Resipi Rendang Udang SEDAP Air Tangan Bonda, Mudah Guna 4 bahan!

Share

Jika selalu kita buat rendang ayam atau daging, mak-mak boleh cuba kelainan dengan buat rendang udang pula. Mudah sangat nak buat guna 4 bahan je. Boleh dimakan dengan Nasi lemak, nasi panas, nasi impit mahupun pulut kuning.

Boleh cuba resipi rendang udang yang dikongsikan oleh Puan Norashikin Mohd Yunus
ini.

Ni satu lagi resepi sedap dari air tangan bonda tercinta.Pasti menyelerakan buat seisi keluarga. Rendang Udang.

Bahan-Bahan:

Udang kertas
2 batang Serai – dihiris & ditumbuk
2 inci kunyit hidup – ditumbuk
Cili Padi ikut pedas yang dikehendaki
1 biji kelapa ambik patinya sahaja.

Caranya Membuat:

1.Tumbuk sehingga hancur kunyit hidup, cili Padi dan serai. Kemudian masukkan semuanya ke dalam kuali.

2.Perahkan kelapa tanpa menapisnya. Biarkan hampasnya jatuh ke dalam kuali. Ambil patinya sahaja ye.

3.Rasakan garamnya sesedap rasa dan masak sehingga kuahnya kering. Kalau yang nak berkuah tak perlulah dikeringkan ye.

4.Kecilkan API dan kacau sehingga kelapa bertukar warna kekuningan.

5.Inilah hasilnya rendang Udang sedap resepi bonda tercinta.

Simple je. Selamat mencuba.

Baca Lagi Di Sini:

Rendang Daging Minang Resipi Ori Dari Padang, Indonesia Tak Guna Kerisik!

Rendang Telur Makan Dengan Nasi Lemak & Pulut Kuning Memang Sedap!

MW:Jika selalu kita buat rendang ayam atau daging je, boleh cuba buat rendang udang pula. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak dan sangat mudah disediakan.

Sumber: Norashikin Mohd Yunus

IKLAN