Sebut air asam mesti kita akan bayangkan keenakkannya bila dimakan dengan ikan bakar atau ikan kukus. Cukuplah itu sahaja hidangan, mahunya makan pun bertambah-tambah.
Namun, tak semua mak terror nak membuatnya. Mungkin ada yang buat tu terlebih cair, rasa kurang asam dan sebagainya, sedangkan sudah ikut resipi yang diberikan.
Kali ini, perkongsian daripada Ameera dalam menyediakan air asam bolehlah mak-mak gunakan. Memang padu dan cara nak membuatnya pun senang. Boleh cuba nanti. Kadasng-kadang hidangan ini pun dah menyelerakan.
Biskut lemak atau cream crackers biasanya dimakan begitu sahaja atau lebih sedap dicicah dengan kopi, teh panas dan sebagainya. Namun kalau selalu makan begitu sahaja, jemu juga sebenarnya. Rupanya, biskut ini juga boleh dibuat puding.
Jadi kalau ada biskut lemak dekat rumah tu, tak habis-habis makan, mak-mak boleh cuba resipi puding yang dikongsikan oleh Puan Dhia Azlinda ini. Cukup mudah nak buatnya hanya guna 3 bahan. Rasanya pula sangat sedap, lembut dan lemak manis. Orang tua dan anak-anak pun sesuai sangat makan.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;
“Puding 3 bahan je..dalam rumah nih biskut cracker tak laku..dulu-dulu biskut nih yang laku kalau hujan cicah kopi mesti licin. Budak-budak sekarang tak nak makan.Bila balik rumah mak tok, Bukan main depa makan.Nak bagi habis cepat ibu depa wat puding crackers.”
Ini resepinya:
Puding Biskut Cream Crackers
Bahan-Bahan:
20-24 keping biskut cream cracker (tak kesah guna brand apa)
4 biji telur gred A atau B
1/2 Cawan susu pekat ( Nak manis lebihkan sikit)
* Loyang saiz 6
Cara Membuat:
1.Panaskan pengukus dahulu.
2.Rendamkan biskut ke dalam air tapis sehingga kembang. Selepas itu tos kan.
3.Blendkan telor, susu pekat dan biskut sampai halus.
4.Bahagikan adunan kepada 2 letakkan warna. Macam linda 1 bahagian letak serbuk koko.
5.Kukus selapis demi selapis sehingga habis.Lapis pertama 5 minit yang akhir sekali 10 minit.
Siap! Selamat Mencuba.
MW:Menariknya resipi puding biskut cream crackers ni. Hanya guna 3 bahan je, nak buat pun mudah sangat. Sesuai buat untuk minum petang untuk anak-anak dan keluarga. Mak-mak kena cuba buat sendiri di rumah nanti. Rasa lemak manis, lembut lagi sedap makan waktu sejuk-sejuk.
Bukan biasa-biasa rasa Aiskrim Malaysia yang dikongsikan oleh Puan Aida Radzuan ini. Rasanya sedap, lemak dan paling penting teksturnya lembut dan tidak terlalu keras seperti ‘batu’.
Rahsianya adalah dengan campuran tepung jagung, garam serta esen vanila.Menurut wanita ini lagi, resipi inilah yang digunakan menjadi sumber rezeki pendapatan sampingan dirinya di rumah.
Buat mak-mak yang nak buat untuk anak-anak, mahupun para suri rumah yang nak cuba berniaga aiskrim malaysia ini di rumah boleh lah cuba resipi yang dikongsikan.
“Haritu Aida ada post pasal #AiskrimMalaysia, ada yang mesej nak tanya resepi dan cara-cara ikat aiskrim tu.Jadi harini Aida nak share resepi dan video ikat aiskrim Malaysia”
“Dengan resepi ni jugak lah Aida buat untuk berniaga online dan offline.Alhamdulillah rezeki anak-anak Aida..Tiap-tiap minggu order masuk..Budak-budak area rumah pun ramai datang beli dekat rumah”.
#ResepiAiskrimMalaysia
Bahan-Bahan Aiskrim Malaysia Sedap:
1 Tin Susu Pekat
1 Tin Susu Cair
4 1/2 tin Air Masak
2 1/2 sudu besar Tepung Jagung (untuk lembutkan aiskrim)
Garam sikit (untuk rasa lemak-lemak)
1 sudu kecik Esen Vanilla
Plastik aiskrim
Cara-Cara Membuat:
1. Campurkan susu pekat dan susu cair.Aida guna #SusuSuJohan je.Campurkan sekali air masak 4 1/2 tin.
2. Selepas itu, bancuhkan 2 1/2 sudu besar tepung jagung dalam bekas sebelum masukkan dalam periuk untuk dimasak.
3. Campurkan garam dan esen vanila masak sampai semua betul-betul masak (menggelegak).
4.Bila dah menggelegak tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk bolehlah masuk dalam plastik aiskrim cap kingkong.
Dekat sini Aida ada share sekali video cara-cara ikat plastik aiskrim tu..Kalau tak berapa clear boleh search dekat youtube.
*Semua jenis aiskrim Malaysia yang bersusu dan tak bersusu mesti masak air tu sampai menggelegak walaupon pakai air coway atau cucco.
*Tepung tu larutkan dulu, bancuh dalam cawan pakai air masak biasa. Lepas tu masukkan dalam air susu yang tengah masak tu..kacau .sampai sebati.
*Perisa aiskrim pula boleh letak sekali masa masak air susu tu.
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Buat mak-mak yang nak cuba buat sendiri untuk anak-anak, mahupun golongan suri rumah yang nak cari pendapatan sampingan, boleh lah cuba resipi Aiskrim Malaysia sedap yang dikongsikan ini.
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
Dalam tempoh PKP ini, mak-mak terlebih rajin nampaknya. Ramai yang asyik mencari resipi baru untuk dicuba. Apa kata cuba resipi kaya karamel ini yang telah dikongsikan oleh Nur Adlina di laman fb miliknya (fb: https://www.facebook.com/nuradlina.badarudin.9). Sangat mudah memasaknya malah bahannya gerenti ada di dapur rumah kita. Hanya empat bahan je!
Kaya karamel ini sedap dimakan bersama roti, roti jala, lempeng dan roti canai. Malah menurutnya, ia juga sesuai dijadikan inti apam balik, apam Tokyo atau pau.
Kiranya kalau buat banyak sekali gus, boleh simpan di dalam peti sejuk dan keluarkan bila nak guna. Sukatan adunan ini menghasilkan lebih kurang 1.5 liter kaya karamel. Sekiranya ingin masak dalam kuantiti yang lebih sedikit, sukatan bahan-bahan boleh dibahagi dua ye.
Bahan-bahan Kaya Karamel:
10 biji telur
500 ml/gram gula pasir
500 ml/gram santan kotak
Secubit garam
Cara Membuat:
1. Mula-mula masak gula di dalam kuali hingga cair. Ketepikan.
2. Bahan-bahan lain dicampurkan sekali, pukul sebati dan tapis.
3. Masukkan ke dalam kuali berisi gula karamel tadi dan masak menggunakan api yang kecil serta sentiasa kacau sehingga adunan agak pekat. Tutup api, tapi jangan berhenti mengacau sehingga adunan agak sejuk sedikit supaya tidak berketul.
4.Apabila sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas dan simpan di dalam peti ais. Sedap dimakan dengan roti. Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...