Tegas pelakon Rita Rudaini, sikap segelintir mak ayah yang terlalu mendabik dada boleh menjadi penghalang potensi sebenar kejayaan seorang anak di padang bola.
Ibarat melentur buluh dari rebungnya, begitulah dalam mendidik minat seorang anak terhadap sukan bola sepak. Mak ayah tak perlu terlalu over protective sehingga mahu menentukan anak berada di kedudukan mana dalam padang.
Sikap yang salah inilah akhirnya men’jatuh’kan anak daripada melangkah jauh ke hadapan.
“Hero mommy… saya bukan nak anak saya jadi pemain bola sepak. Saya cuma support minat, saya tak de la nak ambik serius or mengamuk kalau anak tak dapat main, nama tak selected.
Ads
“Semua tu bukan hal saya. Semua boleh cakap ‘ank aku bagus’ ‘anak aku cerdik’ ‘anak aku pandai main bola’ tapi saya takkan.”
Rita Malu Nak Puji Anak Sendiri
“Saya malu nak puji anak sendiri dekat orang. Biaq orang saja yang bagi pujian kat anak saya. Anak saya pandai kat sekolah ke biar cikgu yang nilai, anak saya pandai or tak pandai main bola ke biar coach je yang nilai.”
“Tugas saya hanya bagi support, antar ambik, bagi semangat dan nasihat pada anak. Sape saya untuk tentukan mana ‘kedudukan’ anak saya? Saya tidak akan masuk campur setiap urusan anak-anak di luar.”
“Tanggungjawab kat sekolah pada cikgu, tanggungjawab kat padang pada coach, tanggungjawab di rumah hanya pada saya. Saya support minat mereka, saya serah pada coach.”
Ads
“Naik nama, syukur…tak de nama, cuba lagi. Buat yang lebih baik itu pesan saya selalu pada mereka. Ada yang anak baru kecik main bola, mak bapak dah demand dan sombong sebab anak pandai main.”
“Hancur minat anak-anak semua punca dari mak bapak sendiri. Kecik-kecik anak dah cakap besar menyombong sebab perangai contoh depan mata. Belum jadi player sebenar lagi.
“Haiih.. depan mata macam-macam perangai. Terkejut saya tengok. Pada saya, kesiannya anak. Tak ke mana kalau berlagak angkuh sombong. Attitude adalah salah satu punca utama untuk turun naik jatuh nya seseorang..”
“Wahai parents… lepas kan lah mereka bermain, kecik lagi.. bina attitude ank-anak, ikut resmi padi ‘makin berisi makin tunduk’ jangan ikut resmi lalang ‘semakin tegak tiada berisi’ Jauh lagi perjalanan mereka. Jaga attitude kita depan mereka kerana kita adalah contoh terdekat dan kita adalah adiwira idola mereka sejak kecil.”
Ads
Tubuh Fan Club Bola Sepak Demi Anak-anak
Sememangnya Rita cukup cemerlang memberi sokongan moral dan mendidik kedua-dua hero kecilnya ini di padang bola sepak. Malah turut mendapat sokongan padu daripada Rita Rudaini Fans Club.
Yang mana katanya, ahli fans clubnya itu sanggup berpanas dengannya selama dua hari di padang untuk kejohanan bola sepak terkini pasukan anaknya.
Tak hairanlah pasukan anaknya, RR Cougars Academy berjaya menjulang gelaran Naib Johan Bawah 8 tahun untuk kejohanan bola sepak RR Junior Cup 2019 di Eco Ardence Fottball Arena, Setia Alam.
Begitulah hati seorang ibu yang memahami minat anak-anaknya. Demi Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, dengan menggunakan wang simpanan sendiri Rita Rudaini menubuhkan kelab bola sepak RR Cougars FC.
Malah kelab ini juga berjaya mencipta beberapa kejayaan antaranya Naib Juara KDFC President Cup, Tempat keempat Bola Sepak Cilik U6 dan tempat ketiga B8 dan keempat B9, Kejohanan RR Junior Cup.
Begitulah hebatnya ibu tunggal ini yang mahukan anaknya menjadi pemain bola sepak profesional bukan semata-mata mengejar populariti.
Pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya pada 9 Ogos sangatlah dirasai dan begitu dekat di hati semua.
Seluruh negara bersedih dan memanjatkan doa buat arwah yang ditidurkan dan berada dalam keadaan koma sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Pemergianmu Siti Sarah Meninggalkan Banyak Kesedaran
Malah pemergian arwah Siti Sarah juga menemui Sang Pencipta sebenarnya adalah secebis kisah besarnya pengorbanan dan jihad seorang ibu ketika hamil dan melahirkan anak, yang kita sering terlepas pandang.
Rakan selebriti yang rapat dengannya, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina juga turut berduka dan akui pemergian sahabatnya itu memberi pelbagai kesedaran pada dirinya dan juga sahabat-sahabat lain.
Kenangan Kak Lina bersama arwah Siti Sarah.
“Bersama kita titipkan doa buat mereka yg telah pergi buat selamanya dan sangat di rindui.
“Pemergianmu meninggalkan banyak kesedaran, sedar menghargai kasih sayang suami, isteri dan anak-anak.
“Sedar melakukan banyak kebaikan. Sedar agar sentiasa berbuat baik sesama manusia. Sedar agar tidak mencari musuh. Sedar agar tidak menjadi kaki gaduh. Sedar yang Allah itu Maha Kaya dan yang kita ni bukan siapa-siapa,” luah Elly menerusi perkongsian di entri akaun Instagramnya.
Elly Hadapi Masalah Pada Bahagian Belakang Badan
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Elly yang sedang sarat hamil enam bulan memberitahu dia mempunyai masalah pada bahagian belakang badan.
“Untuk kesayangan semua, Kak Lina (panggilan untuk diri sendiri) sihat, cuma Kak Lina ada masalah bahagian belakang. Syukur, sekarang sudah boleh gerakkan badan.
“Sekejap lagi doktor akan lakukan pemeriksaan tulang belakang. Tadi buat pemeriksaan bayi Megat (bayi dalam kandungan). Alhamdulilah baby sihat (enam bulan),” tulisnya.
Terbaru Elly berterima kasih buat mereka yang bertanya khabar dan mengambil berat tentang dirinya.
“Terima kasih buat yang DM,whatsapp, call bertanya keadaan Kak Lina. Terima kasih ambil berat.
“Alhamdulillah kak lina da boleh bergerak dan berjalan sendiri walaupun agak perlahan . Tapi syukur semuanya baik-baik saja. Baby pun sihat Alhamdulillah. Baby dah 6 bulan. Doakn kak lina ya,” kongsi Elly.
Pertengahan bulan Ogos ini Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menyambut ulangtahun perkahwinan mereka. Diam tak diam sudah hampir 14 tahun usia perkahwinan pasangan paling popular di Malaysia ini. Apakah rahsia dan tip dalam memastikan hubungan rumah tangga kekal bahagia yang diamalkan oleh Siti dan suaminya?
Jelas Siti, bagi mencapai bahagia dalam perkahwinan itu perlukan sokongan satu sama lain.
“Saya bukannya orang yang betul-betul boleh bagi nasihat kerana ada pasangan yang lebih lama lagi daripada saya dan suami. Kebetulan bulan ini adalah anniversary perkahwinan kami, jadi saya kongsi sikit sahaja apa yang boleh.
“Suami-isteri kena sokong satu sama lain. Jadi kalau suami tidak sokong isteri, susah juga kan? Begitu juga kalau nak cantik pun suami kena sokong. Jadi suami saya sangat-sangat ‘supportive’ daripada segi karier, dari segi bisnes dan dari segi kecantikan saya juga. Malah saya banyak belajar daripada Datuk K.
“Dia seorang lelaki yang sangat berdisiplin dari segi menjaga kesihatan dan menjaga penampilan. Datuk K sangat suka melihat penampilan saya yang cantik.”
Disebabkan itu jugalah atas saranan Datuk K, penyanyi tersohor tanah air ini jika ada masa akan mengunjungi pusat kecantikan bagi memastikan tubuhnya mendapat penjagaan rapi terutamanya setelah melahirkan anak.
Siti Nurhaliza bersama CEO Beauty & Co, Yap Yann Fang
Penghibur nombor satu negara ini sentiasa sibuk dengan aktiviti seharian yang melibatkan karier dalam bidang seni, bisnes serta urusan rumah tangga. Cabaran yang dihadapinya juga banyak.
Bagaimana dia dapat memastikan dirinya sentiasa gembira selalu?
Jelas Siti, berbuat baik terhadap sesama insan itu amat digalakkan oleh setiap agama.
“Tidak kiralah apa sahaja pegangan agama seseorang itu, kita selalu disuruh berbuat bagi. Jadi saya selalu amalkan untuk berfikiran positif. Mengeluarkan kata-kata positif itu juga perlu. Malah kalau kita berjumpa dengan orang lain, kita bagi senyuman. Ini kerana bila kita senyum, energy positif akan dapat pada orang lain.
“Memang kadang-kadang saya terkejar-kejar. Ada ketikanya apabila saya rasa stress, saya akan cakap pada diri, ‘It’s ok Siti, relaks’. Sebenarnya saya selalu bercakap dengan diri saya kerana self talk itu sangat bagus itu diri kita.
“Bercakap dengan diri itu bermakna kita selalu pujuk dan puji diri kita. Dengan cara itu jika ada problem kita akan dapat cari jalan penyelesaian.”
Terdahulu, Siti hadir di majlis pembukaan Pusat Penjagaan dan Kesihatan Beauty & Co di pusat membeli -belah terkemuka, The Garden, Kuala Lumpur.
Dalam dunia penuh spekulasi dan tumpuan media, pelakon dan penyanyi Bella Astillah memilih untuk kekal tenang. Meskipun timbul dakwaan yang mengatakan dirinya telah bertunang dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Bella enggan mengulas lanjut.
Menurut Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, tiada apa yang boleh dikongsikan kerana ketika ini fokusnya adalah untuk membesarkan anak-anak.
“Astagfirullahalazim. Ketika ini fokus saya pada anak-anak dahulu. Kalau ada apa-apa, saya akan bagitahu nanti,” ujarnya ringkas namun tegas.
Bagi Bella, keutamaan kini bukanlah untuk menjawab spekulasi, tetapi memastikan anak-anaknya membesar dalam suasana yang stabil dan penuh kasih sayang. Pendiriannya mencerminkan kekuatan seorang wanita berdikari tidak mudah goyah dengan pandangan luar, dan sentiasa mendahulukan keluarga.
Senada dengan Bella, Syed Saddiq turut menyatakan mereka memilih untuk menjaga hal peribadi secara tertutup demi menjaga fokus dan tanggungjawab masing-masing.
“Perkara peribadi biar kekal begitu. Kita juga ada tanggungjawab masing-masing,” katanya ketika ditemui di program Road Tour Skor A+ SPM 2025 anjuran PTTI di Shah Alam baru-baru ini.
Nama mereka berdua sebelum ini sering menjadi perhatian netizen kerana kerap berkongsi momen mesra di media sosial. Namun, sejauh mana hubungan itu kekal menjadi persoalan kerana tiada kenyataan rasmi yang dibuat.
Apa yang jelas, Bella hari ini tampil sebagai seorang ibu yang tabah dan matang. Dia tahu apa yang lebih penting dalam fasa hidupnya kini, membesarkan anak-anak dengan penuh kasih, menjaga kesejahteraan diri, dan meneruskan kerjaya seni dengan penuh komitmen.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.