Rindunya nak makan rendang sedap rasa macam mak-mak kita masak. Ada macam-macam resipi dan cara buatr rendang yang ada, resipi rendang ni wajib cuba dan serius takkan menyesal. Bukan apa, kadang kala bila buat rendang selalu rasanya tak berapa ‘menjadi’ dan tak kena citarasa sendiri. Walaupun bahan-bahan ‘simple’ dan caranya mudah je.
Boleh cuba resipi rendang daging sedap rasa macam mak-mak kita masak seperti yang dikongsikan oleh Puan Azlina Ina ini.
Paling penting lepas ni nak masak bukak FB je dah boleh masak rendang sedap macam mak-mak masak.Sumpah rendang ni memang sedap giler. Kalau jenis yang pencinta rendang wajib cuba dan serius takkan menyesal.
Rendang Rempah Cili Padi Daging
Bahan-Bahan:
Daging 1 kg (Hiris sederhana tebal, basuh bersih ketepikan)
Rempah:
5 sudu besar biji ketumbar
3 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis
*Sangai dah sejuk baru tumbuk atau kisar ya. Kalau tumbuk time panas nanti liat, jenuh tak hancur.
Pes:
30-40 batang cilipadi hijau (pedas adjust sendiri eh mak suke pedas hehe)
2 labu bawang besar belahkan 6 atau 8
4-5 ulas bawang putih
3-4 batang serai hiris juga
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
* Kisar halus dengan sedikit air
2 peket kerisik
1 kotak santan 250ml
Serai (dihiris)
Daun Kunyit (dihiris)
Air Asam Jawa
Cara Membuat:
1.Tuang minyak di dalam kuali jangan banyak sangat.
2.Tumis pes sampai naik minyak.
3.Masukkan rempah dan sedikit air kacau lagi sampai naik minyak semula.
Ads
4.Masuk daging dan terus tutup. Biar keluar air daging dan daging kecut
baru tambah air dan sedikit garam serta perasa.
5.Biarkan sampai empuk.
6.Kemudian, tambahkan kerisik dan sekotak santan. Biarkan mendidih dan pekat.
7.Selepas itu, masukkan pula hirisan daun kunyit dan serai.
8.Gaul sebati dan tambah air asam jawa.
9.Masa ni gaul rata boleh rasa dah kot-kot tak cukup garam kita letak mula-mula tadi boleh tambah. Kalau agak masin boleh tambah santan.
Boleh buat berkuah atau kering ya.Kalau kering kena kurangkan garam masa awal-awal letak tadi.
Alhamdulillah makan dengan nasi impit atau nasi panas-panas pun ya Allah nikmat sangat.
Bawang putih jeruk, salah satu hidangan yang selalu kita tengok dalam video mukbang di media sosial. Biasanya dari negeri China.
Mesti tertanya-tanya, apa kah rasa bawang putih jeruk ini. Warnanya pun seakan-akan hijau. Biasa kalau di negeri Kelantan, ia dijeruk bersama kulitnya sekali dan tak adalh bertukar warna.
Rupanya, inilah resipi bawang putih jeruk yang selalu kita tengok dalam video mukbang yang dikongsikan oleh AJ Idris. Katanya, rasa seakan petai dan ranggup. Sangat popular di negeri China.
Terpengaruh sungguh dengan mukbang viral China, nampak mereka makan benda kecil hijau rangup-rangup macam petai. Rupanya bawang putih jeruk.
Bawang Putih Laba (Laba Suan) dibuat pada hari ke-8 (LaBa) dalam bulan ke-12 dalam Kalender Lunar Cina, yang dianggap sebagai hari paling sejuk di China Utara. Makanan tradisional Cina ini selalu dihidangkan bersama daging atau makanan berminyak.
Khasiat Pemakanan :
Laba Garlic dipercayai mampu memperbaiki sistem penghadaman, anti penuaan serta anti-kanser.
Resepi Laba Bawang Putih
Bahan-bahan:
3 labu bawang putih dikupas kulit dan dibuang pangkalnya, dicuci bersih dan toskan.
1 cawan cuka beras (warna coklat atau putih). Saya gantikan dengan cuka makan biasa je
1 sudu besar gula batu
.
Cara :
Masukkan bawang putih yang dikupas ke dalam balang. Masukkan gula batu dan tuang cuka hingga menutupi bawang. Tutup balang dan biarkan (pada suhu bilik) hingga warna hijau emerald terhasil (ambil masa lima hari atau lebih). Lagi lama lagi cantik hijaunya.
Siap
.
*Sekali dah buka, kena simpan dalam peti sejuk ya*
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Cara biasa sebelum menggoreng ikan, anda akan lumur dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng. Nak lagi sedap, gunakan rempah istimewa yang dikongsikan oleh Cik Puan Mai Mgnesium. Rempah yang terhasil ini boleh digaul dalam 4 jenis masakan anda. Resepi rempah atau bumbu ini diturunkan daripada ibu beliau.
Jenis Masakan Yang Boleh Digunakan Dengan Rempah Ini
√ Ikan goreng
√ Ubi kayu
√ Tempe goreng
√ Ayam goreng
Bahan Rempah
Bawang putih – banyak
Kunyit hidup – 2 inci
Jintan putih
Ketumbar
Garam himalayan atau sea salt
Caranya
1. Kisar/tumbuk sampai lumat. Bawang putih banyak pun tak apa. Bagus untuk sistem tubuh.
Add Onn
√ Boleh tambah tepung beras / jagung untuk salutan tapi sebaiknya tak perlu letak.
√ Masa mengisar jangan masukkan air banyak sangat
Untuk Ayam
√ Masukkan lengkuas yang dikisar untuk serabut-serabut (tolong potong lengkuas dulu sebelum masuk dalam blender atau blender akan cepat rosak).
√ Boleh tambah daun kari untuk bangkitkan aroma.
Untuk Ubi Kayu
√ Rebus dulu ubi kayu, tapi jangan sampai hancur. Kemudian barulah gaul dengan bumbu atau rempah.
√ Perap dalam 30 minit ke 1 jam dan goreng.
√ Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ubi kayu perap.
Boleh Ke Blend Banyak Dan Simpan?
√ Tak boleh, sebaiknya biarkan fresh
√ Boleh makan dengan sambal kicap johor
Sangan / Goreng Tanpa Minyak
Cara ini juga boleh dilakukan dengan menggoreng tanpa minyak sekejap rempah jantan putih dan ketumbar dalam kuali. Ia akan membangkitkan aroma rempah dengan lebih baik.
Mak Kata
Jangan risau tangan kuning masa menggaul sebab kunyit tu kan bagus untuk kulit kita. Lagipun, mak kata gaul dengan tangan, enzim ibu tu masuk. Nanti anak-anak akan dengar cakap dan suami pun sayang lebih.
Sumber/Foto: Mai Mgnesium
Khasiat Ketumbar
Anti Oksida
Ia herba semulajadi melindungi tubuh dari kesan toksik dalam tubuh. Sebab itu digalakkan memakan biji ketumbar untuk mencegahnya.
Baik Untuk Pencernaan
Biji ketumbar mempunyai rasa yang unik dan membantu melancarkan sistem pencernaan.
Atasi Kembung Perut
Anda yang ada masalah sembelit, eloklah amalkan biji ketumbar ini.
Atasi Kolesterol
Biji ketumbar mampu menyingkirkan kolesterol jahat
Menambah Sperma
Ia bagus untuk orang lelaki menambah jumlah sperma. Sangat bagus untuk pasangan suami isteri yang berusaha mendapat atau menambah cahaya mata.
Cegah Hipertensi
Hipertensi terjadi akibat tekanan darah tinggi yang tinggi. Sebab itulah anda perlu seimbangkannya, maka cuba amalkan memakan biji ketumbar untuk mengurangkan bacaan tekanan darah anda.
Air Rebusan Ketumbar Untuk Turunkan Bacaan Darah Tinggi
1. Bersihkan dan cuci secekak ketumbar.
2. Rebus bersama daun saderi sampai airnya mendidih. Bila warna air dah bertukar coklat, tutup api dan tapis.
3. Minum bila dah sejuk. Boleh simpan dalam peti ais agar tahan lama.
4. Amalkan meminumnya setiap hari sampai bacaan darah turun.
Minuman Sihat Biji Ketumbar
1. Cuci biji ketumbar dalam 2 sudu. Masukkan dalam gelas.
2. Tuangkan air panas, tutup. Biarkan seketika.
3. Minum bila dah sejuk.
4. Amal setiap hari sampai bacaan darah dah turun. Bila dah turun janganlah terus meminumnya. Nanti jadi tekanan darah rendah pula.
Biasanya air tangan mak yang paling diingati dan dirindui selalui. Bila mak dah tiada, masakannya akan sentiasa menjadi kenangan terindah buat anak dan tak dapat dibeli di mana-mana.Walaupun hanya menu dan resipi yang paling simple seperti sos cili.
Jika nak mak-mak nak buat sos cili sendiri di rumah,jimat, bebas bahan pengawet dan terjamin kebersihannya boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Fatimah Ezanee ini. Menurut wanita ini, resipi tersebut merupakan resipi daripada arwah uminya sendiri. Walaupun tanpa anggaran sukatan sebenar, insya allah pasti jadi sos cili yang sedap.
Berikut perkongsian tersebut;
“Resepi sos cili arwah umi ni, selama 33 tahun saya tak pernah sukat-sukat, saya campak-campak ja.Arwah umi pun saya tengok campak-campak ja. Jadi saya bagi resepi ni agak-agak je tau.Tapi Insya Allah jadi”.
Bahan-Bahan:
3 senduk cili kisar
1 peket sos tomato
1 cawan cuka
6 ulas bawang putih (diketuk)
700ml air
4 senduk gula
Setengah sudu besar garam
Cara Membuat:
Mula-mula letak periuk atas dapur. Satukan semua bahan-bahan seperti air,cili kisar, bawang putih,cuka sehingga mendidih. Agar bagi cili tu masak dengan lunak dan mesra-mesra.
2. Apabila dah mendidih letak sos tomato, kacau lagi sampai mendidih.
3. Akhir sekali, letak gula dan garam kacau dalam 10 minit. Tengok dah mendidih, tutup api.
Siap! Selamat Mencuba!
Sos ni seakan-akan sama macam sos kopok lekoq, cucuq udang, rasanya pedas-pedas manis.
MW: Buat sendiri sos cili di rumah lebih jimat dan berbaloi. Malah paling penting bebas bahan pengawet mahupun perasa tambahan.Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...