Kebiasaan yang mak-mak buat bila roti yang dibeli tamat tempoh dengan membuat puding roti. Tak adalah rasa ralat atau membazir, dibuang begitu saja. Masih ada cara untuk elak daripada ia dibuang kerana tamat tempoh.
Sebenarnya, ada macam-macam cara yang mak boleh buat dengan roti yang tamat tempoh. Salah satunya adalah puding roti. Anak-anak pun mesti laju bila makan.
Satu perkara yang sering menjadi igauan buat mak-mak, bila masa untuk tukarkan loyang puding ke dalam bekas lain. Silap cara boleh ‘hancur’ dan tidak cantik ‘kejadiannya’.
Jadi, salah satu tip yang dikongsikan oleh Merysona Edrson agar puding roti ‘menjadi’ adalah dengan basahkan loyang dengan air. Mungkin ada sesetengah mak-mak yang tidak tahu tip ini.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Sedapnya cuaca panas-panas minum air Lai Chi Kang ni untuk sejukkan tekak. Bahan-bahan yang digunakan agak banyak namun minuman ini dikatakan mempunyai banyak khasiat tersendiri. Bagus untuk kesihatan serta boleh meredakan panas dalam badan.
Jika mak-mak nak buat sendiri boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Wan Ashikin Endut ini. Mesti puas hati!
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Penyejuk tekak ..Lai Chi Kang.Buat sendiri baru puas hati. Boleh letak macam-macam”
Bahan-Bahan:
Biji selasih (rendam)
Buah kembang semangkuk (rendam dengan air panas )
Barli (rebus)
Fungus putih (rebus)
Buah kurma merah (rebus letak gula / gula batu dan daun pandan )
Buah longan kering (rendam dengan air panas)
Cincau
Kacang tanah panggang
Kismis
Buah kabung
Biji Sagu
Buah laici (dalam tin)
Halwa kundur
Buah pala (kering) tapi saya tak letak sebab anak-anak tak suka buah pala
Agar-agar kosong ( merah / hijau ) tapi hari ni tak sempat buat
Ais
Cara Membuat:
1. Rebus buah kurma merah letak gula / gula batu dan daun pandan.
2. Lepas tu campur dengan air buah laici tadi.
3. Kemudian campurlah dengan semua bahan tadi.
Siap!
Dan boleh makan!!
Info Ekstra!
Bahan-bahan boleh dibeli di pasaraya besar dan kedai ubatan cina (sensei)
Bagi yang suka makan pajeri boleh cuba resipi style Utara. Rahsia sedap tu terletak pada teknik masakan selain bahan-bahan yang segar. Ikut ja resipi dan cara masak yang dikongsi oleh Tok Yah. Nenek ni memang masak cara orang lama-lama kat Kedah. Selamat mencuba!
1-Tumis bawang putih, bawang merah dan halia bersama bunga cengkih, bunga lawang serta kulit kayu manis sehingga naik bau. Pastikan bahan-bahan tumis jadi kuning keemasan. Ini rahsia nak bagi pajeri bau wangi sedap.
2-Sementara itu, gaul kerisik bersama rempah siap-siap, tujuan ni nak bagi rempah dan kerisik ‘mesra’. Kemudian, baru masukkan rempah kerisik bersama sedikit pati santan. Kacau sebati, tunggu sampai pecah minyak. Perlahankan api, takut rempah hangit. Pati santan tu Tok Yah boh sebab nak bagi rempah cepat pecah minyak. Ini pun salah satu rahsia pajeri sedap.
3-Lepas tu, masukkan gula & garam. Nak bagi pajeri rasa lemak-lemak manis, Tok Yah letak gula Melaka. Kemudian, baru masukkan terung. Perlahankan api, kacau sebati sebab nak bagi rempah dan terung ‘mesra’. Satu lagi rahsia nak bagi rempah masuk elok dalam terung dengan cara belah sedikit bahagian terung tapi jangan sampai terputus. Ini pun cara nak terung cepat empuk. Lepas tu, masukkan udang kepal. Gaul sebati.
4-Akhir sekali, masukkan lebihan santan tadi. Gaul sebati semua bahan, masak sampai kuah pekat. Sedia dihidangkan bersama nasi putih dan ikan goreng. Confirm makan bertambah-tambah.
5-Selain terung, boleh juga gantikan dengan epal merah, buah gajus, rebung atau nanas. Resipinya sama sahaja.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ayam golek kebiasaannya salah satu menu yang wajib ada di Bazar Ramadan atau pasar malam. Jangan bimbang, sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri ayam golek dan sos cicahnya di rumah. Ia boleh dibakar dalam oven seekor ayam terus atau dipotong kecil seperti bakar untuk buat BBQ.
Resipi ini dikongsikan oleh anak peniaga Ayam Golek sendiri Puan Aini Salwa Binti Remely, resipi yang maknya buat niaga.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
AYAM GOLEK RESEPI MAK SAYA Ni resepi anggaran sahaja sebab ikut yang nisbah mak buat 3 guni bawang, satu periuk besar untuk niaga. So saya bagi dalam nisbah yang boleh buat 2 ekor ayam ye.
Bahan-Bahan (rempah):
10 biji Bawang merah bombay
1 labu Bawang putih
seketul Halia (saiz 2kali ibu jari)
5 batang serai
(*semua ni blend)
2 sudu kecil Serbuk kunyit
2 ketul gula melaka (mak pakai nisey /gula kabung/gula nira. Belah Terengganu Kelantan banyak jual)
3 sudu kecil garam
Cara Membuat:
*Masak semua bahan di atas sehingga agak pekat/kering)
Rasa secukup rasa. Rempah ni memang agak manis ye, sebab tu ayam elok berkilat bila bakar/golek.
Ambil rempah sapu pada ayam dan perap dalam 1 jam atau lebih, baru bakar.
Bahan-Bahan (Sos Cicah)
10 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
5 ulas bawang putih bakar (dikisar)
2 sudu kecil cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
Cara Membuat:
*Masak semua dengan air, dah mendidih baru masukkan tepung jagung. Kacau sampai pekat. Dah siap.
Bila sos dah sejuk, tambah dalam sos kacang tanah tumbuk dan bijan .
Info Ekstra!
Ni mak saya niaga ayam golek, memang ada mesin khas. Jadi kawan-kawan boleh masuk dalam oven seekor terus atau potong belah bakar macam Bbq pun boleh.
MW: Memandangkan tahun ni tiada Bazar Ramadan yang selalu jual Ayam Golek, jadi mak-mak boleh lah cuba buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Terima kasih berkongsi resipi yang dibuat niaga iya. Semoga bertambah murah rezeki sekeluarga.
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...