Kek marble jelita, cukup popular di kalangan mak-mak yang memang suka membuat kek. Bukan itu sahaja, cara nak membuat pun sangat senang. Sehinggakan ada kelas-kelas memasak yang menawarkan cara membuat kek ini dan turut menerima tempahan untuk jualan.
Bukan sekadar nampak cantik, kek marble ini sudah semestinya sedap. Paling best, bahan yang diperlukan untuk membuatnya senang dan mudah. Pastinya anak-anak pun suka dengan keenakkan kek ini.
Bagi penggemar kek marble jelita ini, biasa sebelum ini hanya membeli atau menempah daripada penjual. Apa kata kali ini, buat sendiri di rumah. Malah, yang paling menarik, rahsia nak pastikan kek ini sedap, letakkan sedikit serbuk horlick yang kita minum itu. Bukan sahaja sedap tapi lemak berkrim lagi.
Perkongsian daripada Cek yah ini cukup menarik. Dia turut menunjukkan satu persatu cara untuk membuatnya. Selamat mencuba.
Bab mewarna ini ikut kreativiti masing-masing. Cek Yah guna 3 warna sahaja.
Ads
Nak letak dalam piping beg boleh, nak pakai sudu saja pun boleh.
Untuk lorekan Cek Yah guna lidi macam ini.
Yang ni ikut pada suhu oven masing-masing ok, kalau rasa kek macam tak masak lagi boleh tambah masa…kadang ada yang perlu tinggikan lagi atau rendahkan lagi suhu.
Lepas masak terbalikkan atas redai dan buang baking paper. Maaf, Cek Yah punya redai old school so kena pandai2 cari idea, kena terbalikkan 2 kali utk dapatkan 2 line bentuk kotak2 tu ok
Nak bagi cantik potong setiap sisi untuk hasil yang kemas dan menarik. Tapi kalau nak makan sendiri di rumah tak payah buang pun tak apa
MW: Lepas ni, penggemar-penggemar kek mak corak yang jeita mah pun cantik bergantung pada kreativiti sendiri. Selamat mencuba.
Setiap mak-mak ada cara tertentu nak masak sup. Bagi yang masak sup tanpa minyak, mudah saja hanya masukkan bahan dan renehkan. Tapi ada juga yang suka tumis dahulu bahannya.
Biasa kalau ada ahli keluarga yang kurang sihat, sup menjadi pilihan dan boleh bangkitkan selera makan. Bukan sebarang sup ye sebab ia juga bagi anda yang sedang berpantang, memang sangat membantu.
Resipi yang dikongsikan ini beri kelainan dengan masak sup lada hitam. Dah tentu rasanya lagi power dan bila makan boleh buat badan cepat berpeluh.
Resipi sup ini bukan hanya untuk orang tidak sihat saja tapi bagi yang sihat ia boleh membantu untuk segarkan badan.
Kalau ada rasa nak demam, batuk, selesema pun bolahlah hidangkan sup ini. Buat yang dalam pantang pun boleh makan sebab sup ini dimasak tanpa minyak.
Bahan-bahan:
Halia – hiris
Serai – ketuk
Bawang merah – hiris
Bawang putih – hiris
Ketulan ayam
Lada hitam – ditumbuh
Garam dan gula.
Air
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan dengan ayam. Kemudian, didihkan saja.
.
2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar.
.
3. Didihkan dengan api perlahan sehingga ayam masak.
.
4. Masukkan bahan perasa. Kacau dan sedia dihidangkan.
.
Tip:
1. Jika ingin rasa masam, boleh tambahkan sedikit asam keping dengan saiz kecil. Jangan letak asam jawa.
2. Boleh juga tambah lada putih.
3. Pastikan lada hitam ditumbuk kasar. Jangan guna serbuk lada hitam sebab ia boleh memberikan rasa yang berbeza.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Inilah hidangan yang paling cepat dan mudah. Boleh buat makan bertambah-tambah.
Pasti ramai yang teringin hendak makan Kerabu Sotong Segar, kan?
Kali ini Mingguan Wanita mahu berkongsi resipi kerabu sotong segar yang dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Afy AL Habibi
Bahan-bahannya pun ringkas. Cara membuatnya pula mudah sekali. Rasa kerabu sotong yang masam manis ini sudah pasti membuka selera anda.
Kerabu Sotong Penuh Warna Warni
RESIPI KERABU SOTONG
Perkataan pertama sedap sangat!
Kecur liur cikgu. Segar rasanya.
Sos tu cikgu olah je ikut citarasa sendiri. Cikgu makan ratah je. Kalau dengan nasi sesuai makan dengan hidangan sup atau tomyam.
BAHAN-BAHAN KERABU SOTONG
-3 Ekor Sotong Saiz XL
– 1 biji mempelam lemak
– 1/6 setiap jenis lada benggala
– 1/3 bunga kantan
– 1/3 carrot
– 3 biji tomato ceri
– 1 batang serai
– 1 biji bawang besar
– 1 batang daun ketumbar
– 1/4 bawang besar
– 4 tangkai cili padi merah dan hijau
BAHAN-BAHAN SOS
– 2 sudu besar kicap sotong
– 1 sudu besar sos tiram
– 3/4 sudu besar gula perang castor
– 1/3 sudu besar garam bukit
-3 hirisan lemon- perah dan ambil jus sahaja
-Secubit dua serbuk lada hitam
-Sedikit cili flakes
1-Bersihkan 3 ekor sotong saiz XL.
Hiris bulat. Kemudian panaskan air. Celur sekejap dan toskan.
2-Sediakan bahan hiris.
– 1 biji mempelam lemak
– 1/6 setiap jenis lada benggala
– 1/3 bunga kantan
– 1/3 carrot
– 3 biji tomato ceri
– 1 batang serai
– 1 biji bawang besar
– 1 batang daun ketumbar
– 1/4 bawang besar
– 4 tangkai cili padi merah dan hijau
3-Gunakan mangkuk besar. Masukkan ;
– 2 sudu besar kicap sotong
– 1 sudu besar sos tiram
– 3/4 sudu besar gula perang castor
– 1/3 sudu besar garam bukit
-Kemudian, perah 3 hirisan lemon. Ambil jusnya sahaja
-Tambahkan juga secubit dua serbuk lada hitam dan cili flakes.
4-Kacau rata sos.
5-Masukkan bahan hirisan tadi beserta sotong. Gaul rata
6-Sedia untuk dinikmati terus atau simpan dalam peti seketika.
Mudah sangat jika nak buat Almond Crunchy Chocolate ini hanya guna dua bahan iaitu coklat dan badam. Tak perlu susah payah nak uli doh dan terap buat adunan. Kacau atas dapur, sejukkan dalam peti sejuk sekejap dah boleh siap.Sesuai juga buat yang suka kudapan jenis kekacang berbanding adunan tepung.
Menurut pemilik resipi Puan Farhan Hani, walaupun modalnya besar sikit dalam RM33 tapi sedap dan berbaloi serta sesuai untuk jamu keluarga.Boleh dapat dalam 110 biji ikut adunan ini.
Bahan-Bahan :
Badam 500gm (terpulang nak guna yang jenis hiris panjang @ slice)
Coklat masakan Beryl’s 500gm
Cara Membuat :
1. Bakar badam tu dulu (utk bagi crunchy). Saya bakar almond tu dengan suhu 150°c masa 20 minit (bergantung pada oven masing2 ye). Untuk yang tiada oven boleh sangai atas dapur (sangai tanpa minyak) dengan api sederhana dan sejukkan badam.
2. Cairkan coklat dengan kaedah double boil.
3. Bila coklat dah cair dan sejuk ckit, boleh masukkan badam yang dibakar tadi, gaul sampai sebati. Pastikan semua badam bersalut coklat.
4. Masukkan badam kat dalam paper cup kecil. Boleh guna sudu kecil. Selepas tu susun dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais kat bahagian sejuk beku selama 5 minit. Siap!!
MW: Mudah sangat resipi ni. Sesuai buat mak-mak yang tak berapa pandai buat biskut yang kena uli doh tepung. Anak-anak pun boleh tolong sekali nanti.Yang pastinya gerenti sedap.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.