Sambal tumbuk cili hijau, mungkin biasa-biasa saja, tapi kalau dihidang dengan nasi panas, memang padu dan bertambah-tambah makannya.

Kalau tak ada selera makan, letaklah macam-macam jenis lauk atas meja sekali pun, memang tak akan pandang pun. Tapi ada cara nak bagi selera, hanya satu lauk pun dah cukup.

Resipi sambal tumbuk cili hijau, lauk simple inilah akan membuatkan kita makan bertambah. Gandingkan dengan nasi putih panas, memang padulah rasanya.

Cara nak sediakan pun tak adalah susah sangat. Inilah resipi yang dikongsikan oleh Sabariah Sisa dalam menyediakan sambal tumbuk cili hijau.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sambal Tempoyak Daun Kayu Versi Simple, Sedap Masak Pekat & Pedas!

Rahsia Ibu SAMBAL KICAP Tahan Lama, Pekat, Tambah Kismis & Bawang Goreng!

 

Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau

Bahan:
Cili hijau
Ikan bilis
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Bawang besar (untuk menumis)
Garam & gula secukup rasa

Cara Membuat:

1. Bersihkan dulu cili hijau.

Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Menu Simple Tapi Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

2. Kemudian, potong kevil-kecil cili hijau untuk memudahkan kerja menumbuk nanti.

Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Menu Simple Tapi Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

3. Ini pula adalah rempahnya, Tumbuk semua kecuali bawang besar.

Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Menu Simple Tapi Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

IKLAN

4. Semasa menumbuh bahan, bolehlah masukkan bahan perasa, garam dan gula.

Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Menu Simple Tapi Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

5. Tumbuk sekali lagi. Jangan tumbuk terlalu hancur.

Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Menu Simple Tapi Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

6. Selepas itu, barulah masukkan cili hijau yang dipotong tadi. Letakkan sedikit demi sedikit supaya mudah untuk tumbuk.

Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Menu Simple Tapi Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

7. Tumbuk sehingga cili hijau habis.

8. Inilah bahan yang siap ditumbuk.

Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Menu Simple Tapi Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

IKLAN

9. Kemudian, panaskan minyak dan masukkan bawang besar.

Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Menu Simple Tapi Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

10. Tumis sehingga bawang kekuningan. Barulah masukkan semua cili hijau yang ditubuk tadi. Kacau sehingga masak dan masukkan bahan perasa ikut citaras masing-masing.

Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Menu Simple Tapi Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

11. Siap, makan dengan nasi panas.

Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Menu Simple Tapi Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

Selamat mencuba.

Mingguan : Menu yang simple tapi sedap.

Sumber: Sabariah Sisa

IKLAN

Resipi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Menu Simple Tapi Sedap Makan Dengan Nasi Panas!

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita