Masakan cina memang tak kurang sedapnya dan ada penggemarnya yang tersendiri. Istimewanya masakan cina selalunya kaedah masaknya secara rebus, kukus, kurang pedas dan sebagainya.
Siapa yang tidak kenal Adam Corrie, pelakon Cina mualaf yang sering membawakan pelbagai lakonan aksi, lagak ngeri mahupun watak antagonis di kaca tv. Namun siapa sangka, penampilannya yang selalu kelihatan ‘ganas’ di kaca tv ini, juga hebat di dapur. Baru-baru ini, Adam Corrie ada kongsikan resipi masakan cina iaitu Ayam Masak Kicap Cendawan yang sedap.
Berikut perkongsian tersebut;
Petang ni saya nak masak Masakan Cina iaitu Ayam Masak Kicap Cendawan Cara Adam Corrie.Ramai yang minta saya tunjuk cara masaknya.
Resipi Ayam Kicap Cendawan Cara ADAM CORRIE .
Ini dia bahan-bahannya;
1. Ayam diperap dengan sos tiram, sos pekat dan kicap cair. Perap semalaman.
2. Tumis halia, cili kering, cili padi. (Kepedasan ikut masing-masing).
3. Kemudian masukkan ayam perapan, satu per satu. Boleh tengok video live saya tempohari kalau tak pasti.
Ads
4. Kemudian tuang lebihan kicap perapan ayam dalam kuali.
5. Cendawan kering yang telah direndam sehingga kembang pula di masukkan di dalam kuali. Masukkan satu labu bawang putih salai (yang telah dibasuh bersih) ke dalam kuali.
6. Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa. Tambah air bagi berkuah.
7. Kemudian masukkan Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kalau pekat kuahnya boleh makan dengan mee sizzling.Kalau tak pekat makan dengan nasi.
Ads
Ini resipi ringkas dari bujang. Mungkin orang lain resipinya lebih grand. Saya bukan Cef, bukan pandai masak pun tapi masak untuk diri sendiri dan keluarga ok la..
Ads
Terima kasih dan tahniah kepada yang sudah mencuba cara masakan saya. Terima kasih dan tahniah kepada yang sudah mencuba cara masakan saya. Saya halalkan resipi ini. Doakan saya dan keluarga saya menjadi hamba Allah yang baik, berbakti pada agama dan masyarakat, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia & akhirat.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie #masakCincaiCincaije #masakanOrangCina #CinaMuslim #ArtisCina
Ada ramai mak-mak yang pandai buat paste tom yam sendiri tetapi kalau anda jenis nak cepat siap, mungkin beli paste yang sudah siap di kedai.
Haaa… pernah terkena beli paste tom yam yang kurang menyengat? Kalau betul nak dapatkan paste tom yam sedap, cuba beli yang Puan Zatty Roslan kongsikan ini.
Paste Tom Yam Sedap
Rupanya ada lagi yang tak tahu pasal paste tomyam yang sedap. Ok, ini pengalaman saya sebagai pengguna dan selalu beli kat padang besar masa duk jitra dulu.
Sekali imbas tengok botol-botol tu semua sama dan ramai bila saya cerita tiga-tiga botol ini lain-lain jenama baru orang perasan. Dan banyak saya tengok orang review masak guna paste yang tak sedap. Yelah sebab saya tahu ada lagi sedap dari tu.
1. Tulisan thailand tu paling sedap
Yang ni tahun lepas saya try cari kat Padang Besar memang payah jumpa. Diorang susun bahagian dalam kedai. Saya cari 1 kedai ke 1 kedai dan ada 2 botol je. Dia mahal sikit dari 2 jenama botol yang lain tu. Cara masak dia senang. Letak air, letak paste, letak segala isi-isi tom yam. Tak perlu nak letak garam gula serai bagai tu. Tapi kalau paste korang letak sikit, letak la semua tu. Tapi sis masak tak letak pun. Letak paste je banyak-banyak. Baru tomyam pekat memikat!
2. Paste tomyam jenama Nang Fah
Perhatikan bulat kecil tu. Yang ni kedua sedap. Harga dia murah sikit dari tulisan thai tadi. Cara masak pun sama. Letak semua tak payah adjust apa. Tapi korang try lah letak susu cair dalam tom yam. Sedap. Dan boleh kurangkan masam dia sikit kalau korang letak banyak paste dia jadi masam. Untuk yang tak berapa suka masam macam saya, boleh letak susu cair.
3. Paste tomyam jenama PUM
Perhatikan bulat kecik tu. Yang ni kurang sedap. Dan banyak orang review masak-maak buat guna paste ni. Maybe kat tempat diorang ada jenama ni je kot. Yang PUM ni memang korang kena orter. Macam korang masak guna paste tom yam sebelum-sebelum ni. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang. Eh banyak lagi laa. Tulis resepi kat sini nanti panjang pula. Paste ni memang berlambak kat padang besar dan harga dia murah dari 2 botol yang kat atas tadi.
Ok, lepas ini korang nak beli paste tom yam perati benda yang saya bulat-bulat kan tu ok.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasa kita dengar biskut florentine yang memang viral setiap tahun. Bukan apa, cara nak buat sangat senang. Campur-campur bahan utama dan bakar. Cuma, kena pastikan supaya dia tidak hangit ajelah.
Kali nie kita ubah sikit kelainan bikut florentine dengan gabungan tart. Ini antara perkongsian daripada Mas Intan Masman
“Orang selalu buat cheese tart tapi saya nak buat tart nie nampak unik dan digemari. Jadi, saya gabungkan kekacang dengan tart. Alhamdulillah sedap, ranggup dan pecah di mulut. Anak-anak makan pun tak cukup.
“Untuk nampak lebih menarik, saya lorengkan coklat kat atas.
“Sejujurnya, idea nak buat nie secara tak langsung. Kebetulan pula, arwah mak saya pembuat kek raya. Saya sambung legasi arwah mak.
“Memang nampak macam unik sikit sebab tart biasa untuk cheese tart. Tapi ini kita letak kekacang lak.
Cara Membuat:
1.Ambil separuh tepung florentine dan masukkan sekali kekacang yang sudah di panggang dalam bekas tertutup.
*kekacang tu boleh ikut suka nak banyak mana.
*bekas tetutup sbb tepung florenta tidak boleh terdedah dengan udara akan menyebabkan jadi beku dan berketul-ketul.
2.Gaul rata bahan dan tepung.
3.Sudukan ke dalam tart mengikut kesesuaian tart tersebut.
4.Bakar suhu 120’c -150’c, guna api atas bawah.
Tip:
Kena rajin tengok sebab takut hangus.
Masa bakar dalam masa 15-20 minit.
Bakar sehingga nampak keperangan.
Angkat dan lorekan dengan coklat.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jadi mak-mak, bila anak mulai demam dan tak kebah-kebah suhunya memang memang merisaukan.Kasihan dan tak sampai hati melihat anak yang aktif dan cergas, jadi lesu, lemah dan tak berdaya.Selain mengamalkan perubatan secara moden, tak salah mak-mak turut mencuba remidi secara semulajadi untuk kebahkan demam anak.
Menerusi perkongsian oleh Hayana Darliz beliau berkongsi resipi Sup Ayam Barli, yang dikatakan berkesan meredakan demam anaknya dengan cara ini.
Berikut antara perkongsian daripada beliau;
“Sekali lagi berjaya tumpaskan demam dengan resepi sup ayam barli ni. Tanpa ubatan dadah. Adam demam panas tak kurang daripada 39.3 suhunya sejak pagi semalam. Kali ni dia jadi lemah sangat. Sepanjang hari lembik, tak selera makan.”
“Bagi hirup sup ayam ni, alhamdulillah pagi ni kebah terus.Resepi sup ayam barli ni tak pernah kecewakan saya sejak dulu lagi.”
Nah saya kongsikan resepinya.
Bahan-Bahan:
Ayam bahagian yang banyak tulang. Lebih baik guna ayam kampung atau ayam tanpa dicucuk antibiotik.
Halia yang banyak. Sebesar penumbuk pun tak apa. Hiris.
Dua sudu besar Barli . Basuh dan tos.
Rempah 4 beradik. Kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang.
Serai diketuk.
Batang saderi.
1 ulas sederhana Bawang merah dimayang.
5-7 ulas Bawang putih cincang
1 sudu besar Apple cider vinegar atau cuka epal untuk 1 liter air
Garam himalaya.
Cara Membuat:
1. Rebus semua kecuali bawang putih dalam pressure cooker. Tak ada pressure cooker pun boleh, jangan stress pulak.
2. Kalau guna pressure cooker rebusnya 20-30minit, kalau rebus biasa 45-60minit.
3. Rasa, adjust garam. Tutup api.
4. Tabur bawang putih cincang.
Hiruplah sebanyak mana pun sampai demam kebah. Nak jadikan rutin mingguan pun boleh.
Ayam boleh tukar kepada tulang lembu atau kambing. Guna pressure cooker sejam, periuk biasa reneh sejam setengah.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...