Sebelum kahwin, baik suami mahupun isteri tak tahu perangai sebenar pasangan. Bila dah lama berumah tangga barulah semua terserlah. Masa itulah, ada perangai pasangan yang tak berkenan.
Lama-lama menyimpan perasaan, itu yang akhirnya jadi tak terluah. Lagi-lagi bila dah berbuih menasihati, perangai pasangan tetap juga tidak berubah.
Sebenarnya, ada cara nak meredakan hati yang amarah itu. Ustaz Khairul Anuar Basri berkongsi tip untuk mendidik hati agar menerima pasangan seadanya.
Kita Tak Tahu Perangai Sebenar Pasangan..
Saya pernah terfikir macam ni tau.
Masa kita belum kahwin dengan pasangan kita, kita tak tahu perangai sebenar pasangan kita. Apa yang ditunjuk kepada kita hanya yang baik-baik.
Alaaa… kita pun sama jugak la kan. Yang tak baik semuanya selagi boleh sorok, kita akan sorok.
Tambah pulak masa bercinta, memang semua benda pun nampak lawa. Bak kata orang, kentut pun wangi. Cinta itu selain daripada buta, ia juga membutakan. Sikit sebanyak tak suka tu kira halal la.
Bila dah kahwin, baru kita betul-betul kenal warna sebenar pasangan kita. Nampak segala yang kita tak berkenan. Terserlah segala yang kita tak suka.
Benda kecik pun boleh jadi besar. Benda remeh pun tak boleh nak tolak ansur.
Mustahil la ada sebuah keluarga yang aman damai sehingga ke akhirnya. Mesti ada juga perselisihan faham dan gaduh-gaduh manja. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kan?
Bahkan kadang-kadang, ada saling terasa hati. Ada yang bermasam muka. Ada yang sampai ke peringkat terpikir nak berpisah walaupun tak bercerai.
Ads
Si suami atau si isteri, masing-masing ada kekurangan dan kelemahan. Masing-masing ada sisi negatif dan perangai hodoh. Masing-masing ada dosa terhadap pasangan masing-masing.
Jadinya macamana tu?
Tak Mudah Nak Ubah Perangai Sebenar Pasangan
Nak diubah perangai, itu bukan kerja mudah. Dah bertahun-tahun perangainya macam tu. Dah takde harapan dah kalau nak ubah pun. Sebab masing-masing pun dah semakin hari semakin tua.
Kerak nasi kalau awal-awal, senang je nak dibersihkan. Tapi kalau dah lama, melekat kat periuk dan terpaksa disental dengan berus besi baru hilang.
Belum dicampur dengan ego masing-masing lagi. Belum dikira kalau masing-masing buat senyap dan bisu lagi.
Buka mulut je bergaduh. Bunyi suara je bertekak. Lepas tu macamana nak mula bercakap dan berkomunikasi dengan baik?
Last-last semua diam membisu. Bertahun-tahun tak bercakap. Masing-masing buat hal masing-masing.
Anak-anak yang tengok pun kadang-kadang serba salah. Almaklumlah anak-anak pun dah makin dewasa. Mesti perasan mak dan ayah tak berapa nak mesra.
Ads
Kalau mak dengan ayah ringan mulut, diorang akan cerita perasaan yang dipendam sekian lama kat anak-anak. Kalau mak dengan ayah yang jenis berahsia, sampai bila-bila la suasana muram ni akan berlarutan.
Nak ditegur, dikatakan nak mengajar mak ayah. Silap-silap cara tegur, dikatakan sebelahkan mak atau ayah. Serba salah jugak anak-anak bila berhadapan situasi ni kan?
Redhai Dan Maafkan Pasangan
Kawan-kawan…
Kita hidup di dunia ni sekejap je. Tak berapa tahun lagi kita pasti akan mati. Lepas tu duduk dalam kubur sekejap sementara dibangkitkan semula di hari akhirat.
Dan lepas dah kira semua amalan, pergi pula ke titian sirat. Lepas tu akan ditentukan kita ni masuk syurga atau neraka.
Malang sungguh la kalau kita masuk syurga sedangkan pasangan kita masuk neraka. Atau sebaliknya, malang sungguh la kalau pasangan kita masuk syurga sedangkan kita tercampak ke dalam neraka.
Semuanya gara-gara dosa dan kesalahan yang kita lakukan terhadap pasangan masing-masing. Dosa dan kesalahan yang tak sempat kita nak minta maaf semasa hayat kita di dunia.
Nak keluar dari masalah ini senang saja. Suami tolong redha dan maafkan segala salah dan dosa isteri. Isteri tolong redha dan maafkan segala salah dan dosa suami.
Ads
Jika suami dan isteri saling maaf memaafkan dan redha meredhai, dengan sendirinya dosa masing-masing terhadap pasangan akan terhapus. Then, dua-dua sekali akan berkumpul di syurga bersama anak-anak yang tercinta.
Dalam syurga nanti, dah takde permusuhan dan sengketa. Dah takde masam muka atau berduka lara. Semua yang happy-happy saja. Selama-lamanya.
Saya sendiri ada kadang-kadang kecil hati dengan isteri saya. Tak semua benda yang saya nasihat dia dengar. Tapi saya abaikan dan maafkan saja. Sebab saya nak kami sama-sama masuk syurga dengan aman nanti.
Saya harap isteri saya pun sama. Kalau ada kelakuan buruk dan dosa yang pernah saya lakukan terhadapnya, maafkanlah saya walaupun saya tak minta maaf.
Sampai bila dan ke mana nak dibawa rasa marah? Sudah-sudah la tu. Berdamai sajalah dengan diri sendiri.
Memaafkan ini bukan saja sifat yang mulia. Tapi ia ubat penenang jiwa di kala lara. Tidur malam pun tenang bila kita sentiasa maafkan kesalahan orang lain. Taknak panjang-panjang dan lama-lama dalam keadaan marah dan sakit hati.
Semoga dengan kemaafan yang saya berikan kepada isteri saya, Allah akan ampunkan segala dosa saya terhadapNya. Tak kira la yang sengaja atau pun yang tak sengaja.
Mudah je rupanya mak-mak nak buat sendiri tilam bayi ekspress, hanya perlukan sarung bantal, bantal kecil dan tuala mandi sahaja.Paling penting ia menjimatkan kos dan cukup sedang nak buat, hanya perlukan 4 langkah.Kalau waktu-waktu ‘kecemasan’, mak-mak terlupa nak bawa tilam bayi atau nak jimat bajet boleh gunakan cara ini.
Bahan-Bahan:
Sarung Bantal
Tuala mandi saiz sederhana
Bantal Kecil
Cara Membuat:
1.Gulung tuala mandi seperti dibawah dan bentukkan huruf ‘U’ terbalik.
2.Masukkan kedalam sarung bantal yang bersih.
3.Pastikan, tuala mandi tersebut tertutup sempurna.
4.Kemudian, masukkan pula bantal kecil sebagai pelapik pada bahagian tengah.
5.Perkemaskan ia seperti ini.
Siap! Selamat mencuba!
Mudah je kan.Boleh lah letakkan bayi kesayangan, agar dapat tidur dengan lebih selesa dan tidak perlu risau terjatuh lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wanita pakai emas bukan sekadar nak melawa, nampak awet muda tapi nak tarik aura rezeki. Emas bukan sekadar perhiasan. Sejak zaman berzaman, wanita dihiasi dengan emas kerana keindahan dan nilainya yang tinggi.
Wanita Pakai Emas Bukan Sekadar Nak Melawa
Namun, tahukah anda bahawa emas juga dikatakan mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan seri wanita, menjadikannya kelihatan lebih awet muda serta menjadi daya tarikan rezeki?
Nampak Awet Muda Tapi Nak Tarik Aura Rezeki
Bukan mitos, tetapi emas sememangnya dikaitkan dengan kecantikan dan keremajaan kulit. Banyak produk kecantikan moden menggunakan emas sebagai bahan utama dalam krim atau serum anti-penuaan. Ini kerana emas dipercayai:
✔ Meningkatkan peredaran darah – Memakai emas, terutama dalam bentuk rantai, gelang atau cincin, dikatakan boleh membantu melancarkan aliran darah. Peredaran darah yang baik memberi kesan positif kepada kulit, menjadikannya lebih berseri dan segar.
✔ Mengurangkan tekanan & aura positif – Wanita yang memakai emas sering dikaitkan dengan ketenangan jiwa. Apabila seseorang itu kurang tekanan, wajahnya kelihatan lebih muda dan berseri secara semula jadi.
✔ Memancarkan seri wajah – Emas bukan sekadar cantik dipandang, tetapi ia juga memantulkan cahaya dengan cara unik yang membuatkan pemakainya kelihatan lebih bersinar dan menawan.
Emas Dan Rezeki: Magnet Kekayaan Dan Keberuntungan
Ada sebab mengapa sejak dahulu lagi, nenek moyang kita menggalakkan wanita memakai emas. Selain menjadi aset bernilai, emas juga dikatakan mempunyai daya tarikan rezeki.
💰 Simbol kekayaan dan kestabilan – Dalam kebanyakan budaya, emas dikaitkan dengan kejayaan, kekayaan, dan kestabilan kewangan. Wanita yang memakai emas sering dilihat sebagai individu yang berkedudukan tinggi dan dihormati.
💰 Menarik energi positif – Ramai percaya bahawa emas mempunyai “frekuensi tenaga” yang boleh meningkatkan keyakinan diri, daya tarikan, serta membuka pintu-pintu rezeki.
💰 Pelaburan yang tak lapuk dek zaman – Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Jadi, wanita yang memiliki emas sebenarnya menyimpan kekayaan yang boleh diwarisi atau digunakan ketika kecemasan.
Kenapa Wanita Perlu Memakai Emas?
✅ Memperindah penampilan dan meningkatkan keyakinan diri
✅ Melambangkan kemewahan dan status sosial
✅ Aset berharga & boleh dijadikan pelaburan
✅ Aura positif yang menarik kebahagiaan dan rezeki
Jadi, kalau ada yang bertanya, “Perlu ke wanita pakai emas?” Jawapannya mudah—bukan sekadar perlu, malah digalakkan! Selain mencantikkan diri, emas juga memberi manfaat dari segi kesihatan, emosi, dan kewangan.
Jadi, jangan ragu-ragu untuk memakai emas. Jika bukan untuk bergaya, pakailah demi aura positif dan kesejahteraan hidup!
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam rumah tangga ni rahsianya adalah menghargai. Selagi mana kita sentiasa menghargai dan membajai hubungan rumah tangga dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang pasti kebahagian dapat dikecapi.
Sebenarnya tidak perlu idea atau tip yang bombastik untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga, memadai bersikap yang sama seperti mana mula-mula dahulu. Layani pasangan sebaiknya, barulah rumah tangga makin lama makin bahagia.
Kasih sayang dalam rumah tangga perlu dijaga walaupun sudah semakin lama… Ada pasangan, makin lama, makin bahagia… Kenapa jadi macam ini? Sebab dibajai rumah tangga itu dengan perkara-perkara baru atau masih mengekalkan perkara-perkara lama tanpa ada yang tertinggal walau satu pun.
Waktu bercinta, dia punya ambil berat, dia punya prihatin, memang tip top. Awal perkahwinan, masih sama dan mahu ke mana-mana pun bersama-sama, lintas jalan pun berpimpin tangan.
Setelah masuk 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun, maka semua itu beransur-ansur hilang.
Ada perkara yang sudah ditinggalkan, ada perkara yang sudah tidak diamalkan, ada perkara yang sudah tidak dibuat lagi. Sudah jarang spend masa bersama-sama, sudah jarang bergurau senda dan sudah jarang ada untuk pasangan. Maka, kasih sayang juga semakin berkurangan.
Hambar dan pudar…
Dahulu, bila pasangan makan, tak pernah tak teman. Sekarang pasangan makan sendirian. Dahulu, bila pasangan buat kerja-kerja rumah, tak pernah tak tolong. Sekarang pasangan buat sendirian. Dahulu, saling bercerita antara satu sama lain, sekarang pasangan buka mulut hendak sembang pun disuruh diam.
Perubahan seperti ini yang memudaratkan hubungan…
Tak perlu malu untuk romantik dengan pasangan, tak perlu segan untuk bermesra dengan pasangan sebab sayang itu perlu ditunjuk. Pimpin sahaja tangan dia jika hendak melintas jalan, suap sahaja dia makan kalau dia sibuk dengan anak-anak. Cuit sahaja dia, melawak sahaja dengan pasangan walaupun di depan anak-anak. Kekalkan cara ketika bercinta itu selepas berumahtangga. Tetap call, mesej, ambil berat, prihatin dan sebagainya sama macam dahulu.
Usia perkahwinan bukan halangan untuk kita menunjukkan kasih sayang kita terhadap pasangan.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi iktibar buat pasangan yang telah lama berkahwin. Sebenarnya mudah sahaja mahu bahagia, paling penting saling percaya dan bajai rumah tangga dengan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...