Sedih Kalau Selalu Dapat Bluetick, Seen Tanpa Respons, Lama-lama Tawarlah Hati

Sekarang ini nak merapatkan hubungan antara suami isteri, kawan malah saudara-mara dah jadi mudah dengan adanya kemudahan WhatsApp. Senang kiranya nak berhubung. Tapi jadi sakit hati bila cuma bluetick atau seen tanpa respons yang kita dapat, setelah puas menaip panjang-panjang.

Kerana, ada sesetengah orang itu, amat payah nak jawab mesej orang lain. Beruntung lah sangat kalau dia beri respons tanda suka atau emoji. Sebenarnya menjawab respons mesej pun boleh memberi bahagia kepada orang lain.

Hadamkan pesanan Hafsah Mardhiah ini. Satu ingatan yang kadangkala tanpa sengaja kita terbuat, sibuk barangkali hingga terlupa mahu membalas mesej. Sudahnya, di pihak yang menghantar ingatkan kita tak sudi melayannya. Sudah.. jadi satu kes jauh hati pula.

Jangan sampai begitu ya..

Baca sini : Tak perlu left group whatsApp, reset statistics barulah berdesup laju

Sedih Kalau Selalu Dapat Bluetick, Seen Tanpa Respons, Lama-lama Tawarlah Hati

IKLAN

Hadiahkan Bluetick Untuk Isteri, Dikala Sibuk

Kes 1:
Seorang isteri excited bercerita dia dipuji oleh bos. Hasil kerjanya membawa pulangan lumayan pada syarikat. Kawan-kawan semua ucap tahniah. Panjang lebar menaip wasap bercerita pada suami.
Tapi suami hadiahkan bluetick. Mungkin sedang sibuk.

Kes 2:
Seorang ibu bertanya khabar anaknya di universiti. Panjang lebar mak bertanya lepaskan rindu, sepatah dijawab. Tapi mak tak jemu. Masih lagi teruja nak bagi nasihat untuk anak yang disayangi. Suruh belajar elok-elok. Jaga diri. Panjang lebar mak menaip penuh perasaan.
Akhirnya si anak hanya hadiahkan bluetick. Bosan mungkin.

Kes 3:
Seorang leader excited menyiapkan bahan untuk bantu team. Berhari-hari makan minggu bersengkang mata nak siapkan. Dalam kesibukan yang teramat, selit juga masa sebab fikir nak bantu team grow. Excited share kat group wasap hasilnya.
Tapi krik krik. Ramai seen tanpa sebarang respond. Ala bluetick juga.

IKLAN

Nampak persamaan?

Energy receive, energy return. Tu cycle nya.
Ya kita boleh bercakap soal ikhlas. Tapi kita manusia biasa. Jauh untuk sampai tingkat ikhlas. Kita juga boleh bercakap soal sangka baik. Tapi tetap hati tergores.

Lama-lama energy akan drain disedut tanpa dikembalikan. Lama-lama hati akan jadi tawar. Berulang kali rawat hati. Sabar, beri lagi. Sabar beri lagi.

Let’s appreciate each other. Raikan semua orang di sekitar kita. Especially orang yang rapat dengan kita.

Tak susah pun. Hanya ambil masa 2 saat untuk beri sedikit respond Thanks Baik Noted Best! Susah ke? Kalau sibuk sangat la tu. Bagitau apa yang anda sedang sibukkan supaya orang tak kecewa menunggu.

IKLAN

Kita pun sedih kan kalau selalu dapat bluetick. Apatah lagi dari kawan or orang yang kita sayang. Kan?

#IngatanUntukDiri #HargaiYangTersayang

MW : Kalau pun malas nak menaip, tekan je butang voice note pada WhatsApp tu. Boleh je cakap terus.

Sumber/Foto : Hafsah Mardhiah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI