
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun baru-baru ini mula mencuri perhatian warganet. Mereka memperkatakan tentang penampilan terbaru Datuk Seri Rina Harun yang semakin cantik, kurus dan muda.
Menteri yang berusia 47 tahun ini terlihat lebih berkarisma. Malah, ramai yang berasa kagum dengan kejelitaannya yang semakin terserlah.
Ada juga di kalangan warganet yang mahu tahu rahsia Datuk Seri Rina langsing berbanding sebelumnya. Berbeza sekali penampilannya dengan dua tahun lalu.
Rina Harun Trending Di Twitter
Carian nama Datuk Rina Harun juga menjadi trending di Twitter. Dan perubahan beliau sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada warganet untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih ideal.
Haa.. mak-mak yang sedang dalam usaha nak kembali langsing itu bolehlah ambil inspirasi daripada gambar Datuk Seri Rina ini.
Siapa kata tak boleh kembali langsing macam zaman anak dara kan. Cuma kenalah ikut step dan tip berdiet dengan betul. Banyak saja tip-tip berdiet yang ada dikongsikan oleh coach kesihatan.
Malah Mingguan Wanita pernah kongsikan tip-tip kurus di sini :
- Diet intermitten fasting, rehatkan usus perut dalam 12 ke 14 jam, bantu hilang lebih banyak kilo.
- 39 tip makan nasi secara eat clean, kata Coach ini cara turun berat paling sukses
- Doktor ini kongsi tip diet untuk orang yang tak boleh berpisah dengan nasi.
- 20 tip turun berat dengan menu diet suku-suku separuh, 8 bulan wanita ini dah hilang 40kg.
Bila badan dah kurus dan langsing, nak bergerak ke sana ke mari pun laju je. Rajin je terasa. Semoga kisah Datuk Seri Rina ini dapat jadi semangat pada mak-mak yang sedang berusaha untuk kembali langsing ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Diajukan Soalan “Anak Dah Besar Tambahlah Lagi Sorang,” Ini Jawapan DIANA DANIELLE

Tak dinafikan soalan berkaitan ‘anak’ seringkali diajukan selepas pasangan mendirikan rumahtangga. Seperti bila nak dapat anak, jumlah bilangan anak, bila nak tambah anak dan sebagainya.
Selebriti Diana Danielle Beeson,30 juga menerima ‘tempias’ soalan sebegini dan ternyata ibu kepada dua orang cahaya mata ini mempunyai jawapan serta pendiriannya yang tersendiri.
Pelakon filem ‘Hanyut’ ini ada menjelaskan dalam perkongsian di Instagram beliau baru-baru ini.
Anak-Anak Masih Perlukan Bimbingan
Bagi Diana, meskipun anak-anaknya secara luaran semakin membesar namun, fasa peringkat ini masih perlukan bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan perhatian daripadanya selalu.
“Anak dah besar tambah la lagi sorang”
“Yes betul anak yang kedua pun dah 6 tahun, tapi bagi D nilah usia diorang perlukan bimbingan dan input setiap masa sebelum melangkah ke fasa remaja. “
“Nampak saja “besar” tapi masih nak pelukan, nak manja, nak kita explore dan explain soalan-soalan yg makin rumit, makin “deep”. Curiosity mencanak, personaliti makin terbentuk, makin pandai counter point kita, makin nak berkawan dan mengenali dunia luar.”jelasnya.
Ikut Kemampuan Diri
Bukan itu sahaja, Diana juga menganggap mempunyai anak adalah satu amanah yang perlu dijaga sebaiknya dan untuk tambah anak juga memerlukan kemampuan dari segala aspek seperti mental, emosi dan masa dan bukan kewangan semata-mata.
“D tak nampak itu sebab untuk tambah dan tambah. Sorang pun dah amanah seumur hidup. So kita ikut pada kemampuan yang bukan hanya dari segi duit tapi mental, emosi dan masa.”
“The right time will come if and when we feel it should happen. Working moms lagi la fikir lebih. Tak nak baby baru membesar dengan orang gaji, dengan cikgu taska saja.”
Bagi pelakon ini lagi, dia mahu menjadi mak ayah yang boleh menjadi sumber rujukan dan tunjuk ajar buat anak-anaknya.
“That’s not why we want to have kids.. I want to be the parent, I want to be their guide and point of reference. Till now – i’ve got a lot more parenting to do. Even with myself Share your thoughts
Begitulah pendirian dan jawapan selebriti ini apabila diajukan soalan mengenai ‘tambah anak’. Diana Danielle mendirikan rumahtangga dengan pelakon Farid Kamil pada 2012. Pasangan bahagia ini dikurniakan dua orang cahayamata Muhammad,8 dan Nur Aurora,6.
Baca Lagi Di Sini:
Farid Kamil Dimata Diana Danielle, Miliki Hati Yang Lembut, Suami & Ayah Yang Terbaik!
Ini 8 Perkara Yang Mak Ayah Kena Pertimbangkan Dulu Sebelum Rancang Nak Tambah Anak
“Bersalin Tapi Serahkan Urusan Anak Pada Orang Tua.” Tanda Anda Belum Layak Tambah Zuriat
Mingguan Wanita:Ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Diana Danielle ini. Anak merupakan satu amanah. Soal tambah anak perlu mengikut pada kemampuan yang bukan hanya dari segi duit tapi mental, emosi dan masa.
Sumber: Instagram Diana Danielle
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
11 Tahun Usia Perkahwinan, Diana Danielle & Farid Kamil Sah Bercerai Talak Satu

Ajal jodoh merupakan ketentuan tuhan. Kemelut rumahtangga selebriti Diana Danielle, 32, dan Farid Kamil, 42, menemui noktahnya apabila pasangan ini sah bercerai talak satu pada jam 3.22 petang tadi, setelah 11 tahun melalui usia perkahwinan.
Lafaz Talak Secara Dalam Talian
Prosiding dilakukan secara dalam talian (online) iaitu menerusi aplikasi Google Meet dalam dewan bicara Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini berikutan Farid tidak hadir di mahkamah kerana masih tidak sihat akibat pasca Covid-19.
Lafaz cerai secara dalam talian ini turut didengari oleh Hakim Syarie Shukran Yusof. Shukran mulanya bertanya Diana sama ada dia suci hari ini dan setuju kes diteruskan dalam talian.
Apabila Diana menyatakan persetujuan, aplikasi talian dibuka dan Hakim kemudian bertanya kepada Farid pula untuk persetujuan. Pertanyaan ini dijawab oleh Farid dengan persetujuan untuk bercerai.
“Bahawa saya Farid Kamil Zahari menceraikan Diana Danielle Danny Beeson dengan talak satu,” katanya.
Diana kelihatan tenang mendengar lafaz cerai ini. Hakim Syarie kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Diana (defendan) menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian selain sijil nikah dibatalkan.
Terdahulu, Diana sebelum ini mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri, antara alasannya untuk bercerai dengan Farid.
Diana Failkan Permohonan Cerai
Permohonan cerai tersebut difailkan Diana atau nama sebenarnya Diana pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Dalam prosiding sebelum ini, Jawatankuasa Pendamai (JKP) menyatakan menemui pendamaian, Farid tetap dengan pendirian enggan melafazkan cerai terhadap isterinya.
Laporan JKP turut menyatakan Diana selaku plaintif nekad untuk bercerai kerana mendakwa sudah tiada persefahaman manakala Farid tetap dengan pendirian enggan berpisah kerana masih menyayangi keluarga.
Semasa prosiding, Farid diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala Diana diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader.
Pada prosiding lalu, hakim syarie sama telah menasihatkan Farid dan Diana untuk berdamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Mesti Baca:Farid Kamil Cuba Curi Hati “Bunga Ini Nak Beri Kepada Diana Danielle Sebagai Tanda Pendamaian Pertama”
Baca Lagi Di Sini:Diana Danielle Fail Perceraian, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak Di Mahkamah
Mingguan Wanita: 11 tahun usia perkahwinan berakhir dengan penceraian. Semoga pasangan ini dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik demi kepentingan anak-anak.
Sumber: Hmetro
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
‘Tengok Katil Sebelah, Ada Suami Datang Sembang’ Sebaknya, Bila Bersalin Sendirian

Bukan semua wanita hamil itu beruntung dapat melahirkan dengan ditemani suami. Biar pun tidak berada di dalam bilik bersalin, ada suami di sisi untuk menenangkan dengan iringan doa dan sentuhan pelega resah.
Ada wanita hamil yang perlu melalui saat bersalin sendirian. Malah, menempuh tempoh berpantang juga tanpa suami untuk membantunya. Sebagaimana yang dikongsikan Sabiha Biey ini, ketika mengandungkan dan bersalinkan anak keduanya, dia terpaksa PJJ (perhubungan jarak juah) dengan suaminya.
Suami di Singapura, cuma voice call saja jadi penghubung mereka dan anak-anak. Sungguh, pengalaman bersalin itu tidak mudah dan memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi dari seorang isteri.
Bersalin Sendirian, Tidak Ada Suami Menemani..
Assalammualaikum,
Hari ini (ketika perkongsian ini bertarikh 16 March 2021) genap setahun kami berjauhan dan tak berjumpa lagi. Anak sulung saya berusia 4 tahun dan anak kedua saya berusia 4 bulan. Ini kisah saat-saat saya melahirkan anak kedua sampai emergency caeser.
Memori tak mungkin aku lupakan.
Tahun 2020.
Check in wad sebab dah buka jalan tapi masih belum 5cm. Sepanjang berhari-hari dalam wad aku berjalan je walaupun sakit tak kerap lagi. Punya nak hilangkan sakit dan niat kat hati bagi cepat sikit. Memang jarang takde kat katil. Dan memang keje duk tawaf je sambil usap perut doa banyak-banyak “Ya Allah kau permudahkanlah dan kau akhirinya dengan baik” hmm still tawaf lagi.
Pagi-pagi check jalan masih 3cm tu pun dah buat S&S 2 kali plan doc punya. Baru 3 cm air pun tak turun lagi. Tetap tak putus asa still berjalan je. Hari-hari waktu melawat, ada suami kawan-kawan datang. Aku pandang je sambil senyum. Yang tersimpan dalam hati tiada siapa yang tahu melainkan Allah.
Hanya kakak je yang datang hantar makanan. Itu pun mula je guard bagi masuk, hari kedua memang makanan dan pakaian hanya bagi pada guard. Guard bagi kepada aku. Sebak nak menitis air mata tengok suami kawan-kawan ada datang sembang-sembang dengan isteri masing-masing.
Usap perut sambil dalam hati berkata sabar.. sabar.. positif.. Aku tau kalau suami aku ada pun mesti dia awal-awal dah datang. Macam masa anak first dulu sanggup dia tidur dalam kereta kat parking bawah. Tapi sedih aku kejap je. Aku bukan jenis suka sedih lelama pastu positif balik.
Mengandung Anak Kedua, PJJ Dengan Suami
Dari start mengandung anak yang kedua ni PJJ dengan suami. Suami di Singapura, aku di Johor Bahru. Segala urusan aku uruskan sendiri ke hulu ke hilir. Aku memang suka berdikari tanpa menyusahkan sesiapa.
Walaupun hanya laut memisahkan kami,
Tapi kasih sayang kami tak pernah pudar. Saling mengingati antara satu sama lain. Dan saling video call tanya khabar.
Mula-mula anak first tu macam janggal sikit bila ayah dia tak balik-balik. Tapi hari-hari aku ingatkan dia ayah work cari duit nak beli susu baju kakak. Lama-lama dia mula faham. Sampai dia sarung baju ayah dia. Tunggu ayah depan pagar rumah. Setia menanti kepulangan ayah tersayang.
Pepagi dah buat CTG, kul 7 baru check jalan lagi still 3cm nak masuk 4cm. Dengan harapan aku masa tu cepatlah 5cm.
Pastu tengahari tu dia check lagi baru 4cm.Dan doc kata, “saya masukkan nama awak dalam list labour room, tak petang karang.. malam. Awak terus tolak ke bawah eh. Kita pecahkan air ketuban kat bawah je.”
Aku pun senyum je dan aku tak peduli dah dengan kesakitan. Apa yang penting nak cepat keluar je. Masa petang tu, aku dah siap mandi makan semua buat apa yang patut. Tak lama tu ada dah nurse datang bawa wheelchair.
“Puan saya nak tolak puan ke bawah ni.. boleh dah nak call suami bagi tau suruh turun labour room.”
“Suami saya takde. Dia masih di Singapura nurse.”
“Takpela puan nanti kami maklumkan waris yang terdekat.”
Aku pun wasap suami, kakak cakap nak turun labour room dah. Doakan untuk aku ye. Masa dia nak tolak tu aku nak menitis air mata sekejap menahan sebak.
Kuat Semangat Awak!
Nurse yang tolak aku kat labour room tu kata sian awak dari mengandung lagi sampai sekarang PJJ dengan suami. “Kalau saya tak sekuat awak.. sangat kuat semangat awak hadapi semua ni.” Aku hanya membalas senyuman.
Sampai je labour room aku pun baring. Doc pecahkan air ketuban dia pun kata, “Puan saya pecahkan air ketuban ni tau.. puan anak yang first ke?”
“Tak lah, anak no 2 dah ni.”
“Oh! ok puan ada pengalaman la ni.” Aku pun senyum lagi.
Lepas dia pecahkan air ketuban beberapa minit kemudian dia check baru 6cm masa masuk tu kul 6 petang. Dari 6 petang nak masuk 9 malam masih 6cm. Aku pun kata dulu anak first masuk ubat drip doc pun kata kejap lagi pun saya akan bagi ubat drip kat puan (ubat tulaa paling menyengat) nasiblah dah tau camna nak lawan sakit.
Sambil sakit tu aku duk borak la ngan sister, nurse doc doc. Padahal tengah sakit tu.
Nak dekat pukul 12 check lagi baru 6cm lagi. Doc labour room, doc siti pun berbual dengan aku. Sebab dia tau aku dari Johor Bahru.
Dia pun kata, “Puan suami memang kat Singapura la ye dari PKP aritu ye puan.”
“Aah doc..”
“Kesiannya puan, puan dengan anak sulung perempuan jela yee.”
“Aah doc..”
“Kuat semangat puan, berdua je dengan anak..” Doc pun kata, saya tengok puan tenang je bagus puan ni.
Terbayangkan Wajah Suami Dan Anak Sulung
Sister pun datang. Aku pun kata dekat doc & sister.
“Saya terbayangkan wajah suami saya dan anak perempuan sulung sayalah kat depan dinding ni. Tu yang buat saya kuat semangat ni.”
Sister kata kuat semangat ye puan, macam-macam la berbual dengan sister masa tu padahal yang kat bawah ni menyengat-nyengat sangat dah.
Tpi aku pulak malas layan sangat sakit masa tu. Bilik lain semua menjerit-jerit. Aku pun tanya sister bilik yang jerit tu dah bersalin ye sister? Sister pun kata taklah. Tengah tahan sakit tu. Tu menjerit menangis-nangis tu.
Aku pun suh doc check baru nak 6cm je. Makanya jam nak dekat kul 2 pagi. Aku kata hausnya nurse, doc. Puan takleh minum ye takut emergency caeser. Aku pun dah terketar sebab lama dalam labour room. Aku pulak bukan jenis tahan sejuk… banyak kali suruh doc & nurse kalau dah check aku selimut balik aku.
Doc pun keluar dia kata kat nurse, “Eh! bilik no. 10 tu tenang je tak menjerit-jerit. Padahal contraction banyak kali dah tu. Tapi baby duk tepi saya tolak still nak duk tepi.” Aku pun kata, “Saya dah penat dah takde tenaga dah ni kalau nak teran pun… jalan masih 6cm.”
Doc masuk balik check-check pun sama. Baby duk tepi. Last doc kata, “Puan terpaksa emergency caeser ni puan.”
Aku pun kata, “Caeser pun caeser la doc. Saya betul dah penat ni.”
Akhirnya Terpaksa Dibedah Juga
Doc terus call doc bilik bedah untuk emergency caeser. Dan doc lain pun datang kat aku bagi borang terangkan aku komplikasi bila operation. Aku dengan hati yang tenang ambil pen tangan terketar sebab dah sejuk aku pun sign. Doc nak call suami nak maklumkan tak dapat, yang dapat call kakak aku je.
Doc bagi tau aku terpaksa emergency caeser. Rasa mencucuk 6cm tu dah macam 9cm macam masa bersalin ke kakak dia ni dulu. Masa dia tukar baju nak tolak aku ke bilik bedah aku kata, “Ya Allah kau permudahkanlah untukku”
Sampai depan pintu bilik bedah doc interview lagi. Macam-macam soalan tanya. Dia bagi pen suruh sign lagi sekali. Aku sign (dalam hati cepat laa bagi bius selagi tu mencucuk tak hilang rasa). Sampai bilik bedah doc bedah doc Ashraf terus angkat aku pindah katil lain lepas tu cucuk bius separuh epidural dekat aku. Lepas tu aku pun baring beberapa minit kemudian rasa kebas datang. Ada doc sorang tu kata puan saya nak cucuk kat bahu ni. Aku pun kata dengan mamai “Cucuk laa nak cucuk mana-mana pun.”
Tak lama 3.16 am keluar la seketui baby boy. Dia tunjuk kat aku boy atau girl. Ni puan boy aku kata.Dah siap jahit semua. Dia bawak keluar aku. Aku dah muntah, mata pandang syiling berpusing-pusing je. Lama juga mabuk tu.
Sedang elok nak Subuh tu dia tolak naik wad. Kakak aku pun datang Subuh tu ambil uri, hantar aku makanan. Dapatlah cakap dengan suami pagi tu call dia. Masa tu mamai lagi ntah la apa yang aku cakap. Yang aku dengar suami aku macam sebak nak nangis aku cerita detik-detik cemas kena emergency caeser.
Semoga Jadi Anak Soleh..
Pengalaman normal/Ceaser……2017/2020
Syukur lahirlah anakanda ibu, Aqil Farrel Zayyan Bin Nor azahar. Semoga anak ibu sentiasa sihat. Semoga jadi anak yang soleh buat ibu dan ayah. Ayah, ibu kakak sayang adik. Suka kakak bila dapat adik. Ibu kata, “ni la kawan kakak nanti kat rumah. Suka sangat dia.. 3 tahun dia sorang je.”
Semoga semua ni jadi kenangan dan pengalaman buat ibu. Ibu kuat kerana kakak walaupun ayah jauh dengan kita. Kakaklah pengganti ayah. Semoga di sebalik kesabaran ibu ni nanti Allah satukan kembali keluarga kecil kami.
Tahun 2020 begitu hebat ujian dariNya untuk ibu. Alhamdulillah ibu mampu hadapinya.
Walaupun kami jauh hati kami tak pernah jauh.
17 Mac 2020
17 Mac 2021
MW : Sesungguhnya ibu ini tabah melahirkan, biarpun tidak ada suami di sisi menemani sepanjang mengandung hingga melahirkan. Sememangnya pandemik ini banyak menguji kita untuk menjadi lebih kuat dan tabah.
Sumber/Foto : Sabiha Biey
Dari lauk berpantang, juadah berbuka puasa ganti, suami ini rajin masakkan.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke :
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-tak-susah-pun-buat-duit-kencang-bisnes-di-shopee/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!