Tidak dinafikan, sesetengah isteri yang bekerja memang jarang masak di rumah. Bukan tidak mahu memasak untuk suami dan anak-anak tetapi semuanya disebabkan faktor masa. Bagi isteri yang amalkan rutin memasak walaupun bekerja, itu sudah cukup membanggakan.
Bayangkan, seawal pagi menguruskan anak-anak, ke tempat kerja dan petangnya pula ‘bersilat’ untuk menyiapkan makanan keluarga. Kalau jenis isteri yang ‘buat kerja cepat’ dalam setengaj jam sudah terhidang makanan. Bagaimana pula kalau isteri yang ambil masa lama untuk siapkan hidangan. Mahu masuk angin suami dan anak-anak menunggu.
Walau bagaimanapun, jangan salahkan isteri. Sebaiknya isteri ingin berikan yang terbaik untuk suami dan keluarga. Mungkin ada juga suami lebih selesa untuk membeli makanan di luar bagi menyenangkan isteri. Mungkin sebab itu juga isteri pun jarang masak.
Pernah orang tua cakap, kalau isteri tidak masak, suami dan anak-anak tak dapatlah merasa ‘air tangan isteri atau ibu’.
Walau bagaimana pun, dengan keadaan sekarang ini yang mana isteri turut sama bekerja membantu suami, sedikit sebanyak memberi kekangan untuk isteri memasak di rumah.
Ada yang berfikiran, kalau memasak mungkin ambil masa sedikit. Sedangkan, beli makanan di luar, balik rumah terus boleh makan. Tak adalah suami dan anak-anak menunggu lama.
Waima, jarang memasak, beli makan di luar, semuanya bergantung kepada budi bicara pasangan masing-masing yang boleh menerimanya. Jangan pula kata isteri tak masak, suami ambil kesempatan lain pun.
Seperti perkongsian daripada Fadzli Aziz ini. Isteri masak atau beli di luar langsung tidak memudarkan cinta mereka. Apa yang penting suami kena ada toleransi dan lihatlah penat lelah isteri juga.
“Abang, sayang tak sempat nak masak hari ni sebab ada online meeting”.
Ads
“Tak apa, foodpanda kan ada. Nak makan apa? Abang orderkan”.
Saya ni jenis tak kisah, isteri masak atau makan kat restoran ataupun grabfood. Dulu betul saya memang nak isteri masakkan untuk saya.
Tetapi bila melihat dia bekerjaya, banyak hal yang perlu diuruskan, maka saya mudahkan apa yang boleh.
Sampaikan jiran saya tegur.
“Abang dah nampak kalau foodpanda tu mesti datang rumah kau. Aku rasa kau ni penyumbang terbesar foodpanda kat kawasan ni.
Kami gelak sama-sama.
Perasan tak kenapa orang lelaki suka tanya isteri dia nak makan apa?
Sebab dia tak kisah dirinya. Suami utamakan pasangannya walaupun hanya hal yang berkaitan makan.
Dia nak isterinya bahagia dengan dirinya dan dia tak nak susahkan isterinya. Bahkan dia cuba permudah dan ikut kehendak isterinya.
Ads
Namun pada sesetengah lelaki tradisional, bab makan, isteri mesti masak. Bab makan tanggungjawab isteri sepenuhnya. Bangun pagi sarapan semua mesti sudah tersedia. Itu tanda hormat.
“Kau kalau nak suami sayang, kau kena bagi suami makan air tangan kau”.
Ini pesan orang dulu-dulu. Tak salah pesan ni. Bahkan ada kelebihannya.
Tapi adakah bila asyik makan kat luar cinta tak berkembang dan mendalam?
Kalau tanya saya, saya tetap semakin sayang dan cinta walaupun banyak makan di luar berbanding dirumah.
Suami Kena Toleransi
Bab memasak di rumah, bertoleransi lah kita. Sebab kalau dalam situasi isteri tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa, mungkin itu tiada masalah.
Tapi kalau isteri bekerja, maka ia sesuatu yang sangat memerlukan toleransi. Terkadang isteri balik kerja penat-penat, terus bergegas ke dapur nak masak. Suami masuk je rumah, terus capai remote tv.
Nak order foodpanda, suami tak nak. Nak rasa air tangan isteri. Maka isteri berhempas pulas siapkan makanan dan hidangkan.
Ads
Lepas je makan sama-sama, suami bangun terus terpacak depan tv, sambung tengok movie. Isteri tadi terus angkat pinggan mangkuk bawak ke dapur dan basuhkan. Kemaskan dapur dan lap.
Selepas solat isyak isteri sambung lagi kemas rumah dan setelkan hal berkaitan kerja esok. Pukul 10.30 bersiap-siap nak tidur.
Suami? Masih duk tengok tv. Pukul 11.30 masuk bilik, kejutkan isteri kerana nak ‘bersama’. Isteri dah terlena kerana sangat penat. Tapi bila dikejutkan, bangunlah isteri melayan kehendak suaminya.
Sebab dah penat, melayan suaminya sekadarnya sahaja. Suaminya tak puas hati. Lalu mengadu pada kawan-kawan dan perempuan lain.
“Isteri i ni tak pandai layan. Dah lah susah nak layan i, pastu macam patung je. I rasa i nak poligami lah”
Akhirnya rumah tangga jadi semakin pudar, hilang seri, hambar kerana cycle ini berulang-ulang.
Si isteri menjadi bingung kerana suami curang. Sedangkan dia dah jalankan semua tanggungjawab semampu mungkin.
Kadang-kadang sebagai suami kita suka menyalahkan pasangan kerana kita rasa kita jadi mangsa. Rupa-rupa kita lupa terkadang kitalah puncanya keadaan menjadi sebegitu.
Wallahuaalam
MW: Sebenarnya, isteri pun lebih suka memasak untuk suami dan anak-anak makan. Tapi kalau suami tak ada tolerasni dalam membantu, boleh jadi penat isteri. Untunglah kalau suami jenis yang memahami, siap orderkan makanan untuk keluarga lagi.
Kawan-kawan,
Rumahtangga itu laluan ke syurga. Pertahankanlah biar apa pun berlaku. Kita tak diuji pasangan kita sakit. Kita tak Tuhan uji pasangan kita meninggal saat kita masih di awal perkahwinan.
Saya ada ramai kawan yang kehilangan pasangan dalam tempoh awal rumahtangga. Ada juga kawan yang sampai hari ini, temankan suami yang sedang sakit.
Pertahankanlah!
Mereka tabah. Mereka sabar dan tak pernah merungut. Malah gembira ceritakan tentang rumahtangga mereka.
Ujian kita kecil kawan-kawan. Sikit sangat. Pertahankanlah rumahtangga kita. Sampai akhir umur dunia kita.
Moga kalian semua ke syurga bersama pasangan kalian.
Amin.
Suami isteri ini mungkin antara pasangan yang bertuah dimurahkan rezeki dengan kelahiran anak yang ramai. Baru menyambut ulangtahun perkahwinan ke 25, pasangan yang telah memiliki 20 orang anak dan 3 orang cucu ini, mengumumkan bakal menimang cahaya mata yang ke 21 pada November ini! Sekaligus mencipta sejarah sebagai keluarga paling besar dan memiliki paling ramai anak di Britain.
Pasangan Noel dan Sue Radford masing-masing berusia 47 dan 43 tahun yang menetap di Morecambe, Lancashire mendapat anak pertama pada tahun 1989 ketika Sue hanya berumur 14 tahun.
Pada awal perkahwinan pasangan ini merancang untuk memiliki hanya 3 orang cahaya mata, namun kegembiraan mendapat anak membuatkan mereka meneruskannnya. Noel dan Sue telah memiliki 11 orang anak lelaki dan 9 orang anak perempuan.
Anak-Anak kepada pasangan ini adalah:
1.Christopher (28 tahun)
2.Sophie Rose (24 tahun)
3.Chleo Anne (22 tahun)
4.Jack Richard (20 tahun)
5.Daniel Leon (19 tahun)
6.Luke James (17 tahun)
7.Millie Jo (16 tahun)
8.Katie Louise (15 tahun)
9.James Edward (14 tahun)
10.Ellie May (12 tahun)
11.Aimee Elizabeth (11 tahun)
12.Joshua Benjamin (10 tahun)
13.Max Joseph (9 tahun)
14.Tillie May (7 tahun)
15.Oscar William (6 tahun)
16.Casper Theo (5 tahun)
17.Alfie Thomas (Keguguran)
18.Hallie Alphia Beau (2 tahun)
19.Phoebe Willow (18 bulan)
20.Archie Rowan (9 bulan)
Ketika melahirkan anak ke-9, Noel telah menjalani pembedahan vasektomi, namun merawatinya kembali kerana cinta terhadap anak kecil membuatkan mereka bertukar fikiran untuk menambah lagi dan membesarkan ahli keluarga. Anak ke 17 pasangan ini yang dinamakan Alfie, meninggal dunia pada 2014 ketika usia kandungan Sue mencecah 23 minggu. Meskipun Sue baru sahaja melahirkan anaknya yang ke 20 September lalu, proses kelahiran dilalui dengan mudah walaupun dianggap sebagai berisiko tinggi oleh doktor.
Tidak Harapkan Bantuan Kerajaan
Keluarga besar itu kini menetap di kediaman ala Victoria yang dibeli 11 tahun lalu, walaupun mempunyai anak yang ramai pasangan tersebut dilaporkan tidak mempunyai beban kewangan dalam menyara keluarga dan sering bercuti ke luar negara setiap tahun.Pasangan ini memiliki perniagaan membuat pai dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan dalam membesarkan anak-anak mereka.
Kesemua ahli keluarga ini tinggal di rumah yang memiliki 10 buah bilik yang dibeli pasangan ini pada tahun 2004 dengan harga RM1.3juta.Noel dan Sue menghabiskan lebih daripada RM160,000 menyediakan makanan dan pakaian anak-anak mereka. Kos mingguan membeli barangan keperluan rumah adalah sekitar RM1,300 termasuklah, 74 liter susu, lebih 20 buku roti, 14 kotak bijirin dan 28 gulung tisu tandas.Keluarga ini menggunakan minivan dengan 15 tempat duduk untuk bergerak.
Namun istimewanya, walaupun sibuk menjaga anak dan mengendalikan rumah, pasangan ini masih mampu bercuti meraikan ulangtahun perkahwinan ke 25 mereka.
MW: Kita ada dua tiga orang anak pun dan pening kepala, macam mana nak uruskan 21 orang anak sekaligus! Pasangan ini memang betul-betul hebat!
Sejak mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu, Mikail dan Nayli memang tinggal berjauhan. Mikail bekerja di pantai timur kerana berkhidmat di sana, manakala Nayli pula selesa tinggal di kampung halamannya di Johor Bahru kerana sibuk menguruskan perniagaan keluarganya.
Hubungan suami, isteri ini pada awalnya cukup indah, apabila saban minggu, sang suami akan mencuri masa untuk pulang berjumpa sang isteri. Setelah tiga tahun berlalu, perhubungan jarak jauh yang jernih ini mulai keruh. Keluarga Nayli mula mendesak Mikail untuk berhenti kerja dan membantu Nayli menguruskan perniagaan keluarga mereka.
Diminta Berhenti Kerja
Tambahan pula Nayli sedang sarat mengandung anak kedua, sudah tentu agak melelahkan apabila dirinya perlu menguruskan anak sulung dalam keadaan sarat mengandung. Nayli yang pada awalnya tidak kisah berjauhan dengan suami, mula berubah sikap.
Apatah lagi Haikal secara terang-terangan menolak permintaan Nayli untuk tinggal sebumbung. Katanya dirinya baru sahaja dinaikkan pangkat, mengapa dia harus melepaskan peluang. Lagi pula, dia seorang suami, seharusnya Nayli yang mengikutnya berpindah ke Kelantan.
Haikal yang sebelum ini terlalu kasihkan Nayli dan anaknya makin jarang pulang ke pangkuan keluarga kerana bimbang keluarga Nayli menegur khilafnya. Dia sengaja tidak menjenguk Nayli biar pun Nayli mengadu yang kandungan kini bermasalah.
Tidak Dimaafkan
Bagi Mikail, Nayli sengaja mengada-adakan cerita agar dia berubah fikiran dan berpindah untuk tinggal di Johor Bahru. Hinggalah suatu hari, Nayli dimasukkan ke hospital kerana pengsan secara tiba-tiba. Nayli langsung tidak memberitahu suaminya kerana dia berasa jauh hati.
Mujurlah bapanya menghubungi Mikail dan menjelaskan keadaan Nayli yang tidak sihat. Jantung bayi dalam kandungannya lemah dan doktor menyerahkan segalanya pada Allah. Nayli yang hilang semangat seakan hilang arah memikirkan keadaan anaknya.
Mikail yang datang menjenguk langsung tidak dilayan, katanya dia telah tiada hati lagi pada suaminya. Malahan Mikail juga tidak dibenarkan menyentuh anak-anaknya lagi. Nayli memang benar-benar menyalahkan Mikail atas segala yang berlaku.
Lebih menyayat hati, apabila bayi yang dikandung lemas dan meninggal dalam perut. Nayli mengalami kemurungan, seterusnya hampir gila bila mendapati anaknya tidak lagi bernyawa. Sebaik sahaja keadaan Nayli sembuh, dirinya telah memfailkan penceraian di mahkamah.
Biar pun perit, Mikail terpaksa melepaskan isterinya yang tercinta. Mikail memang menyesali atas segala keterlanjuran dan layanan buruk kepada Nayli. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Kini Mikail terlalu rindukan Nayli dan anaknya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Warga emas tegur remaja main motosikal maut dipukul besi cota. Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota dalam kejadian di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada petang Khamis.