Faham tengah sakit tetapi kalau boleh bila datang jumpa doktor, pesakit kenalah bantu mudahkan urusan orang yang nak merawat penyakit. In shaa Allah, cepat je nanti selesai.
Mungkin ada yang masih tak tahu apa yang patut dibuat setiap kali nak ke hospital atau klinik, jadi sila hadam pesanan DoktorKhairul Faizie ini ya.
Tips Ringkas Sebelum Jumpa Doktor
1) Kalau anda tahu anda perlu ambil suntikan atau perlu ambil darah, maka jangan pakai baju lengan panjang yang ketat lengannya atau susah nak singsing.
2) Kalau anda sakit kaki terutama bahagian lutut, maka pakailah seluar panjang yang longgar utk mudah di singsing seluar tu. Doktor perlu check lutut. Terutama bagi wanita, pakai seluar ya. Kalau pakai kain memang tak logik nak test angkat kaki, bengkok kan kaki tu semua.
3) Kalau bawa anak, terutama yang baby, tak perlu nak pakaikan baju yang complicated. Ambil masa dan menyusahkan doktor dan anak itu sendiri. Nak kena bukak layer by layer baju tu.
Dan logiknya, kalau anak anda demam pun, jangan pakai baju tebal-tebal, nanti haba susah nak hilang.
4) Kalau anda ada ruam yang ingin diperiksa oleh doktor, jangan sapu apa apa atas ruam tu sebelum datang ke klinik. Ada banyak kali pesakit datang dah tertepek inai / sirih / serbuk kunyit dan pelbagai lagi bahan yang u name it diamalkan as petua. Doktor perlu melihat dengan jelas rupa ruam tu, baru dapat buat diagnosis yang betul.
Ads
Begitu juga buat wanita, jangan apply make-up atas ruam itu.
5) Kalau anda pening atau sakit kepala, kalau boleh… tolong jangan sapu apa apa minyak seperti minyak cap Kapak atau minyak angin yang kuat bau nya. Bau yang kuat itu boleh ganggu konsentrasi doktor untuk memeriksa. Bilik consultation doktor bukannya luas sangat, bertutup dan ber air cond. So, apa-apa bauan memang akan jadi obvious.
6) Kalau anda sakit perut atau lenguh cramp kaki atau tangan, bila nak jumpa doktor, kalau boleh….tolong jangan sapu minyak gamat, minyak kuda atau whatever minyak pada kawasan abdomen / kaki / tangan tu. Doktor perlu sentuh badan anda semasa pemeriksaan fizikal. Beri kerjasama untuk elakkan tangan doktor melekat minyak tersebut.
7) Kalau anda luka berdarah di kawasan tangan / kaki, jangan ikat guna kain ketat letat di kawasan peha / atas lengan, dengan niat kononnya unutk stop kan perdarahan. ( Do not apply tourniquet) . Ini kerana anda mungkin akan terus hentikan pengaliran darah ke bahagian tersebut dan ini bahaya, tisu boleh mati.
Ads
Apa yang perlu dilakukan ialah berikan tekanan secara langsung ( apply direct pressure) ke atas luka tersebut, menggunakan gauze, ataupun kain yg bersih ( dalam kes kecemasan takde gauze). Lepas tu balut luka tersebut. Dan tinggikan anggota yang luka tu ( angkat tangan / kaki). Ini membantu kurangkan perdarahan, tanpa risiko anda block pengaliran darah ( oxygen) ke kawasan cedera.
8. Sambungan perkara nombor 7, jangan tabur serbuk kopi kononnya untuk hentikan perdarahan. Anda mencemarkan luka berdarah anda, dan tinggikan risiko jangkitan. Dan amat amat payah bagi doktor dan team untuk bersihkan luka anda yang penuh dengan serbuk kopi! Ini aku dah beberapa kali alami.
Apa yang perlu anda buat, ikut tips dalam isu no. 7 tu.
Ads
9) Kalau anda sedang sakit tekak yg teruk, contohnya anda biasa kena Tonsilitis, jangan kemam lozenges / gula-gula masa menunggu giliran jumpa doktor. Kalau tengah kemam, cepat2 kunyah dan telan atau buang lozenges tu. Sebab banyak kali terjadi bila doktor nak check tekak, pesakit tengah mengulum lozenges / gula-gula. Dah satu kerja nak tunggu buang / alihkan dulu lozenges tu.
10) Kalau anda ada masalah pada kulit kepala (ruam / bisul / bengkak/ etc), dan anda bertudung, kalau boleh….tolong jangan pakai kain tudung yang complicated ya utk di buka. Maksud aku, lilit tudung yang entah berapa kali lilit, dan di pin kan dengan 3- 4 posisi brooch. Nanti menyusahkan doktor dan anda sendiri untuk buka tudung tu.
Kalau Pesakit Jenis Berniqab?
Begitu juga yang berniqab, kalau anda memang tahu anda tak boleh bukak niqab di hadapan doktor lelaki, maka please jumpa doktor perempuan. Pernah terjadi beberapa kali, pesakit yang berniqab mengadu sakit tekak / ada masalah dalam mulut, bila aku nak periksa, tak boleh sebab ada niqab. Aku tak akan short cut / assume penyakit, aku jenis yang perlu pasti, perlu buat pemeriksaan fizikal. So tanpa pemeriksaan fizikal, tak dapat buat diagnosis, tak dapat diagnosed, so tak dapat lah bagi rawatan.
Namun ada je yang berniqab yang lebih terbuka, tak kisah untuk buka niqab bila diperlukan.
NOTA TAMBAHAN:
Dalam keadaan bukan kecemasan, kalau anda tahu bahawa anda perlu buat pemeriksaan doktor melibatkan kawasan ketiak atau kawasan kemaluan / ari ari, sebaiknya sila cukur dahulu segala bulu yang ada di situ.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Boleh dikatakan hari-hari mak-mak basuh kain guna mesin basuh automatik. Tapi tak ramai mak-mak yang tahu hampir kesemua fungsi butang yang ada pada mesin basuh kita kan. Tip yang dikongsikan Mommy Daily ini sangat bermanfaat untuk mak-mak
Inilah Fungsi Butang Soak/Tub Cleaning Pada Mesin Basuh
Pernah tak mak-mak membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?
Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mak-mak jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.
FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang bekerja setiap kali membasuh.
Cara Nak Basuh Mesin Basuh
So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,
1.Tekan ON 2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START. 3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
**sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.
Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mak-mak letak kain pulak.
Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh.
Basuh Mesin Setiap 2 Bulan Sebab..
Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2 bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.
Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8 tahun diguna tiba-tiba stop.
Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.
Sebab selama 8 tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu.
Fizz Fairuz alami sakit misteri, sebagai isteri sudah tentu Almy Nadia berasa cukup sedih. Pelakon Datin Almy Nadia akui sedih melihat keadaan suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang didakwa telah diserang sakit misteri.
Fizz Fairuz Alami Sakit Misteri, Almy Nadia Sedih
Malah Almy juga menerusi perkongsian menerusi akaun Instagramnya berasa cukup bimbang apabila melihat perubahan mendadak suaminya, selepas tamat berlakon cerita seram berjudul Misteri Topeng Barongan di kawasan kampung Sahom, Gopeng, Perak.
Almy berkata, akibat daripada itu, Fizz sering termenung, mudah marah dan tidak lalu makan serta minum.
“Balik dari penggambaran cerita ini suami saya, Fizz Fairuz dilanda sakit misteri sampai tak makan minum dua minggu.
“Sampai di serang sakit gastrik tau, walaupun dah berubat tetapi bekas sisa baki itu masih ada ya.
“Sekarang dah pulih tetapi suami saya dilanda sakit termenung, mudah marah, susah senyum dan tak ceria macam dulu,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.
Almy Berasa Tertekan
Menerusi luahan yang dipetik juga suaminya sering dalam keadaan termenung, mood berubah, tidak ceria seperti dahulu.
Meski suaminya telah berubat, namun masih terdapat sisa baki gangguan dan ianya bukan mudah untuk pulih serta kembali ceria seperti dahulu dan hal ini membuat Almy berasa tertekan.
Terang Almy lagi, dia juga turut mendapat tempias dan sedih melihat keadaan suaminya yang sudah jauh berbeza.
“Realitinya saya sekarang tengah tekanan dan jadi sedih, sebab suami saya yang dulunya ceria, happy tetapi sekarang sakit… Tekanan… Nak pulihkan sakit dia bukan senang…” terangnya.
Dalam hantaran berbeza di Insta Story miliknya juga, Almy memaklumkan Fizz dalam proses berubat dengan abang ipar dan ustaz ditempatnya menjalani penggambaran.
Menerusi hantaran sebuah video terbaru, Almy sempat mengusik suaminya, dan kelihatan Fizz kembali ceria. Malah menerusi kapsyen Almy juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana mendoakan suaminya.
“Terima kasih semua doakan suami kami,” luah Almy.
Hamil trimester pertama Siti Saleha tidak ada masalah alahan cuma letih. Tahniah buat pelakon Siti Saleha yang kini sedang hamil anak sulung.
Wanita hamil biasanya akan mengalami beberapa perubahan fizikal dan emosi. Perubahan fizikal yang biasa termasuk perut membesar, peningkatan berat badan, dan payudara yang lebih sensitif.
Perubahan emosi yang umum adalah perubahan mood, yang juga dikenal sebagai “mood swing,” dan keinginan makanan tertentu (mengidam). Selain itu, beberapa wanita juga mengalami loya dan muntah (morning sickness) dan kelelahan.
Hamil Trimester Pertama Siti Saleha Tidak Ada Masalah Alahan Cuma Letih
Pelakon Siti Saleha sangat bersyukur hamil trimester pertama dirinya tidak mengalami masalah Alahan atau mual cuma letih seperti mana ibu mengandung yang lain.
Aktres jelita, Siti Saleha yang hamil empat bulan, mengambil keputusan bercuti bagi memberi tumpuan kepada keluarga, kesihatan dan bayi dikandung. Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, pelakon yang kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Bad Cop menerangkan dirinya akan berehat panjang seusai penggambaran selesai.
“Selepas selesai projek sekarang, saya tidak akan ‘shoot’ (jalani penggambaran) buat sementara waktu kerana meletihkan.
“Saya mahu ‘chill’ sehingga bersalin dan tengoklah, apabila badan kembali mantap dan ramping, saya akan ‘shoot’ semula.
“Saya akan ambil masa (bercuti) sekejap, tetapi, tidaklah sampai dua atau tiga tahun,” ungkap Siti Saleha.
Rezeki Baby
Berkongsi pengalaman hamil, dirinya tidak alami alahan mahupun mengidam tetapi kadangkala keletihan seperti dirasai wanita mengandung lain.
“Alhamdulillah, pada trimester pertama, saya tiada alahan, mengidam atau mual. Namun, rasa penat itu biasa bagi wanita hamil,” tambah Saleha lagi.
Saleha yang baru saja menerima trofi Selebriti Ikon Terhangat, di AMT 2025 menyatakan rezeki yang diterima merupakan rezeki baby dan juga sangat terharu dengan sokongan peminat yang tak putus-putus menyokong kerjaya seninya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...