Biasanya, kalau bulan puasa, kerang selalu orang cari. Kadang-kadang, ratah dan dicicah dengan sosnya pun dah cukup. Apatah lagi, kalau digandingkan dengan sos thai, memang terangkatlah.
Walau bagaimanapun, susah juga untuk dapatkan sos thai yang mampu menaikkan selera kita. Rupanya, mudah sangat cara nak membuatnya dan sos ini juga boleh dicicah dengan makanan lain juga.
Perkongsian daripada Liza Idris ini boleh membuatkan kita ‘telan air liur’ dengan resipi kerang rebus sos thai. Paling penting, sosnya buat sendiri dan ikut kesesuaian kita dengan tahap kepedasannya.
Sebenarnya, resipi ini saya olah sedikit supaya tak sakit perut bila makan. Mungkin dengan tahap kepedasannya. Kurangkan rasa pedas, jadi anak-anak pun boleh makan sama.
Bahan-bahan:
1 kg kerang
5 biji bawang putih
1 biji cili merah
3 biji cili api (masukkan sedikit untuk anak makan)
1 biji tomato
Sedikit daun ketumbar dan limau purut.
Bahan sos:
2 sudu sos tiram
2 sudu oren sunquick
2 sudu sos ikan
Setengah cawan air
Cara Membuatnya:
1. Rebus sekejap, angkat dan curahkan air sejuk supaya isi kerang tak kecut. Kemudian kopek dan buang sebelah kulit saja.
Ads
2. Tumbuk kasar bawang putih dan cili. Kalau nak pedas lagi, lebihkan cili padi. Hiriskan dadu tomato, hiris daun ketumbar dan limau purut (pilihan).
3. Ini bahan nak buat sos. Semuanya ambil 2 sudu. Ikut jugalah pada cita rasa nak letak lebih sedikit pun tak apa. (Pembetulan pada sos ikan tu susu = sudu).
4. Siap tumbuk dengan mesin moden. Jimat masa.
Ads
5. Masukkan air setengah cawan, nak lebih kuah masuk lebih sikit. Biarkan ia mendidih sekejap dan masukkan semua bahan sos. Kacau rata.
6. Bila kuah sudah pekat, masukkan cili dan bawang yang ditumbuk tadi. Kacau sebati.
7. Kemudian masukkan gula, garam atau serbuk perasa ikut kesukaan. Sebelum nak masuk rasa dahulu sebab bahan sos tadi dah ada yang masin dan masam.
8. Akhir sekali, masukkan tomato dan daun ketumbar.
Ads
9. Siap. Curahkan pada kerang tadi.
10. Nikmat bila diratah begitu saja.
Selamat mencuba!
#KakLizaMasukDapur
MW: Nanti boleh cuba…mahunya kalau ratah, tak sedar dah habis, kan!
Bermula bulan April, bagi negeri di pantai timur memang meriah dengan aktiviti mencandat sotong. Bila musim sotong ini bermula, salah satu menu kegemaran ramai ialah Sotong Celup Tepung. Namun nak buat sotong celup tepung yang rangup dan tepungnya elok melekat ada caranya yang tersendiri. Malah lebih jimat berganda bila buat sendiri berbanding beli.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Lella Mohamad ini sebagai rujukan;
“Di sebabkan sekarang musim sotong, tak kira pagi petang siang malam boleh makan sotong celup tepung kan. Benda boleh buat kat rumah buat apa susah-susah makan kat kedai kan, lagi jimat”
Ni cara saya buat sotong celup tepung
Bahan-Bahannya:
Tepung beras (pastikan pakai tepung CAP GAJAH!!)
telur sebiji
air kapur sikit
garam
pewarna(kalau takde pakai serbuk kunyit pun takpe)
Cara Membuat:
1. Pastikn sotong dicuci bersih dan buang kulitnya ya.
2. Gaul sebati semua bahan-bahan.Jangan cair sangat, jangan pekat sangat.
3. Saya guna garfu supaya senang nak ambil sotong satu persatu masuk dalam kuali.Goreng hingga kekuningan.
4. Ok dah siap..yang pasti kriuk krappp gitu.
Tips Ekstra!
Jangan lupa gaulkan sotong dengan tepung beras sahaja.Anggaran dalam 1 sudu macam tu la supaya bancuhan tepung melekat kat sotong bila goreng nanti ya!
Pastikan minyak biar betul-betul panas baru masukkan sotong.
Selamat mencuba!
Semoga resepi daripada mak saya ni bermanfaat untuk semua.
MW:Menarik resipi dan tips yang dikongsikan ini. Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri di rumah nanti.
Ramai yang dah cuba buat sendiri “Crab Rangoon” super crunchy, resipi viral di TikTok yang simple tapi sedap ni. Mak-mak boleh buat minum petang untuk keluarga, anak-anak pun mesti suka. Rasa berlemak, rangup, pedas manis dicicah pula dengan sos cili Thai. Memang berbaloi buat.
Berikut perkongsian daripada Puan Azu Abdullah sebagai panduan;
“Crab Rangoon” resepinya akak belajar 25 tahun lepas dengan sorang Chinese Chef. Boleh pakai apa-ape jenis cream cheese. Saja tunjuk Bega, manalah tau boleh jadi Duta.hihi
Mingguan Wanita: Sedapnya. Boleh cuba buat sendiri “Crab Rangoon” super crunchy resipi viral di TikTok yang simple tapi sedap ni. Boleh buat untuk minum petang.
Nak cari nasi lemak sedap bukan senang. Biasanya nasi lemak sedap mesti dimasak dengan santan. Rupanya ada resipi nasi lemak yang dimasak tanpa santan dan menggunakan rempah-rempah yang biasa ada di dapur kita.
Peniaga nasi lemak ini, Puan Siti Nor Fatin bukannya calang-calang wanita. Dia miliki Diploma Kejururawatan. Tapi disebabkan tak nak berjauhan dengan anak-anak, dia sanggup tidak memilih kerjaya jururawat.
Sebaliknya jadi suri rumah yang berjualan nasi lemak di gerai depan rumahnya. Resipi nasi lemak yang dikongsi ini resipi turun temurun daripada emaknya.
Percaya atau tidak, nasi lemak yang dijual di gerai depan rumahnya itu cuma RM1 sebungkus. Tapi nak tahu sedap atau tak nasi lemaknya, lihat hasil jualannya setiap hari.
Baru berniaga empat hari, wanita ini sudah menjual kira-kira 40 ke 50 bungkus nasi lemak setiap hari. Itulah duit poket suri rumah ini.
“Sebenarnya saya tolong mak saya meniaga dari darjah dua. Sekarang umur saya 26 tahun. Saya pilih jadi suri rumah sebab tak kuat nak tinggalkan anak-anak. Setiap kali saya masak nasi mesti bergenang air mata teringatkan masa kecil-kecil dulu.”
“Sekarang saya pula teruskan legasi tu. Specialnya nasi lemak ni saya tak pakai santan. Saya share resipinya. Mana tahu ada suri rumah nak buat meniaga juga.”
Resipi Nasi Lemak Sedap
Untuk Nasi
Beras basuh dan tanak macam biasa. Masukkan daun pandan dan garam.
Untuk Tumis Darat
Bawang Kecil
Halia
Kulit kayu manis dengan adik-beradik dia (bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
Tumis semuanya dan masukkan dalam nasi. Bila nasi dah nak kering, kacau biar sekata.
Untuk Sambal
1. Tumis bawang besar yang dah dikisar. (Saya kisar dengan minyak siap-siap)
2. Bila dah wangi baru masukkan cili kisar. Biarkan ‘diaorang’ pecah minyak.
3. Masukkan air, asam keping, gula, garam. Saya guna gula kabung. Masak sampai dia kering.
4. Lepas itu, boleh hidangkan dengan timun, kacang dan telur.
Moga anda berjaya menghasilkan nasi lemak sedap dengan panduan resipi yang diberikan oleh peniaga yang baik hati ini.
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...