Kecur air liur bila tengok somtam mangga ni. Biasa kita dengar somtam betik je, makanan yang cukup popular di negara Thailand dan Kelantan. Ratah saja pun sedap.
Tapi, kalau mak-mak tak ada selera nak makan nasi, bolehlah masukkan somtan mangga ini dalam menu. Boleh bangkitkan selera dan kecur air liur dibuatnya.
Cara nak buat pun tidaklah terlalu sukar dan kalau kebetulan musim mangga buat somtam mangga ini. Fuh! Sedap sangat ni.
Nak tahu bahan yang digunakan mudah dan senang nak buatnya. Boleh ikut cara perkongsian daripada Ameera ini.
Pucuk ubi antara sayur kampung yang memang sedap dicicah dengan sambal belacan. Banyak khasiatnya apabila dijadikan ulaman. Masalah yang sering dialami ketika merebus pucuk ubi ialah warnanya akan kelihatan lebam dan berbirat.
Sebenarnya ada cara dan bahan ‘rahsia’ yang perlu diletakkan di dalam rebusan pucuk ubi. Hasilnya barulah pucuk ubi yang direbus kelihatan elok cantik kehijauan dan lembut. Boleh ikut cara rebuspucuk ubi supaya lembut dan warna cantik kehijauan seperti yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun ini.
Pucuk Ubi Kalau Rebus Nak Bagi Cantik & Nampak Hijau
Bahan-Bahan:
Pucuk ubi
Garam kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda (bahan rahsia)
Tambah Bahan ‘Rahsia’ Ini
Cara rebus pucuk ubi:
Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.
2. Bilas kemudian toskan.
3. Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda
4. Masukkan pucuk ubi tadi.
5. Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.
6. Kemudian toskan. Insya Allah pucuk ubi warna kehijauan dan lembut.
Setiap orang ada cara berbeza untuk buat talam suji. Tapi bagi yang tak pernah rasa, bolehlah mencubanya. Cara nak buat mudah.
Perkongsian daripada Siti Hazneza cara membuat talam suji ini adalah resipi daripada arwah nenek kawannya. Rasanya yang sedap, manis buah ini membuatkan tidak jemu untuk menikmatinya, apatah lagi bila makan sejuk-sejuk.
Satu hari saya ke rumah kawan, nenek kawan yang dipanggil Bibi menghidangkan sejenis kuih talam. Beliau keluarkan dari peti sejuk.
“Makan. Makan,” pelawa beliau. Bibi faham bahasa Melayu cuma sedikit sukar untuk bercakap bahasa Melayu. Beliau lebih fasih berbahasa Urdu yang mirip bahasa Hindi. Saya makan. Ma shaa Allah! Sedapnya!
Sejuk, lembut, lemak, manis-manis buah. Nikmat sungguh dengan cuaca panas di luar.
“Kuih apa ni,?” tanya saya.
“Suji,” jawabnya.
Bukan makanan rumah kami hidangan berasaskan suji. Jadi apabila saya meningkat remaja dan teringin sangat hendak makan suji macam yang Bibi buat, emak minta tolong Amma jiran kami ajarkan emak.
Baiknya Amma, beliau datang masak di dapur rumah kami.
Saya tak pernah rasa nak makan suji sehingga hari itu dan jujur saya katakan, belum jumpa talam suji sesedap air tangan Allahyarham Bibi.
Semoga resipi ini menjadi jariah buat beliau juga kerana beliaulah yang buat saya suka suji.
Dan sebagaimana Amma ajar emak dan saya, begitu jugalah saya turunkan kepada kawan-kawan.
Caranya:
1. Panaskan 2 sudu makan minyak sapi
.
2. Tunggu sehingga minyak sapi panas
.
3. Tumis segenggam kismis kuning. Jika hendak masukkan kacang gajus atau hirisan badam, boleh tumis sekali
.
4. Tunggu sehingga kismis jadi gemuk-gemuk
.
5. Masukkan air. Anggaran air untuk talam suji:
1 cawan suji : 2 cawan cecair (air dan susu)
Anggaran air untuk bubur suji:
1 cawan suji : 4 cawan cecair (air dan susu)
.
6. Masukkan susu sejat. Masukkan gula secukup rasa. Anggaran 1 sudu makan untuk 1 cawan cecair untuk manis-manis buah
.
7. Oleh sebab ada sedikit badam dan gajus, saya kisar halus supaya rasanya rata dalam suji. Masukkan ½ cawan badam dan ½ cawan gajus. Jika anda mahu suji yang tidak ada ‘gangguan’ boleh juga kisar badam dan gajus begini.
.
8. Masukkan ke dalam campuran air dan susu
.
9. Tambah 1 sudu teh serbuk pelaga
.
10. Tambah 1 tudung air mawar untuk mewangikan kuih suji.
.
11. Masukkan suji sedikit demi sedikit dan kacau rata
.
12. Walaupun nampak masih cair, suji akan menyerap cecair dan beku apabila sejuk.
.
Selamat mencuba
13. Gambar oleh: Jonathan Gregson dari carian Google
.
Mingguan Wanita : Kena cara masak, memang sedap dan padu.
Berita baik buat pemilik kucing. Sebenarnya senang sahaja jika hendak buat makanan kucing sendiri, tidak perlukan bahan yang rumit mahupun perlukan masa yang banyak, malah lebih menjimatkan.Iyalah, kalau nak beli pun wet food selalu boleh tahan juga harganya.Baik buat sendiri, lebih terjamin selamat dan bebas pengawet.Lebih menarik resipi ini mempunyai campuran sayur-sayuran yang pastinya berkhasiat dan bebas daripada bahan pengawet untuk si comel kesayangan.
Ikut cara berikut untuk membuat makanan basah (wetfood) sendiri di rumah.
Bahan-Bahan:
3 ekor ikan selar
1 batang lobak merah
Sedikit sayur bayam
1 peket kecil agar-agar
Cara Membuat:
1.Rebus ikan selar dan ambil isinya. Asingkan tulang dan air rebusan ikan.
2.Kisar isi ikan tersebut bersama lobak merah dan sayur bayam dan masukkan kedalam periuk.
3.Kemudian masukkan air rebusan ikan dan kisar bersama tulang ikan tadi.
4.Tapis kisaran tulang ikan tadi dan masukkan kedalam periuk.
5.Masukkan pula agar-agar kedalam periuk. Kacau dan masak sehingga agar-agar hancur.
Siap! Selamat Mencuba
Info Ekstra!
Selepas siap disediakan masukkan dalam bekas, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk.
Agar-agar berfungsi bagi memekatkan bancuhan serta memudahkan kucing untuk makan.
Selain sayur bayam, boleh juga gunakan buah labu.
Boleh juga gantikan ikan dengan organ dalaman ayam (hati, pedal, jantung dan hempedu ).
Gunakan sudu plastik bila menceduk, bagi memastikan wetfood ini tidak mudah basi.
Sumber: Liyana Kamaruzaman
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dapat SPM 8A tapi tak dapat tawaran masuk u, cikgu kongsi kesilapan pelajar drop subjek pakej.
Belajar bertahun-tahun untuk dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Tapi...