Wanita memang unik. Selalunya faktor isteri meminta cerai apabila suami bertindak kasar, abaikan tanggungjawab, curang dan sebagainya.Namun sebaliknya kisah seorang isteri di India ini.
Gara-gara tidak pernah bertengkar dengan suaminya, seorang wanita di India nekad menuntut cerai selepas 18 bulan mendirikan rumah tangga.Gulf News melaporkan wanita yang identitinya tidak didedahkan itu berasa rimas kerana suaminya terlalu menyayanginya.
“Dia sering memaafkan saya setiap kali saya melakukan kesalahan. Dia tidak pernah menjerit atau buat saya rasa kecewa atau sedih dengan sebarang isu.
“Kadangkala dia memasak untuk saya dan membantu saya membuat kerja rumah. Saya tidak perlukan hidup yang suami sentiasa bersetuju dengan segala perkara. Saya mahu bergaduh dengannya,” rungut wanita itu.
Ads
Keputusan Semberono
Mahkamah Syariah bagaimanapun menolak tuntutan cerai tersebut dan menggelar ia sebagai keputusan yang semberono.Ketika pihak mahkamah mengajukan soalan sama ada dia mempunyai sebab lain untuk berpisah dengan suaminya, wanita itu gagal mencari alasan baharu.
Susulan itu, mahkamah meminta pasangan terbabit menyelesaikan masalah mereka secara bersama.Selepas kes itu ditolak oleh mahkamah, wanita tersebut dilaporkan mengemukakan tuntutannya kepada badan pemerintah tempatan yang juga enggan mengendalikan kes tersebut.
Ads
Sementara itu, media tempatan melaporkan suaminya sangat menyayangi wanita itu dan mahu memastikan isterinya sentiasa gembira. – Agensi
Paut lengan suami orang tanpa rasa bersalah semasa bergambar, wanita ini dikecam netizen kerana bertindak luar batas.
Bayangkan jika isteri lelaki itu mengetahui hal sebenar, apa perasaannya. Sudah tentu dirinya rasa terhina dan kecewa dengan tindakan wanita ini.
Paut Lengan Suami Orang Tanpa Rasa Bersalah
Aksi seorang wanita yang mempamerkan kemesraan dengan lelaki dipercayai berstatus suami orang menerima kecaman netizen dengan ramai yang mengutuk tindakan wanita itu, lapor laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu video yang pada asalnya dimuat naik dalam aplikasi TikTok, wanita tersebut kelihatan memaut lengan seorang lelaki yang tidak ditunjukkan wajahnya.
“Menghadiri acara pejabat atau berjumpa rakan-rakannya. Kebiasaannya untuk acara umum seperti ini, dia membawa saya dan bukan isterinya.
“Katanya saya berbau wangi sedangkan isterinya berbau seperti bawang. Jadi, saya memiliki kelebihan, bukan,” tulis keterangan dalam video itu.
Wanita Ini DiKecam Netizen
Video tersebut dikongsikan semula di akaun Instagram @komentatorpedas dengan ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan.
“Kalau cantik, takkan dapat suami orang. Tidak laku dalam kalangan lelaki bujangkah?” komen seorang netizen.
“Ya Allah, semakin hilang rasa malu. Bagaimana anda tergamak membuat kandungan video seperti itu?” komen seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita : Sebagai seorang wanita yang masih bujang, jagalah tidak laku dan adab dalam pergaulan. Jangan melebihi batas, apatah lagi dengan suami orang.
Wanita bergelar isteri memang ‘complicated dan sukar difahami kemahuannya. Seringkali apa yang diluahkan tak seiring dengan perkara sebenar yang dimahukan. Suamilah perlu lebih bijak memainkan peranan, memahami gaya bahasa badan dan riak wajah isteri.
Sebagai contoh ada ketika isteri terasa hati, berdiam diri, merajuk dan marah bukanlah bermakna suami perlu ‘angkat kaki’, menjauhkan diri mahupun buat tak tahu sahaja. Dalam situasi begini, sebenarnya isteri memerlukan ‘lebih’perhatian dan pujukan daripada suami tersayang.
Untuk fahami lebih lanjut jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini sebagai panduan;
Isteri diam. Isteri merajuk. Isteri marah. Bukan bermakna suami perlu menjauhkan diri. Tindakan begitu hanya membuat dia bertambah sedih dan sakit hati.
Adakalanya bila isteri berkata, “Dah pergi! Leave me alone!”itu maksudnya suami perlu lebih-lebih lagi duduk di sisi, peluk, pujuk. Atau kadang cuma perlu pegang tangannya tanpa perlu kata apa-apa. Bukannya keluar meninggalkan isteri terkontang kanting sendirian.
Begitu juga apabila isteri mengamuk, menjerit berkata benci. Bukanlah bermakna dia betul-betul benci melainkan hatinya terluka kerana perbuatan atau ucapan si suami.
Belajar Kenali Isteri
Suami, kalau kata setahun pertama perkahwinan bolehlah beri alasan masih tak mengerti bahasa badan, bahasa wajah pasangan. Namun, bukanlah bermakna kalian selamanya perlu buta mata, buta hati dalam mengenali sifat dan peribadi isteri.
Jangan pernah jemu. Jangan putus asa. Ambil masa untuk belajar mengenali isteri. Usaha itu wajib ada.
Apa yang dibencinya jauh-jauhkanlah. Apa yang disukainya selalulah dilakukan.
Ya, isteri memang makhluk complicated. Namun, sebagai makhluk yang fitrahnya untuk membimbing, melindungi dan mencintai kaum wanita, seharusnya suami tidak mudah rasa putus asa menangani emosi dan tingkah isterinya.
Pikat Hati Isteri
Memikat hati wanita ini bukan setakat waktu sebelum dia menjadi isteri, setelah dimiliki, dibuat seperti hal yang tiada harga.
Bahkan sepatutnya setelah menjadi isteri perlu dilipat gandakan usaha untuk memikat hatinya. Kerana dia adalah isteri, suatu perhubungan yang diiktiraf di sisi Allah. Segala perbuatan yang diniatkan untuk menggembirakan isteri adalah pahala belaka, bahkan termasuk dalam nafkah batin sebenarnya.
Rumahtangga yang terbaik ialah apabila kita jatuh cinta berkali-kali dengan orang sama.
Lebih bagus kalau setiap hari!
Kalau tidak, masakan ada pepatah berkata,
Happy wife, happy life?
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan buat suami dalam lebih memahami isteri. Penting belajar ‘kenali’ isteri, jika ingin bahagia dan harmoni dalam rumahtangga.
“Sakit hati macam mana pun.’ Elak buka aib pasangan walaupun sudah bercerai. Walaupun sudah berpisahm jangan jadikan ia kelebihan untuk mak ayah membuka aib bekas pasangan.
Biarlah segala keburukan dan kelemahan mantan pasangan disimpan di dalam hati tanpa perlu dikongsi dengan orang luar. Seharusnya, doakan saja bekas pasangan menjadi lebih baik dan segera menyedari kesilapannya.
Ikuti perkongsian Dokter Ferihana ini dan ketahui bagaimana cara terbaik menghadapi perpisahan dengan bekas pasangan:
Saudariku,
Ketika perceraian menimpa mu
Aku tahu itu pasti menyakitkan bagi mu…
Namun,
Basuhlah luka hatimu dengan :
Sibuk mendekat pada Rabbmu
Kemudian sibukkan diri dengan kalam-Nya
Sibuk mempelajari ilmuNya
Sibuklah dengan kebaikan kebaikan yang tertinggal
Jauhkan dirimu dari bercerita ke sana ke mari
Jangan banyak mengadu “suamiku begitu begini”
Jangan buka pada khalayak tentang aib dan keburukannya
Dan jangan senang hati jika manusia tahu keburukannya
Mintakan pada Allah keampunan untuk dirinya
Dan mintakan juga agar Allah Memberi kebaikan padanya
Seorang muslimah sejati
Seorang mukminah
Elak Buka Aib Pasangan
Seorang yang betul-betul mengenal Rabbnya dan ikhlas mencari wajah-Nya semata
Maka dia akan tetap baik
Apapun sikap orang kepada dirinya
Akan tetap menutup sebaik mungkin aib mereka yang sudah bukan sebahagian daripada diri kita
Mukminah sejati,
Akan tetap berbuat baik
Apapun keadaan yang menimpanya
Tidak menjelekkan bekas suami
Tak membicarakan aib dan keburukan
Ingat pesan Rabbunaa
Walaa tansawul fadhla bainakum
Sesakitnya hati mu, tetap sadari bahwa setiap manusia memiliki kebaikan yang tak boleh kita nafikan…
Dan apabila,
Mantan berkata yang buruk-buruk tentang dirimu
Janganlah membalas dengan hal yang serupa
Jadikan itu kesempatan emas untuk mencari keampunan dan redha Allah dengan sebab kesabaran kita
Jadikan semua lara di hati sebagai sebab datangnya kebaikan yang banyak untuk diri kita
Sungguh Allah Maha Melihat dan tak pernah lalai dari keadaan hamba-hamba-Nya.
Sungguh Allah akan membalasnya dengan sempurna.
Dekatkan Diri Dengan Allah
Kemudian,
Tutup dirimu dari para ajnabi
Jangan sibuk di sosial media untuk memalingkan mata kepada diri mu
Jangan menggoda dan menunjukkan kamu keseorangan saat menjanda
Jagalah diri dari mereka yang belum halal bagimu.
Jadilah wanita yang terjaga
Sungguh Allah akan Menjaga mu
Maka,
Tahan diri
Tahan lisan
Tetaplah memilih menjadi wanita mulia
Sibuk dengan kalam Allah
Dan sibuk dengan ilmu
Dan sibuk dengan kebaikan-kebaikan demi mendapatkan wajah Rabbmu
Semoga siapapun yang saat ini sendiri menjanda,
Harapnya segera Allah beri ganti suami yang lebih baik dan tulus mencintai
Semoga Allah kurniakan rumah tangga bahagia yang Allah redhai
Dan Allah kurniakan keturunan yang menyejukkan hati, amin yaa Mujiibas saailiin
Al faqiirah ilaa Maghfirati Rabbihaa
Mingguan Wanita : Walaupun sakit hati, geram dan marah, jangan burukkan bekas pasangan. Jagalah hati anak-anak kerana bekas pasangan kalian tetap mak atau ayah kandung mereka.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...