Ada mak ayah mula tertanya-tanya sama ada sekolah sudah mula dibuka atau belum pada 20 Januari ini. Kebimbangan mak ayah jadi berganda, tidak pasti berbaloi ke tidak melengkapi keperluan sekolah anak sekarang. Takut, bila keperluan sudah dibeli anak-anak masih belum juga memulakan sesi persekolahan.
Menjawab kebimbangan mak ayah, guru ini berkongsi pandangan. Apa yang perlu mak ayah buat sebagai persediaan berhadapan pembukaan sesi persekolahan anak-anak untuk tahun 2021 ini.
Sekolah Jadi Ke Tidak?
Seminggu dua ini, guru-guru dah mula masukkan senarai bayaran persekolahan dalam grup WhatsApp anak-anak.
Saya minta isteri kirakan jumlahnya. Sekitar RM1500 untuk 4 orang termasuk seorang sekolah menengah.
Alhamdulillah, hasil berjimat duit moratorium dulu, dapatlah saya kumpul untuk yuran dan persiapan sekolah.
Isu yang timbul sekarang ni, sekolah jadi ke tidak?
Bagi saya, mudah saja. Tak perlu kita buat kerja menteri, timbalan menteri, KPPM, Pengarah JPN atau Pegawai PPD.
Mereka dah diberi jawatan, biarlah mereka yang fikirkan. Ingat kita ada masa untuk sakit kepala
Ads
Isu Bayaran Koperasi Dan Sumbangan PIBG
Kemudian, timbul lagi isu, mengenai bayaran koperasi dan sumbangan PIBG.
Ibu ayah sekalian. Segala bayaran itu tidak wajib dibayar pada hari pertama. Biasanya sekolah akan bagi masa kepada ibu bapa untuk membayarnya. Kalau tak banyak duit sangat pun, paling tidak, selesaikan bayaran koperasi dahulu. Beli buku tulis untuk anak-anak kita.
Kalau belajar dalam talian pun, buku-buku itu masih tetap digunakan.
Pakaian Sekolah Anak, Perlu Beli Atau Tidak
Ads
Selepas itu, keluar pula isu pakaian sekolah.
Rakan-rakan sekalian.
Tidak pernah wujud syarat untuk masuk sekolah perlu pakai baju baru.
Jika seluar sudah senteng, beli saja seluar baru. Baju, pakai saja baju lama.
Kasut sudah koyak. Jika tidak mampu, belilah kasut sekolah berwarna putih. Biasanya kasut putih lebih murah. Ya, anak-anak masih dibenarkan memakai kasut putih.
“Nanti, kalau sekolah belum buka, sayanglah baju sekolah tu.”
Kawan-kawan.
Kalau tak nak beli banyak, cukuplah beli sepersalinan.
Kami beli pakaian anak di Tesco. Baju RM7, seluar RM15, kasut RM17, stoking RM10 untuk 3 pasang. Jumlahnya RM49 untuk seorang. Beg sekolah semua masih elok.
Jadilah. Tak perlu beli mahal-mahal. Kata kawan saya, dia beli seluar bundle saja untuk anaknya. RM5 sehelai. Pun okay.
Ads
Apa yang penting, kita letak dalam kepala ni, 20 Januari nanti sekolah akan dibuka.
Bersemuka atau dalam talian, bukan urusan kita untuk fikir.
Tak perlu mengeluh, kita cari solusi. Walaupun dalam surah Maarij dah diberitahu manusia ini diciptakan dengan sifat suka mengeluh.
Dalam ayat 20, disebut lagi. “Apabila dia ditimpa kesusahan dia akan mengeluh.”
Buatlah persediaan semampu kita kerana anak-anak itu adalah amanah dan tanggungjawab kita.
Buat para suami, luangkanlah masa romantik bersama isteri. Biasanya isteri tak minta lama pun masa suami, cukup sekadar dapat beri perhatian dan layanan kepada isteri atau sekadar ‘meminjamkan’ telinga.
Masa romantik bukan hanya ketika sedang bercinta dan belum kahwin. Layan apa yang diinginkan oleh pasangan demi untuk menggembirakannya. Boleh dikatakan lautan api pun sanggup direnang.
Itu sebelum kahwin, selepas kahwin, masa romantik pun terus hilang. Suami sibuk dengan kerja, isteri pula dengan anak-anak dan kerja rumah. Tiada langsung masa untuk ‘we time’ berdua.
Suami Luangkan Masa Romantik Dengan Isteri
Sebenarnya, tak perlu lama pun masa romantik suami isteri sehari-hari. Cukup dengan hanya 15 mnit saja layankan dan beri perhatian pada isteri. Inilah yang dikongsikan oleh Ustazah Asmak Husin agar rumah tangga kekal bahagia.
Masa Romantik Hanya 15 Minit
Isteri tidak minta banyak. 15 minit perhatian suami sudah cukup. Apa salahnya letak telefon sekejap, beri perhatian, layan dan bergurau dengan isteri sekejap.
Jadi isteri ini kadang-kadang melelahkan. Tapi semua keletihan akan hilang kalau suami beri perhatian.
Hanya Perlukan 15 Minit Perhatian & Layanan
15 minit cukuplah terutama waktu yang sibuk
Saya pun sama, walaupun orang nampak macam iron lady, tapi tetap ada jiwa yang tersembunyi dan kita hanya sudi berkongsi dengan suami tersayang.
Carilah masa walau 15 minit berharga
Miliki Keluarga Bahagia
“Ustazah saya berimpian untuk mempunyai sebuah keluarga bahagia”
Jawab saya,
Bahagia ini milik Allah.
Semua orang impikan sebuah rumah tangga yang bahagia. Tidak kira tua atau muda.
Sama ada yang sudah berkahwin atau belum berkahwin.
Sepanjang 20 tahun saya menguruskan isu keluarga, terlampau banyak masalah yang saya jumpa.
Sumber Keberkatan Keluarga
Ada masalah keluarga yang sudah tidak mampu diselamatkan kerana terlalu rumit. Akhirnya penceraianya satu-satunya solusi.
Apabila berfikir sejenak saya sedar untuk selamatkan sebuah keluarga mesti bermula daripada usia mereka yang masih muda. Di waktu mereka masih belum berkahwin perlu diajar sumber² keberkatan sebuah keluarga.
Mereka ini perlu diajar kesan hubungan yang tiada batas pada sebuah perkahwinan yang bakal dibina.
Mereka impikan perkahwinan bahagia tetapi keluar dating berduaan seperti sudah kahwin.
Impikan keluarga bahagia tetapi video call seperti sudah halal.
Saya selalu pesan kepada mereka, awak nak berkahwin bukan setahun dua, tapi hingga ke syurga.
Sumber keberkatan keluarga kena jaga betul-betul.
Sebagai seorang isteri dan ibu, nasihat yang terbesar dan terpenting untuk anak-anak muda tolong jaga hubungan sebelum berkahwin. Mungkin hari ini seronok dating, berduaan.
Keseronokan hari ini sekejap sahaja. Lawan sekejap nafsu. Fokus kepada menjaga batas perhubungan jika mahu zuriat dan keluarga yang baik.
Pernah dengar tak dengar ungkapan yang mengatakan wanita yang bergelar isteri umpama mempunyai naluri /instinct atau deria keenam yang sangat kuat terhadap suami mereka. Sebab itu, bila suami buat hal, mesti dapat hidu punya!
Isteri Dapat Rasa
Naluri seorang isteri ni cukup kuat. Terdetik apa sahaja tentang suami, pasti degupan di dada akan rasa kencang. Timbul rasa tak sedap hati. Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami, sumbang langkah suami, selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu.
Kalau suami tidak jujur, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri, rasa umpama ada yang tak kena walau pun suami sedaya upaya berlagak normal di rumah. Percayalah, lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau pun bukan esok lusa, pun pasti masanya akan tiba juga. Waktu itu, bersedialah dengan segala kemungkinan. Takkan isteri nak senyum je kan?
Sebab itu, untuk para suami, ingat betul-betul ye. Jangan sesekali menipu isteri ye! Sekali suami langgar pantang ini, tipu isteri, selamanya berbekas dalam lubuk hati isteri. Tak kira tipu kecil atau besar. Wanita memang pantang bab ni.
Misalnya kalau janji nak balik awal lepas ‘ngopi’ dengan kawan. Tapi jam 12 belum juga muncul. Jangan salahkan isteri kalau tak percayakan suami dah lepas tu.
Begitu juga ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah, seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu oleh suami. Mungkin kerana isteri sangat prihatin tiap terhadap perubahan suami. Walau suami tak cakap, bila tengok riak wajah dan bahasa tubuh suami pun isteri dah boleh ‘baca’.
AWAS! Isteri Kena Bezakan Naluri Atau godaan Syaitan
Tapi isteri jangan rasa segala apa yang dia rasa atau apa yang terlintas di benak hati itu benar belaka ye. Ada ketikanya bila ada sifat cemburu dan tak percaya terhadap suami, kecenderungan untuk isteri salah faham boleh terjadi. Pada ketika inilah syaitan boleh menghasut.
Pendek kata, isteri juga kena tahu bezakan antara naluri dan hasutan syaitan. Sebab syaitan suka sangat menganggu emosi dan perasaan orang perempuan. Kalau terlalu berperasangka dan menuduh melulu, takut isteri akan jatuh derhaka.
Umpama Penyiasat Persendirian
Mungkin suami tak tahu skil hebat yang isteri ada. Kalau nak tahu, untuk memastikan kejujuran suami, mereka umpama ‘penyiasat persendirian tak beergaki’. Sanggup google dan selidik semua perkara berkaitan apa yang suami buat. Kalau kata nak ke suatu tempat, janganlah nak tipu. Mesti dapat tahu punya!
Kesimpulannya, isteri memang dianugerahkan deria/naluri untuk mengetahui apa yang suami lakukan. Tapi jangan anggap apa yang dirasakan itu 100% betul ye. Kena ingat, syaitan sentiasa cuba untuk memporak-perandakan rumah tangga manusia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Primadona filem Melayu, Noor Kumalasari Mohamed Taib dan suaminya antara ratusan ibu bapa yang bangga melihat kejayaan anak-anak yang diraikan dalam majlis graduasi di Management & Science University (MSU).
Anak Noor Kumalasari iaitu Wan Irfan Nurul Atiq Wan Mohd Yusoff berjaya menamatkan pengajian di Management & Science University (MSU).
Menerusi Instagram MSU, Wan Irfan Nurul Atiq Wan Mohd Yusoff menamatkan pengajian dalam jurusan Bachelor in Graphic Design (Hons), Faculty of Information Sciences and Engineering(FISE) di institusi pendidikan tinggi swasta tersebut dan kejayaannya telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen MSU ke-34 pada Khamis lalu.
Seramai 2,447 graduan dari 126 program pengajian menerima skrol pengajian masing-masing. Ia menyaksikan 35 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (65), Sarjana Muda (1,596) dan Diploma (751).
Seperti ibu bapa lain, perasaan gembira dan syukur tergambar di wajah Primadona Filem Melayu itu yang turut berkongsi perasaannya dan pengalaman melihat anaknya itu bertungkus lumus dalam pengajiannya itu.
FISE merupakan fakulti yang melahirkan graduan dengan bilangan program terbanyak iaitu 28 program pengajian. Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP) pula menyumbang kepada bilangan kohort graduan terbesar iaitu seramai 677 graduan.
“Dia memang komited dengan pengajian. Bayangkan, jam 4 pagi masih siapkan tugasan di dalam bilik dan sebagai ibu, saya memang bangga dengan dia.”
Untuk rekod, Wan Irfan Nurul Atiq merupakan anak bongsu Noor Kumalasari dan suaminya, Wan Mohamad Yusof. Mereka telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.
Noor Kumalasari pernah menerima Hijabista Legend Award di Hijab Fashion Award 2024 yang diadakan Februari lalu.