, ini adalah sijil kelahiran anak lelakinya yang dilahirkan pada 5 Disember 2019.
Ibu muda yang berusia 22 tahun ini memberitahu, dia dan suami dikurniakan anak pada tahun yang sama mereka melangsungkan perkahwinan.
Pasangan ini berkahwin pada awal 2019 dan kalau diikutkan perkiran, umur suaminya adalah 16 tahun ketika mereka mendapat anak sebab tarikh lahir suaminya adalah 21 Disember.
“Jika diikutkan tahun, suami sudah 17 tahun. Saya kahwin ketika berusia 19 tahun, tapi ia dikira 18 tahun ketika ikut sebab saya lahir pada bulan September.
Norshuhaida yang lebih mesra dipanggil Shu berusia 20 tahun telah mengambil keputusan berkahwin dalam usia muda.
Menurutnya lagi, mereka mendirikan rumahtangga selepas saling mengenali ketika sama-sama belajar di sebuah kolej di Seberang Perai, Pulau Pinang.
“Kemudian, kami menyambung pengajian ke peringkat sijil iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), saya dalam aliran elektronik dan suami pula elektrik,” katanya berasal dari Seberang Jaya.
Berkongsi pengalaman berkahwin muda, ibu kepada seorang anak yang berusaoa 3 tahun ini berkata, pelbagai cabaran yang perlu ditempuh bersama suami.
“Masa bergaduh, tak gaduh, maklumlah masing-masing darah panas dan muda lagi. Antara cabarannya ialah nak imbangkan kehidupan sebagai pelajar dan suami isteri. Paling mencabar apabila kami ada masalah kewangan, mental kena kuat.
Jiwa masih muda, tapi kena fikit dah kahwin. Tak boleh lagi balik lambat macam dulu, nak keluar dengan kawan-kawan pun kenalah minta izin suami,” katanya juga kawan-kawan dan saudara mara amat terkjut bila mendapat tahu kami kahwin dalam usia muda.
Dalam pada itu, Shu menyifatkan suaminya yang bekerja di kantin sekolah mempunyai perwatakan yang matang, pendiam dan penyabar.
Masa nikah dulu, orang sekali kata kami macam adik beradik, lebih-lebih lafi muka kami berdua lebih kurang sama, katanya kini surirumah sepenuh masa.
Tambah Shu lagi, dia juga tidak dapat lari daripada komen negatif terutamanya bila buat keputusan berkahwin usia muda.
“Jangan pandang rendah pada orang yang kahwin muda. Selalu orang nampak kahwin muda ini jodohnya tak panjang dan akan bercerai berai. Kahwin lambat juga tidak bermakna jodoh panjang. Kahwin muda atau lambat bukan isuny, yang penting ada tanggungjawab dan persefahaman.
“Mental kena kuat dan beri sokongan antara satu sama lain. Kalau ada masalah jangan pendam, kena luahkan dan cari penyelesaian,” katanya.
.
Untuk maklumat pembaca, Shu berkahwin dengan pasangannya pada tahun 2019 ketika berusia 19 tahun dan suaminya 17 tahun. Mereka dikurniakan anak pada tahun yang sama.
Shu kini sedang sarat hamil anak kedua.
Mingguan Wanita : Tahniah buat pasangan ini dan semoga dipermudahkan dan hubungan berkekalan, bahagia bersama pasangan dan anak-anak.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Percutian jadi tragedi, 3 beranak meninggal serentak. Bapa mimpi anak datang berpakaian putih dan hitam. Innalilahiwainailahirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepada DIA kita kembali. Keseronokan percutian satu keluarga ke pusat peranginan Port Dickson bertukar menjadi tragedi.
Menyayat hati, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan dan lori di di Kilometer 216, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) Simpang Ampat di sini semalam mengorbankan tiga beranak iaitu, Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, Zubaidah Abdul Rajak, 28 dan anak tunggal mereka, Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq berusia setahun di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, perasaan tidak sedap hati seorang bapa sejak dua minggu lalu, Abdul Rajak akhirnya terjawab apabila anak perempuannya, Zubaidah meninggal dalam kemalangan semalam apabila terlibat kemalangan jam 11 pagi di lokasi kejadian.
Memetik Sinar Harian, Abdul Rajak Sakiman, 66, berkata, dia dihubungi individu tidak dikenali yang memaklumkan tiga beranak itu terlibat dalam kemalangan.
Menurutnya, dia bergegas dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Hospital Alor Gajah, namun setiba di unit forensik hospital berkenaan, dia diberitahu ketiga-tiga mangsa telah meninggal dunia.
Katanya, mereka sekeluarga baru tiba di Port Dickson awal pagi tadi untuk bercuti, namun anak keenam daripada tujuh beradik itu tidak kunjung tiba.
“Bila dia (arwah) tak tiba di Port Dickson, lagi saya rasa tidak sedap hati, namun saya tidak meluahkan pada isteri kerana bimbang keadaan kesihatannya.
“Tiba sahaja di hospital, sedih rasa bila diberitahu ketiga-tiga mereka telah meninggal dunia. Apa pun saya sekeluarga reda dengan ujian ini,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Alor Gajah.
Abdul Rajak berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya itu bulan lalu ketika bercuti di Desaru, Johor.
Dia menyifatkan anak perempuan yang bekerja sebagai jururawat itu seorang yang penyayang dan sering menghubunginya untuk bertanya khabar.
“Dia selalu telefon, tanya khabar dan bertanyakan keadaan isteri saya yang perlu menjalani dialisis setiap minggu,” katanya yang menetap di Bukit Pasir, Muar, Johor.
Tambahnya, dalam tempoh dua minggu sebelum pemergian anaknya itu, dia juga sering bermimpikan arwah yang memakai pakaian berwarna hitam dan putih.
“Salah seorang kakak arwah sempat bertemu dengan Zubaidah ketika di Plaza Tol Skudai dan melihat raut wajah arwah yang berbeza sebelum masing-masing meneruskan perjalanan,” katanya.
Sinar Harian melaporkan hasrat tiga beranak termasuk bayi berusia setahun untuk bercuti ke Port Dickson, Negeri Sembilan tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 216, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) Simpang Ampat di sini, pada Jumaat.
"Aman Graseka bukan dipaksa, dia sendiri mahu temankan saya berniaga." Itulah yang dijelaskan oleh isteri kepada pelakon veteran iaitu Reena Arina yang tampil menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya dia memaksa suaminya yang sedang uzur.