Mee Bandung cukup popular di Muar, Johor. Rahsia kesedapan kuah Mee Bandung yang asli adalah menggunakan air rebusan daging dan campuran kacang tanah yang dikisar. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak dan nak buat pun simple je.
Boleh cuba resepi mudah yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezshaini.
“Jemput minum petang..hujan-hujan ni menu “Mee Bandung”. Ada yang minat ke? Ikut resepi arwah mak saya dulu,simple je.”
Bahan-Bahan:
2 senduk Cili kering, bawang besar dan bawang putih (dikisar)
Kacang tanah (goreng & kisar)
Udang kering (dikisar)
Daging direbus (air rebusan asingkan)
Udang basah
Telur
Sawi/Kailan
IKLAN
Cara Membuat:
1.Tumis cili sehingga naik minyak, masukkan udang kering dan kacang tanah, kemudian masukkan air rebusan daging.
2.Kacau sebati, biarkan mendidih pastikan garam gula secukup rasa.
3.Masukkan pula udang basah, biarkan seketika, masukkan pula daging, pecah telur dan masukkan sayur.
Nak menghasilkan Nasi Ayam yang luar biasa ‘terasa’ kesedapannya ada cara dan tekniknya. Jika ingin mencuba kelainan dan menikmati Nasi Ayam ‘sebenar’ boleh cuba resipi oleh Puan Rafiza Idayu ini.Menurut beliau, cara ini adalah adaptasi resipi Nasi Ayam Kak Laily Subang dan perapan ayam dengan resipi steak Me’nate oleh Tuan Mustaffa Haji Othman, bekas masterchef yang pernah berkhidmat di Istana Buckhingham.
Berikut antara perkongsian tip tersebut:
1.Nasi Tampak ‘Mewah’ & Sedap
Tip:
-Rendam beras dengan kunyit dalam 15-30 minit dan toskan.Memadai 1 kecil sudu serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita kuning krim sahaja. Warna pastel menampak hidangan kita kelihatan ‘mewah’.
-Lemak ayam adalah ‘the ultimate secret’ dalam pembuatan nasi ayam.Lemak paling banyak di bahagian tongkeng ayam.Jangan buang, ambil lemak tersebut untuk digunakan ketika menumis nanti.
Bahan-Bahan:
Beras 3 pot (untuk 6-7 orang)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Kiub pati ayam (pilihan)
Bay leaf (atau daun pandan) – untuk wangi
Lemak ayam
Air rebusan ayam
Serbuk kunyit
Cara-caranya:
1.Panaskan lemak ayam dalam periuk nasi diatas dapur dan Tutup.
2.Setelah lemak tadi bertukar menjadi minyak, buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
3.Kemudian masukkan,bay leaf (daun salam) dan kiub pati ayam.
4.Masukkan beras. Pastikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air rebusan ayam tadi akan dimasukkan juga sama sukatannya dengan sukatan beras tersebut.
5.Pindahkan ke periuk nasi.Biar sehingga masak.
2.Ayam ‘Juicy’
Tip:
1.Masak air hingga mendidih dan guna api besar.Pastikan didihkan air yang banyak hingga mampu tenggelamkan semua ayam.
2. Bila dah menggelegak baru masukkan ayam. Ayam pilih 2 kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke, nak potong 4 ke atau ayam seekor direbus.
3.Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit. (Kalau ayam seekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit).
*Tujuan gunakan air mendidih untuk ‘perangkap, jus ayam agar kekal di dalam daging ayam tersebut.
*Asingkan air rebusan ini untuk digunakan buat sup,nasi dan sambal.
Perapan Ayam
Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan (pilihan)
Sedikit lada sulah
Cara-caranya:
1.Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.Tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
2.Perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
3.Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat.Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.
*Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan.
3.Sambal Nasi Ayam
Bahan-Bahan:
6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Cara-caranya:
1.Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.
2.Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
3.Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.
Siap!
Namun yang paling penting, memasak ini ada satu BAHAN paling mahal iaitu KASIH SAYANG.
Masukkan bahan itu, itulah resipi sebenar masakan kita sedap.Setuju?
Roti sardin celup tepung memang sedap dan mudah disediakan. Baik untuk menu sarapan pagi mahupun untuk minum petang. Namun selalunya jika tak tahu cara betul goreng roti sardin ni, ia akan serap minyak, tak rangup dan jadi lembik. Ikut resipi ini, tak guna telur pun namun tetap boleh rangup. Paling penting kena tahu cara bancuhan tepungnya.
Ikut cara dan resipi yang dikongsikan oleh Instafamous dalam bidang masakan Yatie Kitchen ini kongsikan
Roti Sardine Kantin Sekolah , tak serap minyak dan rangup bila dikunyah, tanpa letak Telur!
Tips : Campuran air panas & air sejuk untuk adunan tepung dan perahan limau nipis!
Resipi Sambal Sardine:
Bahan-Bahan:
1 tin Sardine dalam Sos Tomato @adabi_consumer Tin Kecil
Hirisan Bawang Merah Besar
2 ulas bawang putih
1 biji Cili padi merah (hiris serong)
2 biji Cili padi hijau (hiris serong)
1/4 biji limau nipis
1/2 sudu kecil Gula merah
1 sudu besar Cili kisar
1/4 keping Asam keping
Cara Membuat:
1.Tumis bawang, bawang putih dan cili padi sehingga garing , masuk cili kisar, masukkan sardine ( sos jangan dibuang ), biarkan sampai pecah minyak.
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air sejuk
1/2 cawan air panas
1/4 sudu serbuk kunyit @adabi_consumer
Garam
Mushroom seasoning
1/2 biji Limau nipis
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan-bahan di atas, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.
2. Masukkan sardine ke dalam roti, lipat dua, celup dalam adunan tepung.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Pusing-pusingkan supaya sekata.
4. Agak-agak dah kekuningan toskan pada kitchen towel.
Sedapnya menikmati french toast yang digandingkan dengan kopi o panas. Ala-ala seperti makan di kedai kopitiam.
Tapi sayangnya, keadaan sekarang tidak mengizinkan. Cara mudah nak nak kempunan makan french toast adalah dengan buat sendiri.
Rupanya nak buat french toast ini tak adalah susah sangat. Cukup bahannya pasti menjadi. Malah, ada banyak cara nak membuatnya. Ikut kepada kreativiti mak-mak.
Kali ini french toast yang dikongsikan oleh Wan Rosni boleh pikat hati anak-anak. Dengan bahan sosej dan keju, tentunya buat anak-anak suka. Nanti bolehlah buat untuk sarapan anak-anak.
“Sarapan kali ini bertemakan roti dan sosej. Siapa kata tak boleh buat French Toast sendiri di rumah? Sangat senang nak buat. Paling penting anak-anak suka.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Roti
Sosej
Kepingan keju
Telur
Marjerin
Sosej hiris dua dan goreng seketika dengan menggunakan sedikit marjerin.
Selepas itu, boleh susun sosej yang digoreng seketika tadi di atas roti dan letakkan sekeping keju.
Celup kepingan roti tadi ke dalam telur dan goreng di atas kuali leper dengan menggunakan sedikit minyak.
Potong dua dan sedia untuk di makan.
#daridapurmama
Mingguan Wanita : Kalau dah tak ada idea nak buat sarapan apa…boleh buat resipi ini, paling mudah dan cepat. Sedap pun sedap!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
"Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap "askar lain semua mati masa perang..." Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja...