Pelakon kacak Saharul Ridzwan kini sibuk berniaga dan memasarkan produk aromatic, Ode Scents. Paling membahagiakan isterinya Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir juga memberikan sokongan padu buat Saharul untuk memulakan perniagaan aromatic ini.
Saharul Aktif Berniaga, Tak Mungkin Berundur Dalam Seni
Malah Saharul juga menerangkan dirinya tidak mungkin akan berundur dari dunia seni walapun perniagaan yang diusahakan ini berjaya di pasaran.
Malah Saharul menjadikan Shuib dan Datuk Rosyam Nor sebagai idola dunia perniagaan,
Pelakon ini juga akui akan membahagikan masa dan kerjaya itu sebaik mungkin.
“Mana mungkin saya tinggalkan dunia seni yang menjadi minat saya. Saya kumpul harta, berkahwin hasil duit saya bekerja dalam industri.
“InsyaAllah saya akan bahagikan masa sebaiknya dan akan berada dalam industri selagi diperlukan,” jelasnya yang akan terlibat dengan penggambaran sebuah drama bersama pengarah, Pali Yahya tidak lama lagi.
Tidak Selamanya Berada Di Puncak
Sebagai anak seni, Saharul menyatakan seseorang itu tidak akan kekal selamanya berada di puncak populariti.
Ads
Menyedari pasaran seni ada turun dan naiknya, aktor Saharul Ridzwan mengambil langkah proaktif untuk mencari sandaran lain bagi menjana pendapatan untuk satu jangka masa panjang.
Selepas 10 tahun menjadi anak seni dan bergelar duta kepada beberapa produk, selebriti ini juga menggali ilmu perniagaan sebelum menghasil dan memasarkan produk aromatic, Ode Scents.
“Tidak dinafikan antara faktor yang mendorong saya untuk menceburi bidang perniagaan disebabkan tawaran lakonan yang mula berkurangan.
“Betul orang kata walaupun berkahwin dan ada anak, ada rezekinya. Tetapi rezeki itu mungkin bukan dalam bidang lakonan.
“Bila dapat tahu nama saya ditolak stesen televisyen, saya terfikir, sampai bila saya berpeluang berlakon sebagai watak utama.
Ads
“Suatu hari nanti mungkin saya akan ditawarkan dengan watak sampingan sahaja dan macam mana saya nak tanggung keluarga.
“Selain itu, situasi yang berlaku kepada pelakon veteran kini, ditawarkan bayaran murah untuk sesuatu watak mendorong saya untuk mencari pendapatan lain bagi jangka masa panjang.
“Walaupun saya pernah berniaga sebelum ini, semua itu dilakukan tanpa ilmu. Jadi perlahan-lahan saya cari ilmu itu dan dengan bantuan serta dorongan rakan kongsi, maka terhasillah Ode Scents ini,” ujarnya menerusi sidang media secara virtual baru-baru ini.
Pernah Gantung Banner di Leher, Cuba Jual Produk Tepi Jalan
Walaupun bergelar selebriti, ia bukan jaminan buatnya dalam memasarkan produk sendiri.
“Ketika mula-mula produk ini dikeluarkan, saya sanggup gantung banner di leher dan cuba jual produk ini di tepi jalan di Kajang. Mungkin ada yang perasan, dia tanya adakah saya tak berlakon lagi. Bagi saya, walaupun saya selebriti, ia bukan satu tiket express buat saya.
Ads
“Saya juga elak untuk letak nama saya sebagai jenama produk dan lakukan gimik kerana saya mahu produk ini berada dalam dunia perniagaan sebenar untuk jangka masa panjang.
“Bagi kami, apa yang lebih penting untuk memulakan perniagaan itu perlu mempunyai pasukan pemasaran yang kuat dań mempromosikan produk,” akhirnya.
Sesungguhnya doa orang-orang teraniaya adalah dimakbulkan tuhan. Jangan sesekali berniat untuk menganiayai orang lain kerana doa golongan ini pasti akan diperkenankanNya. Seorang pencuri bertindak memulangkan semula barang dicuri dari sebuah rumah yang bernilai RM1,200 dalam tempoh tidak sampai 24 jam dipercayai ‘kepanasan’ kerana bimbang ditimpa kejadian tidak diingini.
Mangsa, Persi Saperi, 43, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Manis, di sini jam 6.46 petang kelmarin, selepas kediamannya di kuarters Jabatan Bekalan Air Selumit, di sini, dipecah masuk. Katanya, antara barang hilang adalah televisyen dan tong gas yang dipercayai dibawa lari menerusi tingkap belakang rumahnya yang diumpil.
“Berikutan itu, saya berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya pencuri berkenaan memulangkan semula barang kepunyaan saya itu.
“Pada solat Subuh (semalam), saya ada membaca beberapa potong ayat suci al-Quran dan memohon sepenuhnya kepada Allah supaya saya mendapat kembali barang yang dicuri itu.
“Berbekalkan sedikit ilmu dan keizinan Allah, saya cuba ‘memanggil’ kembali pencuri berkenaan agar mengembalikan barang yang diambil… Selebihnya, saya bertawakal kepada Allah,” katanya.
Doa Persi yang teraniaya itu termakbul apabila televisyen dan tong gas yang dicuri ditemui semula. Katanya, barang berkenaan diletakkan di kawasan lapang tidak jauh daripada kediamannya pada jam 1.30 petang, kelmarin.
“Sejurus pulang daripada Tanjung Manis, saya terkejut melihat barang yang hilang seperti dipulangkan semula,”
Katanya, walaupun kesal dengan kejadian berkenaan, dia bagaimanapun tidak berdendam dengan si pelaku, malah mendoakan supaya pencuri terbabit kembali ke pangkal jalan.
“Belum terlambat kepada kita yang banyak berdosa ini untuk memohon keampunan dan bertaubat.
“Jadilah insan yang memberi manfaat kepada manusia lain,” katanya.
Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran. Bagi orang yang teraniaya, mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar diri mendapat pembelaan sewajarnya dan semoga orang yang menganiaya mendapat pembalasan yang setimpal.
Pendamik Covid-19 memberikan tamparan yang hebat dalam kehidupan seharian kita. Kesannya bukan sekadar cara hidup malah ekonomi juga turut terjejas.
Begitu juga dengan penyanyi terkenal Shah Indrawan Ismail, 36 atau Tomok. Baru-baru ini menerusi @tomokofficial bapa kepada tiga orang anak itu telah mengumumkan penutupan perniagaan tudung jenama miliknya Arriandra.
Keputusan tersebut terpaksa dilakukan selepas perniagaan yang diusahakan lebih lima tahun lalu itu gagal bertahan.
Bertahan Lima Tahun
Seperti mana yang ditulis:
“Berat untuk saya, tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih kepada anda semua yang pernah sokong Arriandra.
“Pada yang pernah bekerja dengan kami, yang pernah beli tudung dari kami, yang pernah datang booth dan juga beli secara online.
"Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini (Khamis). Nanti saya cari tempat untuk habiskan baki tudung yang ada.
“Insya-ALLAH ada yang lebih baik di masa yang akan datang. Amin,” kongsi Tomok di laman Instagramnya.
Cuba Survive, Tapi Bisnes Ada Naik Turun
Menerusi perkongsian tersebut, pelantun lagu Bekas Kekasih itu juga memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan barangan jualan yang masih berbaki.
“Sudah beberapa tahun dah kita cuba untuk survive, tapi bisnes ada naik turun. Hari ini kita terpaksa pindah keluar dari tempat ini.
“Saya akan buat clearance sale nanti. Insya-ALLAH jika ada sesiapa berminat, saya nak jual murah-murah saja.
“Mungkin harga serendah RM5 atau RM10, dah nak tutup kedai ni,” kata Tomok.
Doa Dari Peminat
Berita sedih itu turut mendapat perhatian warganet. Malah ada peminat Tomok yang mendoakan agar penyanyi ini terus dilimpahkan rezeki yang berpanjangan.
“Semoga abg tomok Sekeluarga rezeki semakin bertambah dalam bentuk apa saja rezeki yg ada. Dan semoga dipermudahkan segala urusan semua. Support!’ aieyra.
“Semoga dipermudahkan dan dilimpahkan rezki yg lebih bnyk lagi buat tomok n family aamiin” syaliza_along.
Jika dah sayang sangat pada pasangan memang sanggup buat apa sahaja. Sanggup melindungi sebaiknya, apatah lagi pada perkara yang boleh mencederakan pasangan. Punyalah sayang seorang suami pada isterinya, sanggup menghancurkan kaki lima di tepi jalan yang menyebabkan isterinya kerap kali terjatuh.
Robohkan Kaki Lima
Seorang suami berang kerana isterinya terjatuh selepas melalui sebuah kawasan kaki lima di Kota Ambon, Maluku bertindak merobohkan kaki lima tersebut, lapor laman berita Detik.com semalam.
Dalam rakaman video berdurasi 30 saat yang tular itu, lelaki tersebut dilihat menjerit-jerit di jalan Dr. Soetomo, Kota Ambon.
Dia juga menghancurkan lantai kaki lima itu dengan menggunakan tukul.
“Kejadian berlaku sekitar pukul dua atau tiga petang (waktu tempatan). Ketika itu, saya sedang melayan seorang pembeli dan lelaki itu tiba-tiba menghancurkan kaki lima itu.
“Dia menghancurkan kaki lima itu dan berkata bahawa kali lima itu telah menyebabkan isterinya terjatuh,” kata seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Julia.
Menurut Julia, dia melihat pasangan suami isteri itu yang menaiki motosikal dan terjatuh ketika mahu memasuki sebuah pasar mini.Mereka dipercayai terjatuh kerana jalan tersebut yang licin kerana hujan.
Pemergian Roslina Yusof, isteri peniaga air balang yang tabah melawan diabetes, menyentuh hati ramai. Suami setia, Ah Yauddin Ahmad, reda isteri pergi selepas sempat mengucapkan kata cinta terakhir.