tugas mak-mak

Sedap berbual dengan kawan, tetiba anak tumpahkan air. Agak-agak nak marah atau biarkan? Haaa… inilah tugas mak-mak yang patut diketatkan bila bawa anak pergi beraya rumah orang.

Ya, memang betul budak-budak akan berperangai seperti budak-budak. Ada perasaan ingin tahu, ingin mencuba BUT pada masa yang sama mereka juga perlu didedahkan dengan tatacara ketika berada di rumah orang termasuklah bertegur sapa dengan tuan rumah (bukan suruh bersembang macam orang tua pun. Cukuplah bersalam dan ucap selamat hari raya), hormat-menghormati sesama manusia termasuklah hormat hak privasi tuan rumah.

Nak lagi mudah, jemput baca perkongsian Puan Nurul Ilyani tentang adab bawa anak beraya.

Tugas Mak-mak Bila Bawa Anak Pergi Beraya

Walaupun ada pembantu rumah, jangan selalu tinggalkan anak yang kecil..

Sunnah kita berkunjung ke rumah saudara dan jiran tetangga di hari raya. Ada anak kecil-kecil berderet-deret, pasti kita rasa risau jika mereka ‘buat perangai’ di rumah orang?. Biasakan, jika kita ada pembantu rumah, kita cenderung meninggalkan anak yang cenderung buat perangai samaada memalukan kita atau membuat kita tertekan dengan tingkahlaku mereka.

Saya pernah ada pembantu rumah dan kini saya tidak ada lagi pembantu rumah. Satu perkara paling ketara, kami tidak pernah meninggalkan anak dengan pembantu rumah apabila kami bersosial. Maksudnya menghadiri kenduri, atau berhari raya. Walaupun ketika itu Dhuha Tihani masih tidak boleh mengawal diri dan tidak boleh berhenti bergerak ke sana sini.

1. Jangan sub didik adab berkunjung kepada pembantu rumah

Adab berkunjung ke rumah orang perlu dipelajari dengan hands on. Bawa anak berkunjung, anak akan buat salah, kemudian tegur dan betulkan. Berulang-ulang kali sehingga baik. Jika ditinggal dengan pembantu rumah, anak-anak langsung tidak dapat belajar. Apabila tidak belajar sampai bila-bila ibubapa akan rasa anaknya sentiasa akan buat perangai di rumah orang. Sampai bila mahu dikurung dengan tidak bersosial?

2. Pembantu rumah tidak mampu ajar adab tanpa situasi sebenar

Sesungguhnya berkunjung ke rumah tetamu itu mempunyai peraturan. Kanak-kanak yang aktif dan masih belajar mengawal dirinya pasti akan banyak buat kesalahan.

+Salam tuan rumah apabila sampai dan sebelum pulang
+Tidak boleh makan tanpa izin
+Tidak boleh usik barang orang
+Tidak boleh meminta duit raya
+Tidak boleh merampas sampul raya dari tangan tuan rumah sebelum diberikan
+Tidak boleh membuka sampul raya di depan tuan rumah
+Tidak boleh sebut berapa jumlahnya dengan kuat di depan pemberi

Semua etika di atas paling baik disebut semasa situasi itu sebelum berlaku, sedang berlaku dan selepas berlaku. Ulang semua peraturan.

Menurut Puan Ummu Ilham, selama 7 tahun mula mendidik anak kecil, dia menjadi seorang yang tidak segan silu mengulang peraturan dengan jelas dengan anak-anak walaupun di hadapan tuan rumah. Malah apabila situasi ini berlaku, selalu membuatkan tuan rumah senyum dan mereka kata “tak apa, budak-budak”.

Ya pasti mereka berbasa basi, namun kita sebagai ibu bapa, tidak boleh penat dan lelah membentuk tingkahlaku positif.

Alhamdulillah, kini dia tidak malu lagi berhari raya. Kesalahan kecil yang biasa yang belum berlaku, semua peraturan asas adab berkunjung, ibu ini akan betulkan semula dalam bentuk social story sebelum setiap rumah yang dia kunjungi tanpa penat dan lelah.

3. Beri anak peluang buat kesalahan

Anak-anak perlu diberi peluang buat kesalahan untuk mereka belajar. Cause and effect learning adalah salah satu cara pembelajaran untuk anak kecil.

Namun, jangan marah dan pukul mereka. Mereka hanya akan menjadi takut tetapi mereka tidak faham dengan jelas mengapa sesuatu itu tidak boleh dilakukan.

4. Jangan sedap sangat makan dan menyembang

Kadang-kadang ralit sungguh kita bercakap sehingga anak-anak kita melompat-lompat di sofa tuan rumah. Ya, kadang-kadang ralit sungguh kita makan sehingga anak kita asyik main tap air yang dihidangkan sampai basah lantai tuan rumah. Jadi ibubapa yang sedang mendidik anak, tiada hari adalah honeymoon. Setiap hari adalah learning mode. Mata kena tajam macam helang. Pergerakan kena cepat macam cheetah. Sebelum anak melompat, mata kena jegil dulu atau kena lari dulu tangkap tangan anak sebelum dia tekan air oren tuan rumah.

Tak mudah bukan?

This is parenting world. This is real world. There are no passengers in this world. All are responsible to their children.

Walaupun ada pembantu rumah yang boleh ganti tempat kita jaga anak, tapi DIDIK anak? Pastikan no sub-mom.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI