Mee Goreng Basah. Membayangkan mee goreng yang basah berkuah macam ni memang mengundang selera. Apatah lagi makan panas-panas, letak cili jeruk dan perahan limau nipis.Nostalgia dulu-dulu, jika beli mee goreng macam ni dilapik dengan plastik dan dibungkus dalam surat khabar.

Nak mengimbau memori, boleh je kita buat mee goreng basah ni dan bungkus sendiri di rumah.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Emee Sham ini sebagai rujukan;

Ni abang bukan beli tau. Abang masak Mee goreng nostalgia. Payah nak dapat rope mee goreng camni sekarang. Rencah dia kita boh sawi, tauge,isi ayam, taqua,teloq. Kita bungkuih siap dengan paper, baru datang kick dia. Kita boh jugek cabai jeruk dengan perahan limau nipih time kita makan. Memang surrr baq hang. Pebret mak andeh kita ni. Jempot makan geng. Tak hensem takpe, janji dapor berasap.

Resipi Mee Goreng Basah Nostalgia, Bungkuih Siap Dengan ‘Paper’!

Resepi Mee Goreng Basah

Bahan-Bahan:

Sepeket mee kuning (lalukan dengan air paip)
Isi ayam
Air rebusan ayam
Telor
Sawi
Tauge
Bawang putih
Bawang merah
(Tumbuk halus)
Cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Tauhu goreng yang dihiris
Kicap lemak manis
Kicap Masin

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak, dan gorengkan 2 biji Telor. Hancurkan kasar, ketepikan.
2. Tambah sedikit mnyak pada kuali, tumiskan bawang biar agak garing.
3. Kemudian masukkan cili kisar, kacau rata. Tumis sampai cili masak.
4. Dah ok, masukan isi ayam dan kacau rata, biar seketika.
5. Masukkan sos tiram, sos cili dan terus masukkan air rebusan ayam. Biar mereneh seketika, kepekatan kuah ikut sukatan memasing.
6. Letakkan kicap lemak manis dan sedikit sahaja kicap masin. Biar mendidih masukkan tauhu,telor.
7. Akhir sekali masukkan mee. Kacau rata kemudian letak sawi dan tauge. Kalau warna kurang, curahkan kicap lemak manis lagi. Kacau rata dan tutup api.

Resipi Mee Goreng Basah Nostalgia, Bungkuih Siap Dengan ‘Paper’!

Siap! Selamat Mencuba.

Resipi Mee Goreng Basah Nostalgia, Bungkuih Siap Dengan ‘Paper’!

Baca Lagi Di Sini:
Nak CILI JERUK Ranggup, Jangan Letak Air. Hari Ke 4 Dah Boleh Makan

Resipi Mee Goreng Basah Kuah Melekit-Lekit, Perah Limau Nipis Rasa Lebih UMMMPHHH!

MW: Memang menarik resipi mee goreng basah yang dikongsikan ini. Nampak sangat sedap dan cukup membuka selera. Bertambah nostalgia pula bila bungkus dalam ‘paper’. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.

Sumber: Emee Sham

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI