Rumah bersepah, kadang-kadang segan pun ada bila tetamu datang rumah. Bukan tak berkemas tapi bila ada anak kecil, susah nak nampak bersih dan kemas 24 jam.
Nak berkems bukan main lama tapi tak sampai 10 minit dah ada yang ‘tukang’ sepahnya. Alat mainan merata-rata dan segenap ruang. Boleh naik angin mak-mak kalau keadaan macam ni.
Tapi, beruntunglah rumah bersepah sebab itu tanda rumah kita diserikan dengan anak-anak. Janganlah nak terfikirlah rumah sentiasa kemas 24 jam sebab baru saja kemas, tak sampai 10 minit sudah bersepah balik.
Tak perlu malu atau segan sebab mak-mak yang ada anak pun faham dengan situasai semua ini. Mungkin ada suami isteri yang belum diberi rezeki untuk ada anak pun rindu nak rumah bersepah.
Menarik perkongsian daripada Surina Syahril Rayyan ini tentang rumah bersepah sebab diserikan dengan anak-anak kecil. Redha dan terimalah, anak-anak tengah nak membesar.
Bila rumah ada anak kecil, janganlah terlalu menggunung tinggi harapan yang rumah kita akan bersih 24 jam. Sebab anak-anak belajar ketika bermain, sambil makan nas, masa itulah anak akan buat ‘renjis-renjis dipilis.. Habis berterabur nasi ke sana sini.
Bila rumah ada anak kecil, ruang tamu itu ibarat syurga anak-anak. Sebab apa? Sebab luas, makin besar ruang itu, makin banyak akal dia. Masa itulah terjumpa mainan tercabut tayar laa, kertas tekoyak-koyak, pensel color patah atau silap-silap baldi pun boleh ada kat ruang tamu tauu. Dia punya explore satu rumah dan memang tak tercapai dek akal, dengan benda-benda mainan itulah dia bina kereta, keretapi dan sebagainya. Terpijak mainana kecil pun itu dah jadi perkara biasa.
Bila rumah ada anak kecil, bilik air pulak ibarat sunway lagoon untuk mereka. Kalau di biar mandi sendri sila prepare diri supaya tak bertukar ‘hijau’. Sila prepare diri uapaya tidak terpacul suara tarzan sebab anaka-anak kalau mandi sendiri memang akan lupa itu bilik air ataupun kolam mandi. Habis satu bilik air dibasuhnya. Belum lagfi habis satu boltol shamppo, sambun, air belayar kat luar bilik air.
Bersepah Itu Biasa
Ads
Rumah yang ada anak kecil ini memang selalu besepah. Susuah nak jumpa rumah yang tak bersepah. 10 kali kemas pun tetap bersepah. Itu bukan LUAR BIASA..itu BIASA!
Kita marah sikit-sikit boleh tapi jangan marah sehingga mereka sentap emosi. Sebab bermain sambil belajar itu memang sikap anak. Mereka tak faham pun tentang sepah-sepah, lebih-lebih lagi anak yang berusia bawah 3 tahum. Cakap macam mana pun mereka tak faham.
Kita beruntung rumah bersepah tu tandanya rumah kita di serikan dengan anak-anak kecil. Jika di beri plihan kepada mereka yang tiada anak pasti jawapan mereka “tak kisah rumah besepah asal dikurniakan anak…dapat 1 pun jadii lah”
Jadi redha lahrumah anda bersepah, walau pun mak ko kadang-kadang boleh jadi bertukar hijau, kelabu dan sebagainya bila tengok anak sepahkan rumah.
Ads
Paling penting mak walaupun singa tapi hatinya ‘sweet’.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Marah 10 kali pun, sambil bebel-bebel, tangan tetap tolong kemas mana yang rasa ‘sakit mata’ tu.
Lebih menderita bila suami yang isteri pilih itu ada sifat panas baran. Tak boleh tahan sabar, sikit-sikit diherdik tanpa belas. Salah pilih suami, hidup dalam ketakutan, derita air mata. Anak-anak lagilah.. takut menikus. Kasihannya…
Seksa sungguh bila bersuamikan lelaki begini. Dalam hati isteri yang cuba dan usaha bertahan, konon nak bagi peluang. Moga suatu hari baran suami hilang. Bertahan sekalipun isteri, jangan sampai maki hamun suami jadi makanan harian. Kena ajar sayangkan diri sendiri.
Bertindaklah! Jadi berani.. bak kisah benar yang dilalui Firda Ashaary ini. Yang pernah melalui episod paling malang bagi seorang wanita bergelar isteri. Syukurlah.. dengan keberanian yang masih bersisa. Dapat juga melepaskan diri dari suami yang menghamba abdikan isteri sendiri.
Salah Pilih Suami, Bertahun Derita Air Mata
YES!!
Aku setuju, aku pernah dah kena kes gini. Kenal sekejap ja. Dia terus melamar dan nak jumpak famili. Ikhlaslah kata kan?
Konon dia nak berubah jadi orang. Mak aku mulanya setuju tapi lepas tu tak sedap hati mungkin. Dan mak ubah fikiran. Mak cakap,
“Tak payah la. Orang tu tetap orang yang sama. Takdak nak berubah mana eh!”
Aku pulak jawap,
“Apa salah bagi peluang dia berubah. Kita pun tak baik mana Mak. Dia tu baik cuma panas baran sikit ja.” Kemain yakin aku membela.
Pendekkan kisah, aku menang. Mak mengalah. Lepas tu baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah. Manisss sangat cinta aku tu. Tapi semua dah terlambat. Aku dah jadi isteri dia yang sah. Hiduplah aku berendam airmata dari hari pertama nikah dan begitulah hari-hari seterusnya.
Walau disimpan dalam ‘mahligai’ tapi kaki dirantai. Hidup diherdik macam bibik. Disuruh duduk, aku duduk. Disuruh berdiri aku perlu berdiri. Sedang menangis aku dipaksa senyum. Dalam sebulan boleh kira dengan jari berapa hari airmata tu tak tumpah. Sampai aku lupa bila masa aku tersenyum. Aku macam patung bernyawa.
Anak-anak juga kena tempias barannya. Pedih hati tengok anak-anak diherdik tanpa salah. Aku selalu pertahankan anak-anak walau teruk aku dimaki.
Akhirnya mujurlah Allah tu masih sayangkan aku, dibuka jalan untuk aku bukak langkah seribu. Aku tak toleh lagi dah. Aku pegang tangan anak-anak kiri kanan, sehelai sepinggang aku lari. Walau dia datang melutut, merayu, minta dimaafkan, malah diugut nak disaman dan dituduh nusyuz, aku tak peduli.
Lantak kau lah. Aku takkan ulang kesilapan aku percaya pada orang yang psiko. Cukuplah sekali. Bertahun tragedi tu berlalu, tapi sedetik pun aku tak pernah lupa. Bagai layar perak memapar satu persatu kejadian.
Aku bukan berdendam, jauh sekali nak sedih sebab benda dah lama. Cuma aku sejenis yang susah nak lupa apa orang buat kat aku. Im sorry.
#SuffianSuffiya #KisahAku
Gais, kajilah dulu dalam luar sebelum terima lamaran. Kenal terus ajak kahwin belum tentu betul-betul ikhlas. Manusia sekarang banyak ja pandai berlakon.
Bukan mudah nak lepas, kalau dah terikat. Ingat tu!
MW : Moga kisah ini menjadi iktibar untuk semua. Anda yang sedang melalui episod duka sebegini, segeralah bertindak.. minta bantuan. Kerana anda sajalah yang boleh selamatkan diri anda. Dan jangan guna alasan anak untuk bertahan.
Sumber/Foto : Firda Ashaary*Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa. Wanita memang terkenal dengan sikap manja. Namun sebagai isteri tidak perlulah nak bermanja sepanjang masa. Paling penting kekalkan ya, sifat malu yang ada dalam diri anda.
Kehidupan berumahtangga sememangnya penuh onak dan duri. Hanya suami dan isteri yang mampu mencorakkan agar perkahwinan dilimpahi bahagia.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah menerusi akaun Facebooknya, isteri solehah tidak perlu bermanja dengan suami sepanjang masa.
Malah beliau yang biasa bahasakan diri dengan panggalan Tok Abah juga memberi tip yang boleh diamalkan oleh para isteri agar dapat menawan hati suami.
“Semoga catatan dan pesan Tok Abah ini, para isteri ambil perhatian dan jalankan tanggungjawab kalian sebaiknya ya;
Isteri solehah tak perlu manja sepanjang masa, cukup lakukan 10 hal ini untuk pikat hati suami:
Temankan suami makan walaupun kamu sudah makan. Ramai suami rasa terbiar dan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami sambil kamu sendiri boleh lihat dia menikmati juadah dari air tanganmu sendiri.
Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuh dengan mesra dan peluk dia semasa pergi dan pulang kerja.
Rawat suami dengan penuh kasih sayang semasa dia sakit. Sentuhan dan kata-kata manis mampu bertindak sebagai penawar yang mujarab.
Mengalahlah pada suami bagi perkara yang harus. Suami kadangkala rasa kecewa kalau kamu terlalu lantang atau melawan katanya.
Tutup diri kamu daripada sebarang lelaki lain. Pastikan menutup aurat dengan sempurna dan jaga batas perbualan dengan bijaksana.
Berterima kasihlah dengan suami walaupun hal sekecil-kecilnya.
Ramai penghuni neraka adalah dari wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.
Kejutkan suami untuk solat tahajud dan isteri juga turut melakukannya bersama-sama. Ia adalah amalan yang dapat mengharmonikan rumahtangga serta menerangkan kubur.
Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Wanita yang hilang sifat ini adalah mereka yang hilang martabat dan maruah diri.
Bila suami pulang kerja, beri dia rehat 30 minit. Usah terus menerus terjahnya dengan pelbagai soalan. Bawakan air dan beri urutan untuk dirinya tenang dan berehat,” kongsi Tok Abah.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan mengukur kebahagiaan pasangan suami isteri kerana mereka mempunyai kekayaan harta benda. Sebab mereka tang banyak itu, belum tentu bahagia. Begitu juga bagi pasangan yang kurang berkemampuan, belum tentu dapat memberi kebahagiaan. Jadi apa yang diinginkan dalam hidup suami isteri.
Ingat, suami diuji bila memiliki kekayaan dan isteri diuji bila pasangan belum mempunyai apa-apa. Malah, rata-rata pasangan sebolehnya ingin rumah tangga yang dibina bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Apatah lagi, hati seorang isteri.
Perkongsian daripada Isma Addi Jumbri tentang apa luahan yang diinginkan oleh setiap wanita yang bergelar isteri.
SUAMI
*******
1. Tak kisah jika suami kurang kaya berharta, yang penting hidupmu bahagia dan tidak derita.
2. Tak kisah jika suami tidak berpangkat tinggi, yang penting semua nafkah dia sediakan dan bagi.
3. Tak kisah jika suami tidak bergaji menteri, yang penting rezeki buat keluarga dia rajin mencari.
4. Tak kisah jika gaji suami tidaklah mewah, yang penting dia rajin bekerja walaupun bermula dari bawah.
5. Tak kisah jika suami tidak berkereta hebat, yang penting nafkah keluarga dia beri dan duit isteri dia tak rembat.
6. Tak kisah jika suami bukan guru atau pensyarah, yang penting dia baik hati dan tak marah-marah.
7. Tak kisah jika suami tidak tinggi lampai, yang penting keluarga dijaga baik dan tidak dibiar hidup terkapai-kapai.
8. Tak kisah jika suami hanya kerja ‘security’ atau jaga, yang penting dia beriman dan pimpin keluarga menuju ke syurga.
9. Tak kisah jika perut suami sedikit boroi atau sarat, yang penting dia jujur dan pimpin keluarga menuju akhirat.
MW: Adakah semua di atas itu yang diharapkan oleh seorang isteri?
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...