Resipi Somtam Mangga, Cukup Rasa Masam & Manis, Hanya Guna Lima Bahan

Share

Somtam mangga antara menu pelengkap yang menjadi pembuka selera di samping dengan lauk pauk yang lain. Kalau anda ada banyak stok mangga dan tidak tahu hendak buat apa dengan mangga-mangga tersebut, bolehlah cuba buat somtam mangga.

Mudah sangat nak buatnya dan bahan yang diperlukan hanya lima bahan sahaja. Boleh cuba buat ikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Ameera

ini. Pasti menjadi dan rasa pun macam makan di restoran tomyam.

Resipi Somtam Mangga, Cukup Rasa Masam & Manis

RESIPI SOMTAM MANGGA 

BAHAN-BAHAN:

4 biji mangga
Sedikit udang kering (saiz kecil)
1 biji bawang merah
5 biji cili padi
Sos Thail (secukupnya)

Hanya Guna Lima Bahan

CARA MEMBUAT:

1. Sagat begini, nampaklah cantikkan. Selera pun bertambah-tambah.

 

2. Masukkan udang kecil.

3. Satu biji bawang merah dipotong nipis-nipis.

4. Lima biji cili padi dihiris nipis-nipis. Jika hendak pedas boleh letak lebih. Ikut cita rasa masing-masing.

5. Masukkan sos Thai. Gaul rata biar semua bahan sebati. Jangan letak gula dan garam. Sos ini semua cukup rasa.

6. Selepas siap digaul bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.

Sumber kredit: Ameera

Baca artikel lain di sini: Resipi Pecal Mangga Pembuka Selera, Kena Guna Mangga Masam, Putik Barulah Sedap!

Pulut Lemak Mangga, Campur Beras Sikit, Dah Masak Disenduk Tak Melekat

Resipi Mudah Pecal Mangga, Gaul Dengan Isi Ikan Rebus, Gerenti Makan Bertambah!

 

IKLAN