Suarakan kebenaran teruknya sistem pendidikan negara, cikgu Fadli bakal dibuang. Luahan kebenaran seorang guru, Mohd Fadli Salleh sejak malam tadi benar-benar menggoncang “ramai pihak” yang selama ini TERLENA dengan masalah dihadapi oleh murid dan terkait secara langsung pada ibu bapa.

Manakan tidak, isu beg sekolah berat, silibus terlalu tinggi untuk darjah 1 (lebih syok sendiri), bilangan murid yang ramai dalam kelas, subjek yang banyak murid belajar, masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi dan terakhirnya adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak telah membangkitkan lena ramai pihak atasan terutama di Kementerian Pendidikan Malaysia sejak semalam.

Hal ini menarik perhatian dari Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin juga ada tag dirinya. Nak jumpa berbincang isu selepas guru kesayangan ramai ini mendedahkan dirinya bakal dibuang selepas 18 tahun berkhidmat atau diturunkan pangkat HANYA KERANA MENYATAKAN YANG BENAR.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI :- Pesan Cikgu Fadli, Mak Ayah Jangan Masuk Campur, Anak Gaduh Sekejap Tak Simpan Dendam

Kawan Anak Selalu Minta DUIT, Pesan Cikgu Mak Ayah Kena Tenang Tak Cepat Melenting!

IKLAN

“Tolong Jangan Labelkan Mereka Sebagai Lembab!” Cikgu Dedah Ciri-Ciri Anak Disleksia

Nak Tanya Apa Bila Jumpa Cikgu, Point Last Itu Jangan Dibuat Main!

Isu ini mula meletup semalam bila mana dirinya memuat naik surat diterima dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang meminta dirinya memberi surat tunjuk sebab selepas memuat naik isu realiti berlaku dalam sistem pendidikan negara. Tapi malangnya kerana KEJUJURAN dirinya, dirinya telah diberi surat tunjuk sebab oleh KPM yang didakwa diteraju oleh Little Napoleon.

IKLAN

Percayalah, tidak hanya dirinya yang bersuara tetapi sudah berbuih mak bapak bercakap hal yang sama terutama bab beg berat dan silibus dilihat tidak sesuai dengan usia kanak-kanak.

Kita percaya ramai mak ayah menghantar anak ke sekolah untuk MENJADI MANUSIA, tapi sistem pendidikan bermula dengan silibus terlalu tinggi, banyaknya exam, itu belum kira kepenatan sekolah pagi dan petang yang mana ANAK-ANAK KITA DIBENTUK MENJADI ROBOT SURUHAN.

IKLAN

Selepas susulan pendedahannya itu, Cikgu Fadli menyatakan dirinya akan bangkit melawan, tidak kira berapa kali kekalahan harus diterimanya tetapi apa dibuatnya adalah untuk anak bangsa. Bahkan walau menyedari SUSAHNYA MELAWAN KERAJAAN dirinya tetapi melantik peguam yang akan membelanya.

Seperti katanya, isu ini pasti menarik minat ramai pihak tak kira parti politik mana tapi dirinya bukan berpolitik dan tak sesekali berpolitik sebaliknya hanya bersuara untuk anak bangsa di masa hadapan. Moga dirinya terus kekal mengajar kerana kecintaannya pada dunia pendidikan bahkan dirinya antara guru cemerlang dengan 98.00 markah.

Paling pasti selepas isu ini meletup, ramai menyokongnya termasuk kalangan para guru dan ibu bapa.