Tidak mudah sebenarnya untuk berubah dan berusaha istiqamah melakukan perintahNya. Banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui dan ditempuhi dalam penghijrahan ini.
Keputusan untuk berhijab sejurus pulang daripada menunaikan umrah di Tanah suci ternyata bukan perkara dan sesuatu yang mudah buat pelakon, pengacara dan selebriti Lisa Surihani,33.
Lisa turut akui, dirinya masih belajar, terus mencuba dan masih mencari hidayah. Perjalanan spiritual dirinya amat peribadi untuk dikongsikan, malah mengharapkan hatinya terus teguh dan kekal istoqamah.
“Sebab disebalik mengapa saya pakai (tudung) amat peribadi.Bukan satu keputusan semalaman, ia a long journey. Very long journey”
“Saya tak begitu gemar dengan imej ‘new look’ kerana ia menghadkan definisi hijab kepada aspek pemakaian sahaja. Bila definsi hijab lebih luas konteksnya.Saya masih berdoa dan tak nak cakap dah jumpa hidayah ataupun mengumumkannya. Saya masih mencari hidayah itu dan doakan agar lebih istiqamah,” jelas Lisa.
Ads
Ia Tak Mudah
“Sampai sekarang ni pun, macam ada zat-zat atau anasir-anasir yang macam seolah-olah membolak-balikkan hati. It is not easy sebenarnya bila kita lalui semua itu.It is not easy. Dan saya minta doa diteguhkan hati. Sebab it is not easy.Kadang-kadang ada statement, judgement ada juga doubt. Kata-kata “lama ke pakai ni”. Padahal kita masih mencuba. Dan tak pulak saya meletakkan janji yang tinggi. Im just trying,” ujar Lisa.
Peluang Untuk Belajar & Perbaiki Disiplin Pengacaraan
Sekian lama tidak mengacara, bagi Lisa menjadi hos dan mengendalikan ‘Tanya Dr Imelda’ memberi peluang padanya untuk belajar perkara-perkara berkaitan kesihatan wanita sekaligus memperbaiki disiplin pengacaraan.
“Saya dah lama tak buat pengacaraan, since pregnant Leo. Saya macam nak cuba memperbaiki disiplin pengacaraan. Sebab saya pernah mengacara lepas. Tapi bila kita tak buat sesuatu lama, lama-lama macam berkarat. Jadi Lisa cuba untuk smoothen the skill untuk mengacara semula. Sebab sebagai personaliti saya nak cuba memperbaiki articulation saya. Saya bila bab-bab tawaran ni, saya buat sebab dengan niat nak belajar, selain mencari rezeki.
“Saya anggap ia peluang untuk belajar.Saya sedang mengacara satu rancangan penting untuk kaum wanita terutamanya. Ia penting untuk meningkatkan kesedaran. Usaha yang patut diambil bila tak pasti dengan sesuatu perkara, bertanya dengan orang yang pakar”
Ads
“Saya menjadi hos,seolah-olah mewakili mereka yang bertanya. Peranan saya, saya menjadi pengantara atau ‘jambatan’ diantara mereka yang bertanya bersama doktor,” ujar Lisa.
Lisa Surihani bersama Prof Dr Imelda
‘Tanya Doktor Imelda’
Berita baik buat para wanita dan golongan mak-mak untuk menambah ilmu kesihatan kewanitaan, boleh menyaksikan doktor kesayangan ramai ini di kaca tv bermula 4 Julai nanti secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121) dalam rancangan ‘Tanya Doktor Imelda’.
‘Tanya Doktor Imelda’ ialah sebuah rancangan bual bicara khusus buat golongan wanita terbitan Astro Prima dengan kerjasama strategik bersama pihak Ideaktiv menerusi Mingguan Wanita.
Ads
Rancangan ini dihoskan oleh selebriti popular Lisa Surihani, mengetengahkan perkongsian menarik merangkumi kupasan komprehensif mengenai isu-isu semasa berkaitan kesihatan wanita. Bersiaran selama 1 jam, setiap Khamis jam 9 malam.
Antara topik-topik menarik yang bakal dikupas selama 9 episod bersiaran ialah:
1. Berpantang Selepas Bersalin
2. Keguguran
3. Bersenam semasa hamil dan selepas bersalin
4. Fibroid & Cyst
5. Kanser Dalaman Wanita
6. Penjagaan dan Kesihatan Payudara
7.Kaedah Perancang Keluarga
8.Keputihan dan masalah haid
9. Persediaan untuk kehamilan dan diabetis semasa hamil.
Jadi jangan lepaskan peluang menyaksikan Tanya Dr. Imelda yang akan mula ditayangkan pada 4 Julai ini, setiap Khamis jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Ada keraguan dalam kesihatan? Iya! Jadi mak-mak ni memang paling banyak keraguaan. Benda boleh tanya buat apa nak simpankan? Saksikan Tanyalah Dr Imelda mulai 4 Julai 2019 jam 9 malam hanya di Astro Prima 105 & Prima Hd 121.www.mingguanwanita.my#tanyadrimelda#mingguanwanita #temansetiapwanita #mingguanwanitatalkshow #mingguanwanitatv #astro #astroprima105 #astroprimahd121
Tanggal 22 November 2022 pastinya meninggalkan kenangan manis buat adik Adib Amsyar ini apabila meningkat dewasa nanti apatah lagi berpeluang dipeluk dan dicium sendiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sewaktu kecil.
Reaksi Spontan Raja Permaisuri Agong
Dalam video pendek yang dikongsikan di TikTok ini, keletah spontan Raja Permaisuri Agong cukup mencuit hati.Berpenampilan manis berbaju kurung dalam persalinan rona merah cili, baginda secara spontan duduk mencangkung meluangkan masa memeluk dan mencium adik Adib Amsyar ini yang sungguh comel.
Syukur ke hadrat ilahi untuk rezeki dan peluang ini.Semoga apa yang diberikan ini mendapat redha Allah SWT.
Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu.
Disamping itu, baginda juga sempat melambai mesra adik Adib Amsyar di dalam lif, sebelum beredar dan meninggalkan lokasi.
Terharu Jiwa Keibuan Raja Permaisuri Agong
Ramai yang terharu dengan jiwa keibuan dan jiwa rakyat baginda, malah tumpang gembira dengan momen manis sebegini.
Kalau dah rezeki tidak ke mana.Rezeki tidak pernah tersalah alamat.Bertuah penyanyi dari seberang ini, meraikan kegembiraan berganda pada bulan kelahirannya baru-baru ini.
Penyanyi Indonesia, Rosa Roslaina Handiyani, 40, atau Rossa yang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) menyifatkan penganugerahan itu sebagai hadiah terindah sempena ulang tahun kelahirannya pada 9 Oktober lalu.
Penyanyi itu antara 19 penerima darjah SSAP yang membawa gelaran Dato Sri dalam Istiadat Majlis Pengurniaan Pingat dan dan Darjah Kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, semalam.
Beliau berkata, penganugerahan pingat itu akan menjadi pemangkin dalam karier seninya di industri muzik serantau.
“Mungkin 2018 adalah tahun bertuah saya, bulan lalu saya menerima Anugerah Khas dalam Anugerah Planet Muzik (APM2018) dan pingat ini adalah hadiah hari lahir terbaik serta satu penghargaan yang tidak terhingga sepanjang 21 tahun berkecimpung dalam industri seni.
“Penganugerahan ini juga memberi saya tanggungjawab yang lebih besar dalam memartabatkan lagi arena muzik serantau kerana industri muzik Malaysia dan Indonesia saling mendukung antara satu sama lain,” katanya.
Beliau berkata, buat masa ini beliau masih mempromosikan albumnya ‘A New Chapter’ dan lagu duet terbaru bersama D’Masiv, Bukan Maksudku.
Rossa berasal dari Sumedang, Indonesia mula aktif dalam bidang nyanyian pada 1995 dan menempa nama di negara ini dengan lagu-lagu seperti ‘Atas Nama Cinta’, ‘Ayat-Ayat Cinta’, ‘Hati Yang Kau Sakiti’ dan ‘Aku Bukanlah Untukmu’.
Pada istiadat itu, seramai 76 individu menerima pingat dan darjah kebesaran dalam majlis yang berlangsung di Istana Abu Bakar.Daripada jumlah itu, seramai 19 individu dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Dato Seri.Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Sementara itu, didalam Instagram penyanyi ini, Rossa berkongsi rasa bangga sebagai orang Indonesia yang dianugerahkan dengan darjah kebesaran Dato Seri tersebut, serta mengharapkan agar persaudaraan antara dua negara (Malaysia dan Indonesia) selalu kukuh dan erat.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Dato Sri Rossa atas penganugerahan yang diterima.Semoga kerjasama industri muzik Malaysia dan Indonesia yang terjalin semakin erat dan berjaya.
Bukan mudah untuk berpisah selamanya dengan suami yang kita cintai. Lebih sedih pemergiannya secara mengejut. Suami yang sihat tiba-tiba meninggalkan kita dan anak-anak tanpa pesan.
Inilah yang berlaku kepada Rokitah Jusoh. Sama sekali Rokitah tidak menduga. Niat suami yang membawanya bersiar-siar melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 dan keluar di susur Durian Mentagau, Dungun selepas menghantar anak balik ke asrama berakhir dengan tragedi pahit.
Pertembungan dengan sebuah kereta yang dipandu seorang pemuda yang berada di bawah pengaruh dadah dan menaiki kenderaan curi mengakibatkan suaminya, Mohd Jefri bin Ibrahim, 44 maut sehari selepas kemalangan sekali gus menjadikan sambutan hari raya tahun lalu bagi keluarganya dipenuhi dengan kesedihan.
Ciuman Terakhir
Lebih menyayat hati, dengan tulang pinggul patah, diikuti bahu, kedua belah tangan dan lain-lain kecederaan, Rokitah disorong menaiki troli bagi membolehkan dirinya mencium arwah suami buat kali terakhir di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kala umat Islam berpuasa pada hari ke-14.
Jelasnya, tarikh 18 Jun 2016, akan terus melekat dalam memorinya sampai bila-bila. Pada tarikh itulah kemalangan berlaku dan arwah suaminya maut sehari kemudian. Dia perlu menjalani fisioterapi.
“Saya minta katil kami dirapatkan. Dengan tulang pinggul patah selain bahu dan tangan, saya cium arwah suami buat kali terakhir. Saya berkeras mahu menatap wajahnya kerana saya tahu, ini saja peluang terakhir bertemunya.
“Kami hidup bersama hampir 20 tahun lamanya dan sama-sama membina impian ke alam syurga tapi kerana kecuaian orang lain, keindahan dunia ini terhenti,” luah Rokitah Jusoh.
Sebelum kemalangan, kata Rokitah, dia nampak kereta dari arah hadapan dipandu terhoyong-hayang. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan dan memasuki laluan orang lain.
Saya tepuk peha suami untuk suami mengelak tetapi mungkin ketika itu malaikat maut sudah menanti setia di sisinya.
“Hentaman kuat itu mengakibatkan hati suami pecah selain paru-parunya parah tertusuk tulang rusuk. Doktor juga sempat mengeluarkan darah beku sebanyak dua kilo dari perutnya.
“Saya pula alami lima kecederaan termasuk patah kedua belah tangan, patah tulang bahu selain patah tulang pinggul. Lebih sebulan saya dirawat di hospital dan terlantar di katil berbulan lamanya.
“Paling tidak dilupakan, semasa menghantar anak ke asrama, suami, suami sempat memeluk anaknya dan berpesan belajar baik-baik. Memang sedih kerana suami meninggal akibat kecuaian orang lain,” kata ibu kepada empat anak ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...