cara-menabung

Moratorium yang diberikan kepada peminjam sebelum ini sedikit sebanyak memberi kemudahan pada mereka. Namun, ibu ini Suhana Salleh punya sebab mengapa tidak memilih moratorium. Malah, punya cara menabung tersendiri.

Tentunya, ibu ini punya perancangan yang lebih sesuai untuk keluarganya. Disebabkan bijak menyimpan sejak awal, ketika ini mereka sekeluarga menikmati faedahnya.

Rugilah Tak Ambil Moratorium

Kau tak ambil “Mora” ke?

Tak.”

Rugilah kau tak ambil Mora. Semua orang ambil Mora. Dah save 6 bulan tak payah bayar duit rumah.”

Saya senyum sahaja.

Akibat pandemik ni kerajaan bagi moratarium kepada rakyat sebagai salah satu usaha kerajaan nak membantu.

Tak salah ambil Mora. Tak ambil Mora pun tak salah juga. Ikut kepada situasi peminjam.

Macam saya tak ambil Mora sebab dapat pulangan tunai daripada takaful pendidikan anak pertama saya.

Teringat masa 16 tahun lepas. Kami didatangi seorang ejen takaful semasa sedang berjalan-jalan menelusuri booth dalam satu event di KL.

Cara Menabung Dengan Takaful Pendidikan

Selepas dengar penerangannya serba sedikit, terus sahaja saya daftarkan nama anak untuk takaful pendidikannya. Serius, saya tak berapa ambil tahu keseluruhan polisinya.

Apa yang saya tahu cukup umur 17 tahun anak saya boleh dapat sejumlah wang untuk sambung pelajarannya nanti.

IKLAN

Sejak itu tugas membayar takaful anak tersebut digalas oleh encik suami. Dia pilih cara bayar dengan buat potongan terus gajinya dari bank setiap bulan. Semuanya berjalan lancar sehinggalah suami ambil keputusan berhenti kerja sedia ada nak kerja sendiri.

Dalam tempoh itu banyak situasi tak dijangka berlaku. Gelombang ekonomi keluarga pun turut sama turun naik. Pernah bayaran ini tertunggak selama beberapa tahun. Akhirnya mencecah lebih 3k.

Jika ikut pada encik suami dia kata biarlah tak perlu sambung lagi. Tapi saya sayang nak lepaskan begitu sahaja hasil 13 tahun menyumbang di situ. Tak mahulah jadi macam insuran hayat pertama saya dulu. (Oh, ya. Saya ada kisah tak best dengan insuran hayat pertama saya)

Berkorban Demi Anak

Fikir punya fikir saya ambil keputusan sendiri. Biarlah saya pula yang berkorban kali ini. Saya tetap akan teruskan polisi pendidikan anak saya ini sehingga selesai.

Untuk tujuan itu saya keluarkan sedikit simpanan TH saya untuk tutup kebocoran sedia ada. Sejak itu saya konsisten teruskan bayaran bulanan dia. Tak banyak pun sebenarnya. Sekitar 70 ringgit sahaja.

Takaful hayat tak sama dengan takaful pendidikan.

Untungnya masa anak pertama dapat keputusan cemerlang masa PT3 dapatlah dia RM800 daripada syarikat takaful ini. Duit inilah saya belikan handphone yang lebih baik untuk kegunaan pembelajaran form 5nya. (Sebelum ini saya hanya berikan henpon lama ayah dia. Sejak kena PdPR kerap hang, semua data dah tak boleh save dan banyak hilang).

IKLAN

Masa SPM sahaja dah tak boleh claim sebab dah sampai tarikh matang.

Dapat Pulangan Berbaloi

Dipendekkan cerita, polisi pendidikan anak pertama saya ini dah sampai tarikh matang. Pihak syarikat takaful pun hubungi encik suami minta isi borang sebab nak bagi balik duit yang tidak digunakan.

Dapatlah kami dalam 1Xk Plus.

Sengih je kami berdua. Yelah tak sangka pulak dalam gawat-gawat boleh dapat tunai pula. Jika dikira jumlahnya melebihi daripada jumlah bayaran pinjaman rumah kami 6 bulan.

Tukar Duit Untuk Keperluan Anak-anak

Duit yang kami dapat tu dapatlah saya tukarkan untuk keperluan anak :

1. Sebuah Tablet

Sesuailah untuk kegunaan pelajar IPT macam dia yang ambil aliran Sains. Itupun setelah saya tengok dia buat nota paper Chemist dan Fizik tak sampai sebulan dah habis satu buku untuk satu subjek.

2. Polisi Takaful Hayat

Anak dah lebih 18 tahun,kan. Saya pilihkan satu takaful hayat baru yang lebih sesuai untuknya. Saya cakap dengan anak saya selagi dia belajar ibu akan bayarkan setiap bulan. Kalau dia dah start bekerja sila ambil tanggungjawab tersebut sendiri.

IKLAN

3. Lesen Kereta dan Motor

Kemahiran memandu ini pun dah jadi satu keperluan masa kini. Nak ke mana-mana pun senang dah ada lesen. Tak adalah risau nanti mati katak jika berlaku kejadian yang tak diingini semasa di jalan raya (nauzubillahi min zalik). Ada emergency boleh juga dia pandu atau jadi co-pilot ayahnya nanti.

4. Bukakan akaun pelaburan emas

Setelah melihat dividen yang diperolehi dari ASB dan TH dua tahun kebelakangan ini saya rasa patut cari tabungan baru selainnya. Modalnya pun tak banyak. Serendah rm100 dah boleh buka akaun. Lepas itu ada duit lebih boleh top up sendiri.

——————

Saya bukan ejen takaful atau insurans. Nasihat saya pada ibu bapa buatlah tabungan anak kita sejak mereka dari kecil. Tak kiralah ambil takaful pendidikan atau hayat atau buat tabungan tetap setiap bulan di bank. Ketepikan sedikit duit yang ada untuk kemudahan di masa akan datang.

Selamat menabung.

Baca sini : Mantan pegawai bank ini kongsi strategi dana simpanan moratorium dan i-Citra

Mingguan Wanita : Setiap orang ada cara menabung tersendiri. Buatlah mana yang terbaik untuk keperluan keluarga anda.

Sumber/Foto : Suhana Salleh

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI