“Saya menyanyi lagu-lagu rock jiwang sambil masak di dapur setiap pagi” itulah luahan dari usahawan dan penaja Konsert Rock Legend Berzaman, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli.
Kak KM akui dirinya juga merupakan peminat tegar lagu-lagu bergenre rock jiwang dan ‘tangkap leleh’.
“Saya Menyanyi Lagu-Lagu Rock Jiwang Sambil Masak”
“Saya memang peminat tegar lagu-lagu bergenre rock jiwang dan ‘tangkap leleh’. Saya akan menyanyikan lagu-lagu itu sambil masak di dapur pada setiap pagi.
“Lagipun, saya memang membesar dengan lagu-lagu rock kapak sebab itu saya sangat teruja bila berpeluang untuk menganjurkan konsert ini.
“Saya harap peminat yang hadir akan terhibur dengan sembilan penyanyi ini. Kita’sing-along’ sama-sama nanti,” ungkap Kak KM ketika ditemui pada sidang media konsert tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Cara Mencari Rezeki
Ditebak mengenai tarikh konsert pada 3 Mac yang tidak jauh dari tarikh permulaan Ramadan, Kak KM menerangkan konsert yang diadakan sebelum Ramadan.
“Kita bukan buat konsert pada bulan Ramadan. Konsert ini kita adakan sebelum Ramadan.
“Kita punya kehidupan dan cara mencari rezeki adalah melalui kerja-kerja ini. Bagi saya, tak ada masalah sebab ini bidang kita dan cara kita mencari rezeki,” jelasnya lagi.
Konsert Rock Legenda bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac nanti bermula 8 malam, sembilan legenda rock tanahair bakal bergabung dan menghiburkan penonton dengan 32 lagu akan dipersembahkan. Kesemua sembilan legenda rock tempatan tersebut ialah Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ameng Spring, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting serta Hazama.
Selaku penganjur, RAR SKY Entertainment cukup teruja dengan penganjuran konsert ini yang pasti sangat-sangat dinanti-nantikan oleh peminat genre rock tempatan untuk menyaksikan idola mereka membuat persembahan secara langsung.
Ads
“Kami cukup teruja malah diharapkan konsert ini bakal mengubat kerinduansemua peminat muzik rock tanahair. Walaupun menghimpunkan sembilan legenda di atas satu pentas dilihat sesuatu yang sukar, dan kami berharap konsert kami nanti akan berjalan lancar,” jelas Rose Azlin Rosli, Ketua Pegawai Operasi RAR Sky Entertainment.
Menariknya, konsert ini juga turut mendapat tajaan sepenuhnya oleh Kopi KM, produk kopi kesihatan yang diasaskan oleh usahawan popular yang cukup dikenali ramai, Kak KM malah mengakui sudah membelanjakan hampir RM1 juta untuk penganjuran konsert mega ini.
“Saya selaku peminat tegar lagu-lagu jiwang dan leleh, serta membesar dengan rock kapak, memang sangat teruja dengan penganjuran konsert ini, dan diharapkan semua yang hadir akan terhibur dengan himpunan para selebriti yang membuat persembahan. Kita ‘sing-along’ sama-sama dan kasi gegar Mega Star Arena nanti!” jelas Kak KM.
Bagi peminat muzik rock tanahair yang ingin mendapatkan tiket, jangan lepaskan peluang ini! Sila hubungi dan whatsapp +60133377040 dan layari www.ticket2u.com.my/event/34405 di mana tiket akan dijual bermula dari harga RM198 sehingga RM358. Jumpa kalian semua di Konsert Rock Lagend Berzaman 3 Mac 2024 nanti! PENTAS YANG SAMA.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
31 Ogos ini rakyat Malaysia akan raikan sambutan Hari Kemerdekaan tanahair yang ke-62. Sama seperti orang lain enam Peneraju Bernama Radio ini pun tak ketinggalan meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Negara. Sedondon memakai tudung merdeka.
Kata Peneraju Kanan, Nazira Noran, “Kami teruja melihat ramai cikgu sekolah bergambar pakai tudung corak bendera Malaysia. Kami pun terjebak dan seronok melihat cikgu sekolah dan anak murid bersemangat memakai pakaian ala kemerdekaan.”
“Apa salahnya, jika kami semua bertudung sedondon. Memandangkan semua peneraju di Bernama Radio sekarang bertudung. Kecuali Amar Yusoff, tak dapatlah dia pakai tudung.”
Pilihan memakai tudung sedondon di konti juga berentetan dengan melihat di kebanyakan laman sosial malah instagram kebanyakan peniaga tudung yang menawarkan pelbagai jenis tudung. Antaranya kain bawal, shawl, kain satin, kain crepe dan sebagainya.
“Baju mungkin lebih sesuai untuk lelaki. Jadi, kami memilih untuk sedondon bertudung corak bendera.”
Corak Jalur Gemilang jadi latar rekaan tudung.
Teruja beli tudung merdeka di Jalan TAR
Peneraju Amar Yusoff bergaya dengan t-shirt merdeka.
Beli Tudung Merdeka Bawah RM10 Di Jalan TAR
Bukan peneraju saja teruja, malah pendengar radio juga teruja sama. Bertanyakan di mana, mereka membeli tudung corak bendera ini.
“Ramai tanya kami beli tudung kat mana. Termasuklah pendengar setia kami. Kami pergi cari tudung ni cuma di Jalan TAR. Harganya pun bawah RM10 sahaja.”
Dalam laporan Sinar Harian, turut menyebut trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan terbaru di pasaran sempena Hari Kebangsaan nanti.
Yang mana, warna asas Jalur Gemilang iaitu merah, kuning, biru dan putih menjadi warna asas rekaan tudung yang dihasilkan dalam bentuk selendang mahupun bawal.
Lebih 10 Tahun Jadi Ibu Tunggal Masih Menunggu Jodoh Kiriman Tuhan. Pemilik nama sebenar Datuk Seri Rossa Roslaina Handiyani atau lebih popular dengan panggilan Rossa sememangnya seorang wanita yang begitu ceria dan tidak pernah lekang dengan senyuman.
Seperti yang diketahui ramai, Rossa merupakan ibu tunggal. Walau sudah lebih dari sedekad hidup solo bersama anaknya selepas rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo tidak berpanjangan Rossa begitu gigih meneruskan kehidupan.
Rossa Gigih Teruskan Kehidupan
Baru-baru ini ketika bertandang ke Malaysia, sewaktu ditemubual penyanyi yang berbadan genit ini diajukan tentang persoalan jodoh. Meskipun acap kali diaju persoalan serupa berkait kehidupan peribadi, Rossa tidak pernah melatah, malah sentiasa bersikap terbuka.
“Saya masih menunggu jodoh kiriman Tuhan. Jujurnya saya tidak pernah menutup pintu hati, apa lagi menolak jodoh. Cuma mungkin lebih berhati-hati untuk memulakan sesuatu hubungan”, katanya yang pernah mengalami keruntuhan rumah tangga pada 2009.
“Setiap Manusia Tidak Mampu Hidup Sendirian”
Hadir ke Malaysia untuk mempromosikan single terbaharunya, Khanti, yang juga merupakan lagu runut bunyi atau OST drama bersiri Viu Indonesia, Bidadari Bermata Bening Rossa akui tidak pernah menutup pintu hati menerima lelaki bergelar suami dalam kehidupannya semula.
“Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir hidup solo selamanya. Malah, saya tidak pernah menyatakan hidup solo amat menyenangkan.
“Bagi saya, setiap manusia tidak mampu hidup bersendirian, sebaliknya tetap perlukan teman hidup.
“Saya tidak pernah menutup pintu hati, cuma lebih berhati-hati memulakan perhubungan baharu.
“Saya juga tidak suka berbicara soal cinta, sebaliknya lebih gemar meluahkannya dalam lagu,” kongsi Rossa.
Teruja Bertemu Peminat
Malaysia umpama rumah keduanya, Rossa teruja setiap kali dapat bertemu peminat dan kenalannya di sini. Rossa turut berkongsi perancangannya untuk sekali lagi kembali ke Malaysia selepas Aidilfitri nanti untuk majlis pelancaran album terbaharunya, Another Journey: The Beginning dan diikuti showcase istimewa pada Julai depan.
Bertuahnya Bella Astillah, ibu mentua titipkan doa sempena sambutan hari lahir. Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu pelakon Bella Astillah, 28, yang baharu pulang mengerjakan umrah buat pertama kali baru-baru ini cukup beruntung kerana mendapat doa dari ibu mentuanya.
Bertuahnya Bella Astillah
Sempena sambutan hari lahir Bella pada 16 Mac, ibu mentua Bella, Fiza Aziz menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya menulis coretan khas buat menantu kesayangan.
Fiza memohon doa agar Bella mendapat kesejahteraan hidup di dunia mahupun akhirat.
Malah Fiza juga berasa sangat bersyukur kerana anaknya Aliff Aziz dipertemukan dengan isteri yang cukup baik.
“Sanah Helwa to my one and only daughter in law @bellaastillah !
“Today you celebrate another year older masyaallah ..
“Umi dan Ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan Bella dunia dan akhirat
“You are so much wiser then your age dearest daughter, you have sacrificed alot for your family and ours MasyaAllah.
Seorang Anak, Isteri Yang Baik
“Kami tahu Bella adalah seorang anak, isteri, ibu, kakak dan teman yang sangat baik.
“You always put others before yourself, always thinks the best of others despite how others treats you.
“Itu adalah sifat yang sangat baik dan terpuji.
“Semoga Bella sentiasa dalam kasih sayang allah serta sentiasa dalam lindungan nya aamiin allahumma aamiin,” luah Fiza.
Pengorbanan Khas Buat Aliff
Bukan itu saja malah Fiza juga memuji menantunya yang sanggup berkorban demi Aliff.
“Looking at this pic of you both reminds me of your seacrifices specially for Aliff @iamaliffaziz dan allah berikan secebis nikmat buat Bella allahuakbar,” luah Fiza.
“Bella Bertuah Mempunyai Keluarga Mentua Yang Baik”
Sebelum ini Bella dan Aliff baru saja pulang dari menunaikan umrah. Seperti mana yang pernah dikongsi menerusi laporan di sebuah portal hiburan, Bella berasakan pengalaman menunaikan umrah merupakan hadiah hari jadi paling bermakna buat dirinya dan suami.
“Pengalaman itu adalah hadiah hari jadi paling bermakna terutama buat saya dan suami. Ini kerana tarikh hari jadi Aliff adalah pada Februari manakala saya pula pada Mac.
“Teruja dan syukur sangat dapat meluangkan masa menikmati setiap saat di sana. Paling bersyukur apabila segala urusan kami dipermudahkan walaupun masih banyak peraturan keselamatan perlu dipatuhi,” ceritanya.
Malah Bella juga akui tidak putus berdoa selama 12 hari di sana. Antara doanya adalah supaya keluarga sentiasa dilindungi selain perkahwinannya dengan Aliff terus berkekalan.
Kisah menyentuh hati tentang Nur Qasehku hilang selama dua bulan akhirnya berakhir dengan berita gembira apabila remaja itu ditemui selamat di Cheras. Doa seorang ibu akhirnya dimakbulkan.