Resipi Sambal Masak, tradisi orang Selama Perak, belajar dari arwah mak mentua.Memang nampak sedap sungguh resipi sambal masak ni. Malah bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, malah nak buat pun mudah.
Menurut perkongsian daripada Puan Yusnita Nayan, sambal ni merupakan menu tradisi berasal daripada masyarakat setempat di daerah Selama Perak. Sambal ni sedap dinikmati dengan terung bakar, jering, jantung piasang rebus, pucuk paku dan sebagainya.
Sejak kahwin dengan orang Selama, Perak..baru kenal sambal ni. Belajar dari arwah mak mentua sampai la jadi peberet. Makan pulak dengan jantung pisang rebus, pucuk paku rebus,terung bakar..Memang sedap la.
Mudah je rupanya mak-mak nak buat puding tiramisu di rumah. Hanya lapiskan dengan kastard, letak biskut dan tabur serbuk milo. Simpan dalam peti sejuk dan boleh terus dimakan.
Jika nak buat potluck atau anak-anak ada jamuan di sekolah, buat puding tiramisu ni letak dalam bekas kecil-kecil pun sesuai sangat.Malah mak-mak juga boleh jadikan sumber pendapatan sampingan, untuk dijual!
Jemput baca perkongsian resipi daripada Puan Norliza Bahari sebagai rujukan;
“Assalamualaikum lama tak bersiaran. Arini buat puding tiramisu. Permintaan budak baru baik demam”.
Bahan-Bahan:
1 tin susu pekat
1 tin susu sejat@cair
5 tin air (guna bekas Tin susu tadi utk sukat air)
11 sudu makan tepung kastad (bumbun tau)maksud bumbun tu macam penuh membukit.
Biskut Marie (Nak sedap cari yang perisa kopi) dan Milo secukupnya
Cara Membuat:
1.Masukkan susu sejat, susu pekat, air dan tepung kastad ke dalam periuk.
2.Kacau bagi sebati, kemudian baru buka api sederhana.
3.Kacau sampai pekat dan berkilat tutup api.
4.Masukkan ke dalam loyang/bekas kecil secara berlapis.Mula dengan kastad, biskut pastu tabur milo.
5.Selepas itu ulang lagi kastad, biskut, Milo sampai last biar tinggal kastad je.
6.Selepas itu, blend kasar sedikit biskut dengan milo kemudian tabur untuk yang paling atas.Siap!
MW:Mudahnya nak buat Puding Tiramisu ni. Masuk bekas kecil-kecil macam ni, boleh buat jual dan mudah nak makan. Makan sejuk-sejuk, anak-anak mesti suka.
Resipi Bingka Roti Pandan, Rasa Lemak Manis, Bau Harum Semerbak Daun Pandan
Bingka roti pandan menu yang sangat sesuai sekali buat mereka yang gemarkan sajian manisan. Rasanya sangat sedap dan mudah disediakan. Nak lagi sedap boleh makan dengan aiskrim.
Bau haruman daun pandan menjadikan kuih bingka roti pandan begitu menyelerakan. Semerbak satu rumah bila kita memasak kuih ini. Memang jadi pencetus pembuka selera seisi rumah.
Kalau anda nak cuba buat kuih bingka roti pandan ini, ikutlah resipi seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul ini. Pasti menjadi!
Resipi Bingka Roti Pandan
BAHAN-BAHAN:
3/4 cawan gula – boleh tambah gula jika nak manis lagi
1 cawan santan pekat
2 1/4 cawan jus pandan (kisar 7 – 8 helai daun pandan dengan air & tapis)
2 sudu makan mentega /marjerin
12 – 14 keping roti – potong kecil
3 biji telur
Sedikit garam
Pewarna hijau
Rasa Lemak Manis, Bau Harum Semerbak Daun Pandan
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali roti. Kisar.
2. Tuang bancuhan bahan kisaran tadi ke atas roti dan biarkan roti terendam selama 5-10 minit.
3. Ambil loyang bersesuaian. Sapu mentega atau marjerin di permukaannya dan panaskan dalam ketuhar selama 10 minit.
4. Tuang adunan bingka ke dalam loyang. Tekan-tekan sedikit bagi merata dalam loyang.
5. Bakar bingka roti pandan pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak.
6. Bila sudah masak, sejukkan bingka terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
Biskut Sarang Semut antara biskut lama orang dulu-dulu. Rasanya berlemak, lembut berderai memang menjadi pilihan ramai sewaktu hari raya. Namun ada cara mudah untuk pastikan tangan kita tak sakit sewaktu menekan doh. Boleh guna penapis teh sahaja.
Tip ini yang dikongsikan oleh Puan Nur Aifa Nuryang merupakan pembuat Biskut Sarang Semut sendiri, dalam menghasilkan biskut yang dibuat niaga.
Benda boleh buat sendiri, kenapa nak kena beli?
Biskut Sarang Semut Tanpa Telur
Bahan A:
60g mentega
40g gula aising
1tsp esktrak vanila
Bahan B (satukan dan ayak)
60g tepung gandum
40g tepung kastard
1 tsp baking powder
1.Satukan Bahan A dan kacau dengan senduk kayu cuma bagi sebati je.
2.Tambah Bahan B dan gaul sampai jadi doh.
3.Tak perlu keraskan dalam peti sejuk untuk parut, terus tekan pada penapis teh, tak sakit tangan.
Penapis macam dalam gambo ni saya DIY sendiri. Guna kain net dan ring penegang kain (tool nak jahit sulam).
4.Lepas habis tekan semua baru ceduk masuk dalam papercup.
5.Masukkan penuh-penuh sebab lepas bakar dia akan turun.Tapi jangan risau bila masak masih nampak tekstur berderai-derainya.
6.Tabur coklat rice atau edible manik warna warni.
7.Bakar ikut oven masing-masing.
Info Ekstra!
Kain net dan ring ni boleh beli kedai bunga/kedai jahit. Kain net ni biasa orang buat balut telur rebus bunga telur. Semeter RM2,3 je. Ring ni ikut saiz, saiz kecik RM3,4 yang besar dalam RM7. Boleh je besar ke kecik, ikut selesa.
Nak sedap pakai mentega pure (Anchor, scs, golden churn, etc) dan pakai vanilla ekstrak bukan esen vanilla. Nak lagi menarik tambah pewarna kuning telur sikit masa kacau bahan A.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat Biskut Sarang Semut tanpa telur yang mudah. Tak perlu parut doh, hanya perlu tekan pada penapis teh sahaja, tak sakit tangan.
JAIP sahkan pernikahan Uqasha & Kamal Adli sah menurut syarak selepas pasangan selebriti itu dinikahkan secara rasmi pada 4 November 2021 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.