Bertahun berkongsi hidup tetiba suami nak cerai, itulah nasib penyanyi Deja Moss yang cukup kecewa apabila tidak mendapat penjelasan kenapa pilih berpisah.
“Saya reda dan terima penceraian ini tapi apa yang saya tidak puas hati masih belum menemui jawapan kenapa dia (suami) ingin bercerai dengan saya,” luahnya.
Sepuluh tahun berumah tangga, Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, yang berusaha menyelamatkan rumah tangga itu menerusi jawatankuasa pendamai (JKP) menemui jalan buntu ekoran suaminya tetap tidak mahu berbaik-baik.
Kalau ikutkan sebenarnya dia sudah lama reda tapi dia nak tahu kenapa suaminya sudah tak mahu teruskan?
“Kenapa keluar rumah macam itu je? Saya sudah izinkan dia kahwin lagi kenapa tak nak dan mahu bercerai?”
Ads
“Sebagai perempuan sudah tentu saya mahu tahu alasan sebab apa. Kalau nak kahwin lain saya rela bermadu!”
Deja diwakili peguam syarienya Halimatunsa’diah Abu Ahmad manakala Azfendy, 39, selaku plaintif diwakili peguam syarienya Ahmad Daud.
Ads
Hubungan dengan suaminya berjalan lancar sebelum Azfendy bertindak keluar dari kediaman mereka setahun lalu.
“Saya tak tahu puncanya kerana sebelum dia keluar rumah itu hubungan kami baik. Sebulan lepas dia keluar, dia mula mesej saya bukan-bukan.
Ads
“Lepas itu dia block saya dan ketika itu barulah saya fikir bahawa ada yang tak kena dengan dia.”
Itulah sedikit luhan hati seorang isteri yang kecewa dengan keputusan suami. Tak tahu apa salah, tetiba mahu berpisah.
Permohonan cerai tersebut dibuat Azfendy mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Mac lalu.
Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan belum dikurniakan cahaya mata.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Amalan berkongsi makanan dengan jiran sebelah ini tak ramai dah yang praktikkan. Mungkin disebabkan, masing-masing sibuk bekerja atau tak kenal jiran. Apa pun alasannya, cara Abdul Muiez Ruslee dan isteri menghidupkan semangat kejiranan melalui masakan sambal tempoyak daun kayu bagus untuk dicontohi.
Haa.. nak tahu macam mana nak buat sambal tempoyak daun kayu dalam jumlah yang banyak dan sedap, ini caranya.
“Kalau Pahang ada patin masak tempoyak, Perak ada sambal tempoyak, Negeri Sembilan pula ada sambal masak daun kayu. Semuanya berasaskan tempoyak.”
“Lain orang lain cara masaknya. Inilah cara kami. Pusinglah macam mana pun, matlamat utama ialah SEDAP.”
1. Daun pucuk ubi
2. Daun kunyit
3. Kunyit hidup
4. Kunyit serbuk
5. Petai
6. Serai
7. Santan
Kalau ikutkan ada beberapa daun lagi yang perlu dimasukkan. Antaranya pucuk labu dan daun kadok. Tapi hari ini tak ada pula yang menjual daun-daun itu. Jadi, kita guna apa yang ada sajalah. Asalkan jangan daun ketum sudah.
Berapa banyak nak guna? Ikut pandailah. Bergantung kepada berapa banyak yang kalian nak buat. Macam kami, kalau tak cukup sekuali besar memang tak sah. Besar perut, besarlah kualinya. Ehhh. Macam pepatah baru pulak.
Oh ya. Hero kepada masakan ini ialah daun kunyit. Jadi daun kunyit perlu lebih sedikit. Cuma yang jangan lebih ialah jadi kunyit. Tak rela i.
Bapak segala hero dalam masakan ini ialah tempoyak. Kalau tempoyak kalian tinggal sesudu saja, tak payah. Kalian sudukan sajalah dalam mulut tu.
Tempoyak kena banyak tau. Berapa banyak? Pun terpulang kepada kalian. Rasa masam tempoyak tu yang buat sedap.
Tambahan yang perlu ada ialah cili api atau cili api yang panjang tu dan ikan bilis. Ada juga yang bubuh udang.
Ikan bilis dan udang ni penyedap saja. Tak ada pun tak apa. Macam kami ni masak sekuali besar, kalau bubuh udang nanti tak tahan lama pula.
Bersihkan segala mak nenek daun dan serai, kemudian ikat cantik-cantik. Sebab apa?
Nah. Kita akan racik semua daun ni halus-halus. Alah. Macam kalian buat bunga rampai tu. Cuma, jangan pula disembur minyak wangi dalam daun tu.
Inilah rupa kejadiannya.
1. Pucuk ubi
2. Daun kunyit
3. Serai
Hati-hati ya. Kalau terhiris jari, luka di hati siapa yang tahu. Ewahhh.
Blender tempoyak, kunyit hidup dan cili api.
Kemudian, dah siap blender, campakkan dalam kuali non stick. Gunakan api perlahan.
Kalau kuali yang biasa boleh? Dah lah biasa, bontotnya hitam pula tu.
Boleh. Asalkan bukan kuali masak-masak anak kalian. Mengamuk dia nanti.
Masukkan ikan bilis dan petai. Biarkan mereka berenang-renang ke tepian.
Bila sudah agak ok, masukkan santan. Ikutlah sama ada santak kotak atau santan parut. Asalkan santan.
Lepas itu, masukkan daun kunyit. Kalau tak cukup kuning, tambah sedikit serbuk kunyit.
Last sekali, masukkan pucuk ubi. Nampak? Sampai melimpah kau. Hambik.
Oklah. Bab ini kalian perlu pandai mainkan perasaan. Eh, pandai mainkan ramuan.
Kalau rasa macam kering, tambahkan tempoyak, santan, sedikit air dan kunyit. Main -main macam tulah.
Tapi jangan sampai berkuah ya. Jangan sampai kering juga. Agak-agaklah.
Kemudian mainkan garam dan gula. Kalau rasa kurang masam, tambahkan asam keping. Begitulah pusingannya sampai jadi sedap.
Nah. Akhirnya, beginilah rupanya.
Kuali ni besar tau. Masak mi 5 kilo pun steady. Punyalah banyak kami buat.
Sebenarnya buat banyak ni nak bagi jiran-jiran sebelah. Itu je.
Dizaman teknologi dihujung jari ni, apa sahaja yang dimuat naik di laman sosial cukup mudah disebarkan dan dikongsi dengan orang lain. Adakalanya sesuatu perkara yang disebarkan itu tidak dilihat secara keseluruhannya, sekali gus boleh menimbulkan salah faham dan persepsi yang negatif.
Baru-baru ini, Rozi Abdul Razak yang juga Pengurus kepada Dato Sri Siti Nurhaliza ada memuat naik video majlis perkahwinan salah seorang staf, Siti Nurhaliza Productions.
Namun perkara yang mencuri perhatian, ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menyunting video tersebut dan hanya diambil sebahagian saja daripada video asal.
Perkongsian video tersebut menjadi viral, apabila ia seolah-olah menunjukkan pengantin perempuan tersebut menunjukkan riak wajah seolah-olah bimbang dan tidak senang dengan kehadiran penyanyi kesayangan negara Dato Sri Siti Nurhaliza hadir di majlis perkahwinannya.Sekaligus, membuatkan netizen memberikan komen-komen negatif kepada pengantin tersebut.
Namun hakikat sebenar situasi yang berlaku adalah sebaliknya. Berikut merupakan penjelasan oleh Rozi dalam menjelaskan salah faham dan situasi sebenar video tersebut.
Video ini dikatakan telah trending dan viral, diambil dari IG saya (walaupun tak dinyatakan kredit atau sumber video), saya yang upload.Dalam video tersebut saya ada cakap (walaupun tak berapa nak dengar) CF muka risau sebab biasa dia yang jaga boss.
Sesiapa yang viralkan video ini anda tidak bertanggungjawab dalam beberapa perkara dan telah membuatkan netizen memberikan komen-komen negatif kepada pengantin khususnya.
Ini bagi saya tidak adil kepada pengantin iaitu Siti Fairuz @cteafairuz yang kami panggil CF. Video ini trending di youtube dan dipanjang-panjangkan ke sosial media, dan hanya diambil sebahagian saja daripada video asal.
1. CF adalah colleague saya dan staff @ctdk. Dia lebih maklum hal mengenai @ctdk, dia menjaga @ctdk selama ini dan tidak timbul soal-mengapa ajak @ctdk? Pengantin tak jadi tumpuan, pengantin tak laku, pengantin cuak! Ada yang kata, lain kali jangan ajak @ctdk dan sebagainya.
Anda harus tahu, @cteafairuz menunjukkan reaksi risau kerana walaupun dia pengantin, dia masih rasa tanggungjawab sebagai tuan rumah, sebagai staff kepada @ctdk dan tentunya dia mahu memastikan @ctdk dapat menjamu selera dengan selesa. Tidak timbul soal tak suka, tak senang dengan kehadiran @ctdk kerana anda tidak tahu, betapa besar harapan @cteafairuz untuk @ctdk hadir ke majlis beliau.
2. Sebagai orang yang menularkan video ini, dengan caption seolah-olah mempermainkan pengantin, anda tidak menerangkan siapakah pengantin, apakah hubungan pengantin dengan @ctdk atau sekurang-kurangnya menyatakan sumber video agar orang yang menonton, dapat gambaran sebenar. Apa yang anda buat telah menyebabkan, macam-macam komen yang ‘memalukan’ serta menjatuhkan air muka pengantin.
3. Saya rasa bertanggungjawab menjelaskan ini kerana video tersebut saya yang upload dan saya sendiri berkata bahawa CF risau sebab selalunya dia yang menjaga boss atau @ctdk.
4. Satu hari yang menggembirakan pengantin menjadi satu momen yang memalukan dengan apa yang anda sudah lakukan.
5. Saya tujukan kepada semua admin youtube dan media sosial yang telah mengambil sebahagian video dari IG saya dan membiarkan netizen memberikan komen yang sangat negatif untuk dibaca.
Mingguan Wanita mengharapkan agar penjelasan oleh Pengurus Siti ini, menjernihkan segala salah faham yang berlaku.Semoga kita tidak mudah membuat andaian sendiri dan menilai sesuatu perkara tanpa melihat keseluruhan situasi yang sebenarnya.
Bukan mudah untuk bergelar seorang ibu. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang tempoh kehamilan seperti bengkak kaki, alahan, sakit pinggang, muntah dan sebagainya. Belum termasuk kebarangkalian menghadapi pendarahan komplikasi kehamilan akibat Placenta Previa atau kedudukan uri di bawah seperti yang dialami oleh Ummi Nazeera ini.
Ramai yang mengetahui, Ummi Nazeera telah melahirkan cahayamata sulung pada 22 Ogos lepas, dan ia sebulan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin sebenar. Semalam, pelakon filem Berbisik Pada Langit ini ada berkongsi cabaran yang dilalui sepanjang kehamilan dan kelahiran anak tersayang, Ayra Aneesah Mohd Izzar.
Menurut Ummi, kali pertama dia menghadapi Placenta Previa type 2 selepas Hari Raya Aidilfitiri lalu. Dia menangis bimbangkan kehilangan anak tersayang yang dikandungnya. Namun Alhamdulillah, semuanya selamat.
Segala usaha telah Ummi lakukan bagi mengelakan pendarahan berlaku lagi seperti memperbanyakkan berehat, bed rest, sujud dan berdoa. Namun selepas pendarahan kedua diikuti pendarahan ketiga yang agak banyak, doktor membuat keputusan isteri kepada Mohd Izzar ini perlu membuat pembedahan secara C-section.
Selain itu, Ummi juga mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan jururrawat yang menjaga dirinya dan anaknya ketika di hospital. Ummi juga sempat berkongsi maksud disebalik nama anaknya iaitu Ayra (dihormati) Aneesah (pemurah dan setia) yang juga diambil sempena nama arwah neneknya.
Assalamualaikum My Darling Daughter, Ayra Aneesah binti Mohd Izzar. Alhamdulillah..Allah made it easy for mommy to be pregnant but the journey to carry you was a challenge for both of us.
Mummy had Placenta Previa, type 2.I started bleeding right after Eid celebration .I cried when it happened. I thought I had lost you. Alhamdulillah, all was well.
Then, I rested. A lot. Bed rest. I went out like once a week.I tried everything I could.Sujud a lot . Doa a lot.Unfortunately, it happened again for the 2nd time. And again the 3rd time.
I was bleeding so much doctor decided I had to go thru emergency csect. Mummy was so scared I almost lost my calm. Alhamdulillah daddy was there to calm me down by being firm with me.
“Don’t cry! Istighfar” he said while placing his hand on my forehead and his other hand holding my hand..I knew deep inside he was right. Only Allah could help.Alhamdulillah the operation went well.”No complication”. Syukur ya Allah.
Masa masuk operation room, muka daddy masam sangat. Masa mommy keluar operation room muka daddy senyum Macam kerang busuk. He said “I dah jumpa anak and dah azan alhamdulillah”.
I wanna take this opportunity to say thanks to all doctors and nurses in charge for taking care of me and Ayra at Hospital Serdang. Thank u so much. The minute I saw u I was so happy. You’re perfect alhamdulillah. And mommy was right.. it’s a girl ! @izzar @ayra.aneesah Ayra : respectable . Aneesah : generous and loyal.
Aneesah is my late grandmothers name. May you become the coolness of our eyes Sayang. We love you.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah kepada Ummi Nazeera dan suami atas kelahiran Ayra Aneesah.Semoga bayi membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi penyejuk mata dan penawar hati didalam keluarga.