Resipi Mudah “S’Mores” Hanya Guna 3 Bahan, Boleh Buat Dengan Anak-Anak!

Share

Bagi mak-mak yang mencari resipi mudah dan ringkas namun sedap dan boleh buat dengan anak-anak waktu cuti ni, boleh cuba buat “S’Mores” ini. Hanya menggunakan 3 bahan iaitu biskut, coklat dan marshmallow.

S’mores merupakan singkatan bagi “some more”. Makanan ringkas yang cukup popular di Amerika Syarikat dan Kanada, disediakan secara tradisionl di atas api unggun ketika sewaktu perkhemahan pengakap. Ia terdiri daripada satu atau lebih marshmallow panggang dan lapisan coklat yang diapit antara dua keping graham cracker.S’mores muncul dalam buku masakan pada awal tahun 1920-an, di mana ia disebut “Graham Cracker Sandwich”.

Nak tahu caranya boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Faza Farhana ini.

Smores.Boleh buat dengan anak-anak masa cuti Pdpr ni. 3 bahan sahaja.

Bahan-Bahan:

Biskut (biskut apa pun boleh, tapi saya prefer biskut yang tak manis. Sebab nanti coklat tu dah manis)
Coklat (coklat makan tu. Jenis apa pun boleh)
Marshmallows

Cara Membuat :

1.Susun biskut dalam bekas sebagai lapisan pertama.

2.Kemudian lapiskan dengan coklat.

3.Akhir sekali susun rapat marsmallows.

4.Bakar dalam oven sampai atas tu perang. Saya guna 180°c 10 minit. Ikut la oven masing-masing. Semua bahan dah masak, nak bagi atas tu perang je. Saya guna api atas je. Semua benda tu dah masak, nak bagi mashmelow tu terbako sikit je.

Done!

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini :
‘Cloud Bread’ Gebu Gebas, Resipi Viral TikTok Guna 3 Bahan!
Resipi Mudah Biskut Coklat Chip Ala Anna Olson, Tak Sempat Raya, Confirm Licin!

Mingguan Wanita : Mudah sangat nak buat “S’Mores” ini.Hanya guna 3 bahan je. Boleh buat aktiviti ni dengan anak-anak nanti waktu cuti ni.

Sumber : Faza Farhana

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN