Kucing, binatang yang boleh membuatkan kita hilang stres bila melihat keletah dan kecomelannnya. Bagi tuannya atau pemilik, tentulah ia menjadi penghibur di kala suka dan duka.
Mungkin tak semua akan suka kucing. Ada sesetengahnya fobia dengan kucing dan tak kurang juga yang suka pelihara sampai berpuluh-puluh ekor sebagai peneman di rumah.
Tanpa kita sedar, kucing inilah membawa rezeki dan sentiasa mendoakan tuannya. Namun, ada satu lagi yang mungkin kita tak tahu, ia melindungi tuannya dari terkena sihir.
Dalam perkongsian Nabhan Aziz dalam video tiktoknya ada memberitahu bahawa istimewanya kucing adalah melindungi tuannya. Ia menjadi tanda isyarat sebelum tuannya terkena sihir.
Ads
Jelasnya, kucing menjadi salah satu binatang yang dibenarkan dibela dalam rumah dan pastinya binatang belaan khusus untuk orang Islam.
Istimewanya kucing, pemilik dapat isyarat daripada kucing jika kalau ada sihir atau berlaku perkara yang tidak baik pada diri dan keluarganya.
Dalam perkongsiannya juga menjelaskan bagaimana beliau dan rakannya membuat rawatan di sebuah keluarga yang mempunyai banyak kucing.
Ads
Apabila dibaca ayat ruqyah, tiba-tiba kucing mula memberi tindak balas. Kebanyakan yang ingin merawat sihir, kucing itu akan muntah dan kucing miliknya banyak yang mati.
Apabila diperiksa, ada sihir yang berlaku dalam rumahnya dan kesannya, kucing miliknya menanggung.
Jadi, buat pemilik kucing, hargai an sayangilah kerana ia bukan saja menjaga, mendoakan tetapi ada pahala di akhirat nanti.
Mingguan Wanita : Bukan setakat membawa rezeki tetapi ia juga mendoakan tuannya. Sayangi dan hargailah si bulus anda.
Tak dinafikan solekan mampu ‘menutup’ kekurangan dan menyempurnakan lagi kecantikan kulit wajah.Seorang finalis Miss England mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi calon ratu cantik pertama yang yakin bertanding tanpa memakai sebarang solekan.
Lapor CNN, Melisa Raouf, 20, yang merupakan pelajar kolej dari selatan London, mara ke separuh akhir pertandingan itu pada Isnin lalu selepas memilih untuk bersaing tanpa mekap.
Melisa kini akan bertanding pusingan akhir pada Oktober ini untuk merebut mahkota kejuaraan Miss England.
“Ia amat bermakna buat saya kerana saya merasakan ramai gadis dari pelbagai peringkat umur mengenakan solek hanya kerana berasa tertekan untuk berbuat demikian.
“Jika seseorang itu gembira dengan kulit mereka sendiri, kita tidak seharusnya memaksa mereka menutup wajah aslinya dengan solekan.
“Kelemahan kita menjadikan siapa kita sebenarnya dan perkara itulah menjadikan setiap individu unik,” katanya.
Menurut Melisa, walaupun dia mula memakai solekan pada usia muda namun memutuskan untuk mengelak tradisi itu dalam pertandingan tersebut.
“Saya tidak pernah merasakan saya memenuhi piawaian kecantikan.
“Saya kini menerima kecantikan kulit saya sendiri dan sebab itulah memutuskan untuk bertanding tanpa mekap,” jelasnya dalam satu temubual.
Mei lalu, Melisa memuat naik sekeping gambar swafoto di Instagram dari pusingan ‘wajah tanpa solekan’ di pertandingan itu, dengan catatan tertera ‘dia menerima ketidaksempurnaannya’.
Sementara itu, pengarah pertandingan Miss England, Angie Beasley dalam kenyataan memaklumkan pihaknya memperkenalkan pusingan ‘Bare Face Top Model’ pada 2019 kerana kebanyakan peserta menghantar gambar disunting dengan solekan tebal.
“Jadi, kami mahu melihat individu sebenar di sebalik solekan tersebut,” katanya.
Menurut penganjur, Melisa merancang untuk tidak mengenakan solekan sekali lagi pada pusingan akhir pada Oktober ini.
Siapa MAHSA AMANI? Namanya trending selepas kematian & jadi punca protes besar-besaran di Iran. Kala ini negara Iran mengalami protes besar-besar selepas tiga tahun hidup bertenang.
Berita melaporkan setakat hari ini 17 orang terkorban dalam proses besar-besaran ini tetapi pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di Oslo, Hak Asasi Iran (IHR), mendakwa ada 31 kematian membabitkan orang awam di mana lima orang darinya adalah anggota keselamatan Iran sendiri. Tidak hanya di Iran, protes ini berjangkit ke New York dan Dublin bahkan mula menular ke seluruh dunia
Siapa MAHSA AMANI? Kenapa namanya menjadi sebutan?
Mahsa Amani berusia 22 tahun, hanya seorang gadis biasa dari bandar Saqqez di Wilayah Kurdistan di barat Iran. Dia bersama abangnya, Kiaresh Amini dalam perjalanan menziarahi keluarga di bandar Tehran pada 13 September lalu.
Namun ketika berada di tepi lebuhraya Haqqani, kenderaan dinaikinya telah ditahan oleh polis peronda sebelum diserahkan kepada polis etika moral kerana dikatakan tidak MEMAKAI HIJAB DENGAN SEMPURNA ditetapkan oleh pemerintah setempat.
Dari CCTV yang diedarkan oleh polis Iran selepas isu kematiannya menerima protes besar-besaran, kelihatan Mahsa Amini terjatuh ke atas tanah semasa penahanannya itu. Dikatakan polis telah memukul mereka termasuk Mahsa.
Menurut Kiaresh, adiknya dan seorang perempuan lain dibawa ke pusat tahanan Vozara untuk “briefing class” dan akan dibebaskan jika berjanji mengenakan hijab dengan sempurna walau dia tidak bersetuju dengan tindakan itu.
Namun ketika menunggu adiknya di luar pusat tahanan itu, dia terlihat ada ambulan masuk sebelum keluar dengan cepat. Dari pencarian matlumat, akhirnya dia mendapat tahu adiknya jatuh sakit, koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia.
Menurut doktor, Mahsa Amini mengalami serangan jantung sampai mati otak dan itu menjadi punca utama kematiannya.
Protes besar-besaran di Iran terjadi
Saat berita itu tersebar, terjadi gelombang kebangkitan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa Iran menangani isu pemakaian hijab ini. Bahkan mereka menuntut pembelaan bagi pihak gadis ini kerana isu hijab itu masih boleh diperbaiki dan bukannya menjadi punca kematian.
Video yang dikongsi dalam talian menunjukkan orang ramai menjerit “kematian untuk diktator” dan “wanita, hidup, kebebasan”.
Protes besar-besaran ini turut menyaksikan ada wanita Iran membakar hijab dan secara simbolik memotong rambut sebagai tanda protes terhadap kod berpakaian yang ketat, dan solidariti ini ditunjukkan menerusi demonstrasi dari New York ke Istanbul.
Akibat protes ini, polis Iran melepaskan tembakan dengan peluru penabur logam, gunakan gas pemedih mata selain meriam air terhadap peserta tunjuk perasaan, menurut Amnesty International dan kumpulan hak asasi manusia lain.
Peserta tunjuk perasaan membaling batu terhadap pasukan keselamatan, membakar kenderaan polis dan melaungkan slogan antikerajaan, menurut agensi berita rasmi, Irna.
Apa yang pasti, nama Mahsa Amani menjadi gelombang pemecah tindakan kejam Iran terhadap golongan wanita hinggakan kehadiran presiden mereka, Ibrahim Raisi ke PBB turut menerima protes besar-besaran di New York. Bahkan kematiannya trending dan tanda pagar namanya menjadi sebutan
Ayahnya, tidak boleh menerima alasan pihak berkuasa yang mengatakan anaknya ada serangan jantung kerana selama 22 tahun menjaga, anaknya itu sihat segar dan tiada masalah kesihatan langsung. Sesuatu yang mengejutkan, masyarakat yang protes turut membakar potret gambar pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei dan komander Pengawal Revolusi yang sudah meninggal dunia, Qasem Soleimani, hal yang tidak pernah terjadi sebelum ini di Iran.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sesungguhnya jodoh itu ketentuan tuhan. Penyanyi yang cukup popular dengan lagu ‘Gelombang’, Salamiah Hassan akhirnya kembali bergelar isteri pada usia 71 Tahun, selepas 35 tahun hidup sendiri.
Atilia Haron berkongsi berita gembira ibunya, penyanyi veteran popular, Salamiah Hassan selamat bernikah dengan jejaka berasal dari Liverpool yang menetap di Australia, iaitu Gerry Hughes.
Atilia berkata, Salamiah, 71, dan Hughes, 68, dinikahkan dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania, kira-kira jam 9 pagi tadi.
“Alhamdulillah, mama selamat bernikah, pagi tadi. Perasaan saya berbaur, dalam gembira, saya sedih sebab Mama akan berpindah ke Australia.
“Arwah bapa saya pula baru meninggal dunia, sebulan lalu. Saya rapat dengan mama, ke mana pun kami selalu bersama, apatah lagi, saya anak perempuan tunggal.
“Namun, saya sangat gembira untuk mama. Selama ini, mama berdikari dan saya tidak pernah sangka dia akan berkahwin.
“Malah, sebelum ini, mama beritahu, dia takkan berkahwin kerana gembira hidup seorang dan berjalan dengan kawan-kawan. Bagaimanapun, saya percaya Hughes boleh membahagiakan mama,” katanya.
Atilia turut menyaksikan pernikahan ibunya menerusi panggilan video. Salamiah dan Hughes mula berkenalan sejak kira-kira 15 tahun lalu.
“Mama dan Hughes sudah 15 tahun berkawan. Secara jujurnya, saya dan adik tidak tahu kisah percintaan mereka. Difikirkan, mereka hanya berkawan.
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, mereka kembali berkomunikasi dalam talian. Mama kemudian pergi melawat sepupu saya di Melbourne dan mama berjumpa Hughes.
“Ketika itu, Hughes melamar dan mama terbuka hati kerana merasakan Hughes adalah lelaki yang tepat,” katanya.
Atilia merancang ‘terbang’ ke Australia untuk berjumpa bapa tirinya berikutan mereka belum berkesempatan berkenalan lebih lanjut.
“Saya tidak pernah berjumpa Hughes. Saya sudah memohon visa tapi ditolak sebab saya terlupa hendak sertakan salinan pasport.
“Selepas menjayakan beberapa persembahan sudah ditetapkan, saya akan pergi,” katanya.
Walaupun tidak pernah berjumpa dan hanya berbual menerusi panggilan video, Atilia percaya ibu sudah membuat pilihan tepat.
Malah, Atilia menganggap masanya sesuai untuk ibunya kembali berpasangan selepas 35 tahun hidup sendiri.
“Saya terkejut apabila mama panggil saya dan Shah (adik) masuk bilik untuk beritahu kami, kira-kira tiga bulan lalu. Kami fikirkan mama sakit. Dahulu mama pernah menghidap kanser payudara.
“Rupa-rupanya mama mahu beritahu dia hendak berkahwin. Kami kemudian buat panggilan video kepada Hughes dan beliau meminta izin kami.
“Hughes jejaka baik. Kita boleh rasa bila seseorang itu ikhlas atau tidak. Walaupun kami tidak pernah berjumpa, kita boleh rasa.
“Hughes turut mengucapkan terima kasih kerana menerima dirinya dan beritahu dia sangat mencintai mama,” katanya.
Salamiah pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan berpisah pada 1986.Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Atilia dan Raja Ahmad Shah.
Allahyarham Raja Haron meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.
Mingguan Wanita:Ketentuan jodoh itu urusan Allah. Selamat pengantin baru buat Salamiah Hassan dan pasangan, semoga perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masih memegang cara yang betul dan menjaga adab, pengarah dan penerbit, Erma Fatima cukup memelihara batas pergaulan anaknya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.