Sebagai mak ayah, dah tentu rasa malu dan segan bila dapat tahu anak kelas corot. Tak tahu mana silapnya walaupun setiap hari ke sekolah dan sanggup hantar anak ke kelas tuisyen.
Mungkin juga bila anak kelas corot, tumpuan guru pun tidaklah sehebat kelas pandai. Ala kadar saja. Kita tak tahu dan tak boleh tuduh begitu. Sebab dah tentu setiap mak ayah dan guru yang mengajar mahu anak dan muridnya pandai dan berjaya dalam akademik.
Inilah antara perkongsian dan pengalaman Aseef Alwee yang dilalui sendiri olehnya ketika dia berada di alam persekolahan.
Anak Kelas Corot Tak Pandai Tapi Ada Kehebatan Lain
Aku murid kelas belakang dari F1 hingga F5. Kelas yang paling jarang cikgu masuk.
Boleh kira dengan jari berapa kerat je cikgu, ustaz masuk mengajar. Lebih banyak duk sembang atau belajar sendiri.
Pernah satu ketika masa dah dekat dengan SRP, aku merangkak masuk menyorok di belakang kelas pandai semata-mata nak belajar. Matematik masa tu. Sebab cikgu yang mengajar tu best sangat (beliau tak ngajar kelas hujung).
Pernah ada cikgu tuding atas dahi cakap “mung budok tak dok masa depan!” Pernah karangan BM aku dijadikan ‘contoh’ “karangan paling teruk di abad ini”. Dijaja satu kelas.
Pernah jugak dihalau dari makmal sebab silap terlebih bubuh magnesium ke apa ntah. Berasappp!! Bbudak bodoh la katakan.
Cukuplah aku balas dengan sengih kerang busuk masa tu.
Tapi akhirnya, masa depan aku jadi cikgu. Bermulalah episod ‘trauma’ budak kelas hujung jadi episod ‘balas dendam’.
Dendam cikgu berasal dari budak kelas hujung ni aku balas dengan aku lebih suka mengajar budak kelas hujung dan tak berapa selesa mengajar budak kelas pandai.
Aku lebih suka melayan budak kelas hujung dan yang sedang-sedang. Yang seringkali dianggap bodoh! Mereka bagi aku bukan ‘bodoh’ tapi keupayaannya dalam akademik kurang.
Sebabnya kelebihan mereka bukan pada akademik tapi punyai kemahiran kognitif lain. Sangat bijak dalam mengurus perkara lain selain akademik.
Tapi kurang diberi perhatian, tiada peluang dan dipaksa mengadap akademik serta dinilai dalam perkara yang salah.
Ads
Ironinya dalam sistem pendidikan kita, penilaian ‘pandai’ itu pada akademik. Berapa jumlah ‘A’ yang kau dapat. Banyak ‘A’ kau pandai. Banyak ‘G’ kau bodoh!
Lebih Menonjol Aktiviti Fizikal
Budak kelas hujung ni lebih menonjol dalam aktiviti melibatkan fizikal. Kalau budak kelas atas, bila ada aktiviti gotong royong ke apa memang culas. Buat-buat sibuk. Cabut rumput pun boleh demam.
Pernah aku ditugaskan mengajar sebuah kelas 20 orang semua laki. Murid-murid hard core. Ada sorang ni Abang Long kawasan. Ditakuti oleh semua pelajar dari F1 hingga ke F6. Pernah pukul budak F6. Aku bawak pi balai. Siap tidur lokap.
Tapi budak ni selalu bersama aku. Mudah mintak tolong. Walaupun bontotnya acapkali lebam aku libas atas macam-macam kes disiplin. Gaduh, merokok, jamu akok tengah hari bulan puasa, ponteng.
Lepas SPM lebih kurang 2-3 tahun kemudian (lebih kurang), ada sorang anak muda tahan aku tepi jalan. Hitam lik lik muka. Lepas tu tiba-tiba salam dan peluk aku.
“Cikguuu!!”
“Mung sapo?”
“Cikgu tok kenal kito? Kita … hok cikgu brehi sepak mulo.” Sambil gelak.
Hahaha..ingat lagi dia aku sepak sokmo.
Tiba-tiba dia keluarkan barang dari beg dia.
“Nah cikgu, kita nok tunjuk ko cikgu kita bulih gapo ni.”
Dia hulurkan aku sebilah pisau dan beret! “Kito baru habis latihan komando cikgu. Tu mari cari cikgu nok tunjuk.”
Allahu..budak ni.
Padanlah dengan hati kering dia.
Itulah bila masa depan aku lagi, aku jadi cikgu kepada budak-budak yang nak jadi cikgu dan kadang-kadang jadi cikgu kepada cikgu, seringkali aku tekankan soal amanah core business seorang cikgu ni. Jagalah.
Ads
Jangan sesekali memandang rendah pelajar lemah akademik. Lihat sudut pandang kelebihan lain yang mereka ada.
Tugas memanusiakan manusia ni tak semudah memanusiakan anak monyet!
Mingguan Wanita : Betul sangat. Walaupun kelas hujung dan tak berapa reti dari segi akademik, tapi Allah anugerahkan dia otak geliga dari segi perniagaan, badn beruniform atau sebagainya.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Jangan sampai jadi macam ini ya mak ayah. Kita beria cari duit nak cukupkan keperluan makan minum anak-anak, sehingga sibuk benar waktu 24 jam yang ada. Dalam tak sedar sibuk cari nafkah itu, rupanya anak-anak di rumah lapar perhatian mak ayahnya.
Mak ayah hidangkan lah gajet sebagai jalan penyelesaian untuk mengisi ruang kekosongan yang ditinggalkan ketika bekerja. Hadam baik-baik apa yang Parenting Writer di TheProParenting, Wawa Shauqi ini kongsikan.
Jangan sampai kita menyesal bila anak dah besar. Masa itu bila anak minta haknya, kita tak mampu dah nak kata apa. Hmm…
Masih Ada Mak Ayah, Tapi Anak Tak Rasa Kehadiran Mereka
Mungkin ramai yang tak tau.
Saya membesar tanpa seorang ayah. Saya mula bergelar anak yatim, selepas ayah pergi dalam satu kemalangan jalan raya pada usia saya 2 tahun. (Al-Fatihah untuk beliau)
Kalau nak tanya berkenaan memori, sejujurnya, hanya ada 2 memori yang samar-samar. Kosongkah jiwa saya?
Alhamdulillah tak. Saya bertuah sebab ramai ahli keluarga yang sudi menjaga.
Malah saya MUNGKIN lebih bertuah dari kanak-kanak lain. Yang ada mak dan ayah, tapi tak dapat rasa keberadaan mereka. Ibarat hidangan kegemaran ada di depan mata, tapi tak dibenar untuk menjamah.
Pedih kan?
Apa yang lebih pedih, interaksi ibu dan ayah dengan anak cuma waktu nak marah, atau waktu nak menyuruh. Dan lebih pedih, bila perhatian yang anak perlukan, lebih banyak kita sedekahkan kat gajet.
Allah.. Allah… saya juga seorang ibu. Maknanya saya juga berisiko jadi parents yang begini.
Nauzubillah…
Jaga-jaga Dengan Tempoh 5 Tahun Pertama Anak Yang Kritikal
Tau tak?
Talian Nur 15999 tu, dalam setahun ada 264 panggilan dari kanak-kanak. 149 daripada kanak-kanak tu buat panggilan sekadar untuk bersembang.
Ya, sekadar sembang kosong. Jiwa mereka tercari-cari. Emosi mereka tidak dipenuhi. Ada masanya, terpaksa raih perhatian pada orang luar. Yang lebih scary bila perhatian itu diberi oleh orang yang salah.
Kalau kita rasa ‘Alah tak apa. Anak kecik lagi. Dia tak tau apa. Waktu anak kecik ni kita kerja kuat.’
Jangan lupa satu perkara!
5 tahun pertama anak-anak adalah tempoh paling kritikal. Tempoh yang paling penting untuk kita bina ‘connection’ dengan anak. Kerana itulah tempoh perkembangan emosi dan kognitif anak berlaku dengan begitu pesat.
Apa jadi bila perkembangan emosi itu tak kita penuhi? Dikhuatiri mereka diancam dengan masalah mental.
Dalam Tak Sedar Rupanya Anak Laparkan Perhatian Mak Ayah
Tahu tak?
National Health and Morbidity Survey (2015) merekodkan, 600,000 dari kanak-kanak 5 hingga 16 tahun, menderita dengan masalah mental. Yang mana sebahagiannya mengalami kemurungan.
Allah… Saya sangat takut.
Moga ini jadi ingatan kita bersama, untuk kembali mainkan peranan kita.
Kita ni sentiasa sibuk pandang tinggi orang lain.Tanpa kita sedar anak kita sendiri memandang tinggi pada kita. Kita sentiasa sibuk nak mencari sumber kewangan buat memberi makan anak kita, tanpa sedar kita dah biar anak kita laparkan perhatian.
Sepenat mana pun kita, simpan sedikit tenaga untuk berada bersama mereka.
Anak takkan ingat berapa banyak duit yang kita habiskan untuk mereka. Mereka cuma ingat banyak mana memori yang kita buat dengan mereka.
To be in your children’s memories tomorrow, you need to be im their lives today.
Cipta memori indah sebanyaknya dengan mereka.
Jangan Pernah Lupa Kerjaya Sebenar Kita, Mak Ayah
Masa takkan dapat kita putar kembali. Setiap minit anak makin membesar. Sesibuk mana pun kita membina kerjaya, jangan lupa kerjaya sebenar kita sebagai ibu dan bapa.
Anak ini bukan sekadar anugerah kan?
Mereka juga amanah kan?
Waktu belum ada, bersungguh kita meminta padaNya. Bila dipinjamkan, kita tak jaga sebaiknya.
Jangan sampai bila anak dah besar, kita ditampar dengan soalan petir dari anak,
”Waktu saya kecil, ayah tak ambil tau pun pasal saya. Apa hak ayah untuk campur tangan bila saya dah besar?”
Nauzubillah…
Allah… Jadikanlah yang membaca dan share post ini ibu ayah yang bertanggungjawab. Jadikanlah kami ahli yang membina keluarga sakinah. Keluarga yang membina bahagia di dunia dan di akhirat.
Musim panas lit-lit kering berangin ini, mak ayah kenalah extra jaga-jaga. Sebabnya penyakit memang senang sangat nak singgah kat tubuh mak ayah mahupun anak-anak. Boleh jadi, tak semena-mena boleh batuk pakej selesema berjemaah sekali dengan anak-anak malah jiran.
“Kasihan tengok anak-anak kecil batuk berbunyi-bunyi. Siap kahak kuning, kuning hijau, selesema dan dedor-dedor badan anak nak demam.”
“Alhamdulillah.
“Syukur. Sejak kami sekeluarga makan ubat batuk ini settle batuk berkahak.” Kongsi Puan Rina (Hanya Rina) ibu anak dara empat ini.
Petua ubat batuk semula jadi yang beliau amalkan meminumnya bersama keluarga ini sangat simple dan jimat.
“Modal lebih kurang RM10. Nak lebih jimat, boleh bancuh dengan air. Boleh juga dihidangkan pada tetamu. Sedap. Sangat selamat. Boleh diambil tanpa khuatir terover dose. Yang penting berkesan.”
Bahan-bahan Petua Ubat Batuk
Madu – 1 botol (yang diternak kira ori juga) Lemon – 2 – 3 biji Cengkih – 9 butir (dalam bilangan ganjil)
Botol comel-comel (kasi anak bangga makan ubat)
Cara Membuat
Dituang madu secara berlapis-lapis dengan dua bahan lain, lemon dipotong ikut suka tanpa diperah dan tabur cengkih sehingga penuh bekas.
Perap campuran bahan tadi semalam untuk serasi berdansakan mereka, alami satu proses dipangil penapaian. Dan simpan dalam peti ais chill.
Selesai Campur Semua Bahan
Ini rupanya kejadian sebelum saya masukkan dan perap dalam peti ais bahagian dingin.
Selepas Seminggu Dalam Peti Ais
Warna akan jadi lebih gelap dan rasa enak bangat lepas seminggu.
Aturan Atau Sukatan Makan
Dewasa : 2 sudu besar/ 3-4 kali sehari.
Kanak-kanak : 2 sudu kecil / 3 kali sehari atau ikut keperluan. Bagi beragama Islam, sebelum makan selawat 3x. Tak perlu minum air.
Awas: Dilarang keras pengunaan besi pada madu. Bimbang tawar khasiatnya.
9 Khasiat Lain Ubat Batuk Semulajadi
• Sama fungsi sebagai detoksifikasi
• Membakar lemak dalam tubuh
• Mencegah kolesterol
• Bagus untuk pencernaan perut.
•Awet Muda ( saya suka saya suka)
• Anti-bakteria
• Antiseptik
• Buang Angin
• Natural Pain killer (tahan sakit)
Kadang-kadang bila anak buat peel, buat mak ayah geram saja. Belum lagi yang anak berkepit 24 jam. Mak nak buat kerja pun tak senang hati.
Biasanya bila anak berkepit 24 jam, mulalah mak rasa hilang sabar. Habis semua kerja terbengkalai. Bayangkan kalau anak demam, lagi hura hara dibuatnya.
Tanpa kita sedar, masa inilah anak nak berkepit 24 jam. Suatu hari nanti, bila dia dah besar dan dewasa, kita sebagai mak ayah pula yang rasa seperti keanak-anakan, seperti apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim ini.
Kita hidup ada tiga hari saja. SEMALAM, HARI INI & ESOK. Fokus yang terbaik pada hari ini. Tiada hari semalam dan esok yang kita kesali lagi.
Dalam perkongsian tiktok Mohd Fhais Salim turut memperkatakan hal ini. Suatu hari nanti anak tak lagi dok berkepit dengan mak ayah tapi mak ayah pula yang akan jadi keanak-anakan.
Memang penat jaga anak tapi suatu hari nanti anak dah tak lagi asyik memanggil-manggil nama kita.
Ingatlah , suatu hari nanti anak-anak dah tak lagi suka kita pimpin tangan dia. Anak-anak dah tak lagi mahu duduk di pangku kita.
Mak Ayah Pula Akan Lebih Manja
Suatu hari nanti, anak tak lagi mahu tunjuk kehebatan diri dia depan kita dan tak mahu didukung atau dimanja-manja.
Malah, suatu hari nanti kita pula akan jauh lebih matang dan lebih dewasa dari kita.
Pasti ketika itu kita pula yang akan jadi lebih keanak-anakan sebab mahu perhatian dari anak-anak
“Kakak…nanti cuti balik kampung makan dengan ibu ye!
“Abang, ibu akan masak lauk kegemaran kamu ni, mai la datang makan.
Mingguan Wanita : Jadi, layanlah anak sebaiknya sebab apa yang berlaku hari ini tidak akan berulang kemudian hari. Yang ada hanyalah kenangan.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...