Biasanya, kalau bulan puasa, kerang selalu orang cari. Kadang-kadang, ratah dan dicicah dengan sosnya pun dah cukup. Apatah lagi, kalau digandingkan dengan sos thai, memang terangkatlah.
Walau bagaimanapun, susah juga untuk dapatkan sos thai yang mampu menaikkan selera kita. Rupanya, mudah sangat cara nak membuatnya dan sos ini juga boleh dicicah dengan makanan lain juga.
Perkongsian daripada Liza Idris ini boleh membuatkan kita ‘telan air liur’ dengan resipi kerang rebus sos thai. Paling penting, sosnya buat sendiri dan ikut kesesuaian kita dengan tahap kepedasannya.
Sebenarnya, resipi ini saya olah sedikit supaya tak sakit perut bila makan. Mungkin dengan tahap kepedasannya. Kurangkan rasa pedas, jadi anak-anak pun boleh makan sama.
Bahan-bahan:
1 kg kerang
5 biji bawang putih
1 biji cili merah
3 biji cili api (masukkan sedikit untuk anak makan)
1 biji tomato
Sedikit daun ketumbar dan limau purut.
Bahan sos:
2 sudu sos tiram
2 sudu oren sunquick
2 sudu sos ikan
Setengah cawan air
Cara Membuatnya:
1. Rebus sekejap, angkat dan curahkan air sejuk supaya isi kerang tak kecut. Kemudian kopek dan buang sebelah kulit saja.
Ads
2. Tumbuk kasar bawang putih dan cili. Kalau nak pedas lagi, lebihkan cili padi. Hiriskan dadu tomato, hiris daun ketumbar dan limau purut (pilihan).
3. Ini bahan nak buat sos. Semuanya ambil 2 sudu. Ikut jugalah pada cita rasa nak letak lebih sedikit pun tak apa. (Pembetulan pada sos ikan tu susu = sudu).
4. Siap tumbuk dengan mesin moden. Jimat masa.
5. Masukkan air setengah cawan, nak lebih kuah masuk lebih sikit. Biarkan ia mendidih sekejap dan masukkan semua bahan sos. Kacau rata.
Ads
6. Bila kuah sudah pekat, masukkan cili dan bawang yang ditumbuk tadi. Kacau sebati.
7. Kemudian masukkan gula, garam atau serbuk perasa ikut kesukaan. Sebelum nak masuk rasa dahulu sebab bahan sos tadi dah ada yang masin dan masam.
8. Akhir sekali, masukkan tomato dan daun ketumbar.
Ads
9. Siap. Curahkan pada kerang tadi.
10. Nikmat bila diratah begitu saja.
Selamat mencuba!
#KakLizaMasukDapur
MW: Nanti boleh cuba…mahunya kalau ratah, tak sedar dah habis, kan!
Tak susah nak buat apam nasi sejuk ni. Bahan asasnya dari lebihan nasi sejuk di dapur rumah anda. Biasanya lebihan nasi tu kita buat nasi goreng atau campurkan dalam cekodok jagung. Ini ada satu lagi idea best yang suri boleh praktik. Mudah saja nak membuatnya.
Perkongsian resipi daripada Puan Norazizah Hj Ruslan Certified Therapist (ITEC-UK), Wellness Coach ini menggalakkan langkah-langkah penjimatan dan mengelakkan pembaziran makanan harian.
“Nasi sejuk jangan dibuang. Membazirkan! Apatah lagi harga beras pun mahal. Tambah-tambah kalau guna beras wangi. Nak buat nasi goreng, ada sejemput jer. Jom buat apam beras.”
1. Kisarkan nasi & gula dengan 1 cawan air hingga hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit, yis & air hingga habis.
2. Biar 2-3 jam hingga adunan naik berbuih.
3. Sapu minyak diacuan untuk elak melekat. Kukus sehingga masak.
Nak Lagi Sedap, Buat Cara Ini
Sedap dimakan begitu saja atau digaul dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.
Setiap negeri pasti ada keunikan kuih tradisional yang tersendiri. Kuih bunga atau tepung bunga ni merupakan salah satu kuih yang cukup popular bagi orang di Terengganu. Katanya selalu dihidangkan sewaktu makan ketika berbuka puasa. Nak buat kuih ni pula cukup mudah hanya guna 4 bahan.
“Kuih bunga atau tepung bunga. Kuih orang Ganu paling simple dan cepat buat. Tak sampai sejam dah siap guna 4 bahan je, tepung pulut, air, telur dan gula. Ade jugak orang bubuh santan sikit nak bagi lemak tapi kite ikut resepi mak kita. Kecik-kecik dulu suka tolong mok getey kalu bulan pose. Rase die lembut + liat-liat + manis”
Campur air dengan tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sikit lagi.
2. Ambik sikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari. Pastu, celupkan kuih ke dalam telur.
3. Goreng didalam minyak yang panas hingga merekah dan berbunga-bunga. Kalau tak berbunga tak la namanya kuih bunga kan. Jaga-jaga dia meletop sikit..kite pun tekejut.
4. Angkat dan toskan. Salut dengan gula.
Info Ekstra!
Doh yang digentel direbus dulu, dah timbul angkat toskan dalam air biasa bagi sejuk dulu. Nanti dah sejuk sejatkan, baru celup telur dan goreng.Nak sedap dan lemak, telur tu letak garam sikit.
MW: Mudah je rupanya nak buat ‘Tepung Bunga’kuih tradisi negeri Terengganu ni. Guna 4 bahan je dah boleh jadi kuih yang sedap untuk manisan untuk berbuka puasa. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Memasak hidangan istimewa seperti nasi minyak, briyani, nasi Arab dan lain-lain nasi tumis, amat sesuai menggunakan beras basmathi. Hasilnya nanti, nasi akan menjadi cantik, tidak patah dan enak.
Menanak nasi mungkin nampak mudah tetapi boleh juga menjadi rumit apabila nasi menjadi mentah. Kemahiran memasak yang pertama sering diajar ialah cara menanak nasi agar terhasil elok dan tidak mentah.
Tip Masak Nasi Guna Beras Basmathi
Namun untuk memasak beras ini, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.
Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:
Elok Cantik, Lembut & Berderai
1.Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.
2.Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.
3.Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.
4.Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.
Nur Izati Mohd Hairi reda dengan pemergian anaknya, seorang murid autisme lemas ketika aktiviti air di Kompleks Sukan Desa Tasik. Beliau tidak menyalahkan cikgu-cikgu dan menerima takdir dengan tabah.