Memang ada benarnya, isteri itu adalah penyeri dalam rumahtangga. Isteri yang bahagia akan membuatkan seisi rumah tenang dan ceria. Untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan itu, suami wajib bina ‘bonding’ terhadap pasangan berikan masa emosi untuk keluarga.

Baca perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini;

Hilangnya bonding antara pasangan.
Zaman ini, waktu makan masih lagi mengadap screen. Main smartphone, makan depan TV. Tangan sumbat nasi, tapi mata pada skrin. Sedangkan waktu makan itu adalah masanya untuk kita bercakap dengan keluarga.

Macam mana nak wujud bonding kalau begitu?

Waktu makan ini untuk manfaatkan sepenuhnya masa bersama keluarga. Suapkan makanan untuk isteri, untuk anak anak. Minum gelas yang sama dari gelas isteri. Makan berkongsi pinggan.

Tunjukkan kemesraan terhadap isteri, kerana setiap perlakuan kita akan ditiru oleh anak anak.

Namun amatlah sedih.

IKLAN

Zaman sekarang,15 minit itu sangat berharga jika kita betul betul beri tumpuan kepada keluarga berbanding 24 jam dirumah tetapi banyak masa dengan media sosial serta online gaming.

Akhirnya hubungan jadi toksik. Bercakap pun hal hal penting sahaja. Paling teruknya bercakap sebab gaduh. Buka mulut ja bergaduh! Bila tutup mulut, mata pula depan TV, layan gadget. Anak anak layan game, layan kehidupan mereka sendiri.

Tiada lagi senyuman, gelak tawa, riuh rendah dalam rumah. Sedangkan kita perlu setiap hari bercakap dengan positif, ada rasa simpati terhadap pasangan dan keluarga, ada masa nak bergurau dengan isteri dan anak-anak.

Apabila isteri stress, anak-anak akan dibesarkan dalam suasana stres. Lantaran itu, pembesaran anak-anak akan terjejas. Sekiranya tidak dibendung tidak mustahil jika ada kanak-kanak juga mengalami masalah kesihatan mental.

IKLAN

Perlu Masa Emosi Untuk Keluarga

Hari ini, perlunya masa emosi untuk keluarga. 1 jam itu, fokus layan keluarga. Tiada smartphone, tiada TV, tiada urusan kerja. Bagi perhatian kepada pasangan. Dengar cerita mereka, dengar luahan hati mereka, banyakkan sentuhan, selalu beri senyuman atau flying kiss kepada pasangan.

Peluk erat isteri, paling kurang kena peluk pasangan 5 kali sehari, ya 5 kali, tak percaya buatlah. Layan isteri dengan baik. Nabi Muhammad s.a.w seorang pemimpin dunia, namun Nabi s.a.w akan jadi seorang suami apabila bersama dengan isteri baginda.

Potong kuku pasangan beri bonding yang sangat kuat, rindu sangat sangat moment ini. Di situ ada sentuhan, sentuhan sampai ke hati. Tatap wajah pasangan, renung dalam mata dia, rupanya ada seribu bahasa kasih sayang dan cinta. Dari situlah hati akan tenang melihat pasangan.

Rupanya nak isteri itu tenang, suami wajib bina bonding terhadap pasangan. I love you, I miss you, usap jari, pegang bahu ini adalah ucapan dan perbuatan yang sangat mahal yang kadang kadang kita terlepas pandang.

IKLAN

Bina cinta, bina bahagia insyaallah ketenangan itu akan datang.

Klik ni untuk bacaan lanjut: bit.ly/FormulaBahagia

Baca Lagi Di Sini:
Jangan Lokek Dengan Isteri, Nanti DIA Bagi Berlipat Ganda Rezeki Buat Suami
Suami SUSAH Terima Teguran Isteri Berbanding Orang Lain. Patutnya Bersyukurlah Tanda Dia Sayang

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pasangan suami isteri. Untuk dapatkan ketenangan dan kebahagiaan itu, suami wajib bina ‘bonding’ terhadap pasangan berikan masa emosi untuk keluarga.

Sumber:Kamarul Ariffin Nor Sadan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI