Hari ini ramai yang turut bersedih dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya pada 5.13pagi akibat jangkitan Covid-19.. Meskipun ramai yang mengenalinya sebagai seorang selebriti, namun kehilangannya terasa begitu dekat di hati semua.

Selain perkongsian mengenai kerjaya dan keluarga, arwah Siti Sarah juga sering berkongsi resipi-resipi masakan buat para peminatnya di Instagram. Perkongsian masakan dengan penuh ceria dalam loghat Terengganu dengan cara yang tersendiri, pastinya akan dirindui nanti.

Resipi ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’ merupakan air tangan terakhir Siti Sarah, yang sempat dikongsikan oleh arwah sehari sebelum dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU.

Perkongsian resipi Ketam Sweet & Sour Chinese Style, air tangan terakhir Siti Sarah seperti berikut;

Bahan-Bahan:

Ketam Bunga/Ketam Nipah

Bawang putih
Halia
Cili Boh/ Cili Kisar
Sos Cili
Semangkuk Air
Cuka
Kicap Cair
Sos Tomato
Air Tepung Jagung
1 sudu black vinegar
Putih Telur

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.

RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’, Air Tangan Terakhir Siti Sarah2. Kemudian masukkan cili boh, tumis dan kacau sehingga garing.

RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’, Air Tangan Terakhir Siti Sarah3. Masukkan pula sedikit gula dan sos cili.

RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’, Air Tangan Terakhir Siti Sarah4. Selepas itu masukkan sedikit sos tiram dan kicap cair.

RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’, Air Tangan Terakhir Siti Sarah5. Masukkan semangkuk air, black vinegar dan sos tomato.

IKLAN

RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’, Air Tangan Terakhir Siti Sarah6. Masukkan garam dan ketam yang telah dibersihkan tadi.

RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’, Air Tangan Terakhir Siti Sarah7. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan biarkan pekat sedikit dan masukkan putih telur.Kacau perlahan-lahan.

RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’, Air Tangan Terakhir Siti Sarah8. Masukkan kulit ketam, tutup kuali, biarkan seketika dan boleh dihidangkan.

RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’, Air Tangan Terakhir Siti Sarah

 

RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’, Air Tangan Terakhir Siti Sarah

IKLAN

Titip Doa Ketika Memasak

Disamping itu, seperti kebiasaan di dalam perkongsian resipi-resipi masakan beliau sebelum ini, Siti Sarah juga sempat menitipkan doa ketika memasak iaitu;

“Bismillahirahmanirrahim, Ya Allah Ya tuhanku siapa sahaja yang makan makanan ini Ya Allah, tenangkanlah hati mereka, murahkanlah rezeki mereka, Jadikanlah mereka hambamu yang taat, Ya Allah”

Baca Lagi Di Sini :
Allahyarham Siti Sarah Berkali Tanya, Nak Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin

Allah Lebih Menyayangimu, Siti Sarah Meninggal Dunia, “Bidadari Saya Pergi Selamanya” Shuib

“Bangun 5 Pagi Tolak Troli, Buka Gerai, Barulah Ke Sekolah” Siti Sarah

Kematian Isteri KEHILANGAN Paling Perit Buat Suami, Bukan Mudah Padamkan MEMORI Hidup Bersama

IKLAN

Shuib Tunai Hasrat Allahyarham, Siti Sarah Ingin Dikebumi Sebelah Arwah Ibu

Mingguan Wanita : Alfatihah buat arwahyarham Siti Sarah. Semoga perkongsian resipi ini juga, menjadi salah satu ‘saham akhirat’ buat beliau dan menjadi asbab ke syurga. Amin. Selamat Mencuba!

Sumber: IG Siti Sarah Raissuddin

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI