
Semperit susu, bila hari raya, biskut ini mesti terhidang. Baik buat sendiri atau pun ditempah khas. Kalau nak puas hati mestilah buat sendiri kan!
Selalunya semperit ni ada macam-macam jenis,. Bagi yang suka rasa original tentulah semperit klasik. Tapi ada juga yang tukar sedikit bahannya dan hasilkan semperit susu. Namun, kalau salah perhitungan bahan, semperit boleh jadi keras dan tak menjadi.
Kali ini, kita cuba resipi semperit susu yang paling mudah dan cair di mulut. Senang sangat nak membuatnya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Semperit Lejen Tak Kembang, Lembut Pecah Dalam Mulut, Wajib Ada Masa Raya!
SEMPERIT Cantik Guna Acuan Bunga Pecah 10, Lepas Terap Rehatkan Sekejap!
Semperit Susu, Senang & Cair Di Mulut
Bahan-bahan:
• 1/2 cawan susu pekat (kalau nak manis buat 1 cawan)
• 250 gram butter
• 400 gram tepung jagung
• 2 sudu besar susu tepung
• 1 sudu kecil esen vanilla
.
Cara Membuatnya:
1. Masukkan butter, esen vanila dan susu pekat. Gaul sebati.
2. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung dan susu tepung.
3. Uli sehingga tak melekat pada tangan.
4. Sementara itu, sapukan butter pada tray sebelum tekapkan doh di atasnya.
.
5. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 20 minit.
.
.
Info: satu adunan ini boleh hasilkan 60 biji biskut.
Mingguan Wanita : Senang sangat. Tak perlu tempah pun, buat sendiri kat rumah, lagi jimat.
Sumber: Ckfaa Adam
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
TIP Buat ‘Ulunthu Vaday’ Tak Perlu Comotkan Tangan, Sekali Cuba Menjadi!

Isi Kandungan
Toggle‘Ulunthu Vaday’ merupakan snek tradisi dari Selatan India. Ia dibuat dari urad dhal iaitu kacang Dal Putih. Snek ini rasanya cukup sedap berlemak dan ia garing diluar namun lembut gebu di dalam.Selalunya disediakan pada majlis dan perayaan penting bagi kaum India. Boleh makan macam tu sahaja atau bersama pelbagai jenis Chutney.
Adunan ‘Ulunthu Vaday’ agak lembik tapi bukan cair atau terlalu berair. Memang agak sukar untuk membentuk adunan jika menggunakan tangan. Namun ada tip untuk buat ‘Ulunthu Vaday’ tanpa melekat-lekat di tangan, tak comot malah elok donut.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Umi Mimi Yusry ini.
Alhamdulillah..sekali cuba menjadi. Dah cuba try test.Ada bakat tak??
Tak perlu comot-comotkan tangan dan bentukkan donat.
Resipi ‘Ulunthu Vaday’
Bahan-Bahan:
Setengah Pek kacang Ulthu (direndam 1-2 jam) toskan( saya beli pek yang Rm4.00)
1 biji bawang besar dipotong dadu
4 tangkai daun kari
3 tangkai daun ketumbar dihiris sedang halus
3-4 tangkai cili padi hiris halus
1 sudu lada hitam bulat,tak perlu dipecahkan
2 sudu tepung beras
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Kisar halus kacang Ulthu yang telah direndam tadi. Letak 4-5 sudu besar air sahaja, tak boleh lebih nanti lembik.
2.Satukan semua bahan-bahan dan kacau dalam 5 minit.
3.Kemudian masukkan pula dalam ‘piping beg’ untuk membentuk donut.
4. Mula-mula, celup penapis besi dengan minyak biasa. Jangan minyak panas, kalau tak nanti tepung melekat. Kemudian, barulah buat bentuk gegelang atau donut pada penapis tersebut.
5.Setelah itu, masukkan ke dalam kuali dengan minyak panas dan goreng seperti biasa sehingga kekuningan.
6. Inilah hasilnya.
Selamat mencuba.
Sila kongsi untuk manfaat bersama.
Info Ekstra!
- Saya guna setengah pek kacang Ulthu, boleh dapat -+35-40 biji.
Baca Lagi Di Sini:
Berkali-Kali Lakukan RnD, Akhirnya Dapat Resipi Murukku Rangup Krapp.. Krupp..
Rahsia Rempeyek Gurih, Garing Caranya Kena Goreng Guna 2 Kuali!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika nak buat kuih ‘Ulthu Vadey’ sendiri di rumah,tanpaa perlu comotkan tangan dan elok cantik macam donat boleh ikut tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Umi Mimi Yusry
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
RESIPI Aiskrim Malaysia ‘Filling Cream Cheese’ Paling Laris, Boleh Dapat 60 Batang!

Isi Kandungan
ToggleRESIPI Aiskrim Malaysia ‘Filling Cream Cheese’ Paling Laris, Boleh Dapat 60 Batang! Ada pelbagai jenis resipi dan variasi untuk membuat aiskrim Malaysia.
Namun jika inginkan kelainan untuk dibuat jualan mak-mak boleh cuba resipi Aiskrim Berperisa filling Cream Cheese ini pula. Memang sedap, lembut, berbaloi boleh dapat banyak malah cukup laris. Boleh juga dapat pendapatan sampingan di rumah nanti.
Ikut resipi Aiskrim Berperisa filling Cream Cheese yang dibuat jualan oleh Puan Nurul Zainuddin ini sebagai panduan.
Tak pernah terpikir langsung nak jual makanan sebelum ni. Memang saya minat berniaga tapi saya ni tak ada bakat memasak. Nak makan sendiri dan family boleh lah.Nak menguli, nak buat kuih memang tak berbakat. Buat kuih cara yang mudah tu pun boleh fail. Hahaha
Rezeki Allah nak bagi, sekarang saya dah jadi penjual aiskrim Malaysia, ni antara aiskrim saya yang hot selling. Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese, setiap warna tu perisa yang berlainan.
Bahan-Bahan:
2 tin susu cair
2 tin susu pekat
10 tin air masak
Sedikit garam dan gula
Emulco (apa jenis perisa yang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese) Boleh beli di kedai bakery.
500 gram cream cheese ( recommended brand Tatura)
2 sudu susu pekat
Piping bag
Plastik untuk aiskrim jangan lupa.
Cara Membuat:
1. Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair.
2. Kacau sehingga sebati, letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.
3. Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ni banyak ya, boleh pelbagai perisa yang suka.
4. Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.
5. Satukan cream cheese bersama susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
6. Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu. Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.
Susun begini untuk mendapat pembekuan yang sekata.
Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang mengikut saiz plastik yang guna. Banyak tau. Hehe
Doakan Nurul dimurahkan rezeki selalu serta dipermudahkan segala urusan ya kawan-kawan.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Buat Aiskrim Mewah Ala-Ala Magnum Guna 4 Bahan, Boleh Dapat Lebih 20 Batang!
Baca Lagi Di Sini:Resipi AISKRIM YOGURT Sedap, Nampak Mewah Sebiji Macam Aiskrim Mahal!
Artikel Menarik:Tepung Jagung, Garam & Esen Vanila, Rahsia Aiskrim Malaysia Ini Sedap, Lembut & Lemak!
Mingguan Wanita: Nak cuba kelainan dan variasi buat aiskrim Malaysia, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang sedap, boleh buat untuk makan sendiri seisi keluarga atau buat jualan pun boleh sangat.
Sumber: Nurul Zainuddin
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
KERABU Pucuk Paku Tauge Dengan Kerang, Ratah Saja Pun Boleh Habis Sebesen!

Isi Kandungan
ToggleKerabu Pucuk Paku Tauge dengan Kerang ni memang sedap dan sangat membuka selera. Bukan apa ratah sahaja pun boleh habis sebesen! Mak-mak penggemar kerabu, wajib cuba resipi ni. Memang secukup rasa masam, manis,masin, pedas, berlemak!
Belajar buat sendiri Kerabu Pucuk Paku Tauge dengan Kerang stail utara ini daripada Puan Nor Haida sebagai rujukan;
Sapa suka makan kerabu pucuk paku tauge dengan kerang. Mehla join akak. Sebesen pun meratah ok je. Sedap oooo, masam-masam, pedas-pedas, manis masin, serai, lengkuas, belacan. Nak buat rasa renyah jugak kan, tapi makan memang layan betul.
Tengok bahan-bahan dia tu, campur aduk gaul-gaul semua bagi sebati..buatlah dengan penuh kasih sayang benci dendam semualah.hehe..gurau-gurau jer..mehla belajar buat
#kerabupucukpakutaugedengankerang
Resepinya untuk yang buat sikit.
Baca Lagi Di Sini: Sedapnya, Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Rendam Air Garam Dulu, Hilangkan Bau!
Bahan-Bahan:
1 mangkuk kerang yang dah direbus..kopek ambil isi
Rm1@rm2 seikat pucu paku (celur dan tos)
2@3 genggam tauge (celur dan tos) agak-agak lah kan. Tak suka tauge lembik, nak rangup-rangup tak payah celur, cuci bersih-bersih je.
1 biji bawang besar dihiris-hiris nipis. Tak suka bawang tak yah letak
4 sudu santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu air limau nipis
Garam secukupnya. Saya pakai sos ikan, masin tu ganti garam.Sikit je tau, masin gila nanti.
Gula agak-agak.Saya pakai gula Thai. Rasa lemak-lemak manis dia lagi ummphh. Biasa orang Thai guna gula ni buat somtham, gula biasa pun boleh.
Bahan Blender (Bahan wajib ye dalam kerabu, bagi saya la.
3 batang serai
½ inci lengkuas
Cili api 5 bji-8bji (Ikut pedas masing-masing, nak pedas bubuh banyak-banyak cili.
Belacan (saya suka belacan banyak, sebesar ibu jari pun ok dah.
*Kisar dengan air sikit je. Bagi boleh blender tu pusing je. Sebab tak mau jadi berair kerabu nanti. Kalau rajin, 4 bahan ni tumbuklah bagi lumat-lumat. Lagi best.
Artikel Popular: KERABU KAKI AYAM Lebih Sedap, Kena Letak Gula Kabung Thailand!
Cara Membuat:
1. Mula-mula, tuang bahan blender dalam besen. Selepas itu masukkan kerisik, bawang besar, air limau nipis, santan, garam, gula… gaulkan bagi sebati. Nak tambah perasa pak aji pun ikut suka.
2. Selepas itu masukkan isi kerang, pucuk paku dan tauge. Gaul-gaul lagi, rasa bagi sedap dekat tekak ye. Tambah apa yang rasa tak cukup, yang penting gabungan rasa pedas-pedas, masam, masin, manis, lemak santan dan kerisik serai lengkuas bersatu dan bergaul dengan mesra.
Yummy sangat, kerabu stail utara. Meratah saja pun boleh habis sebesen.
Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!
Mesti Baca: Kerabu Bayam Brazil Mangga Muda, Ya Ampun SEDAP Amat!
Mingguan Wanita: Menariknya resipi Kerabu Pucuk Paku Tauge Dengan Kerang ni. Kerabu stail utara, boleh cuba sediakan nanti di rumah.
Sumber: Nor Haida
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI