Ayam goreng boleh dikatakan menu kegemaran anak-anak yang mudah disediakan.Namun nak buat ayam goreng yang rangup ala-ala KFC ada caranya. Rupanya kena salutkan dengan tepung protien tinggi sebagai salah satu ramuannya. Malah nak goreng ayam agar masak sekata pun ada tekniknya.
Boleh cuba resipi Ayam Goreng Crispy dan tip goreng ayam yang dikongsikan oleh Puan Umie Nurhayatiini.
Resepi ni sesuai untuk orang berniaga ye, so sukatan memang agak banyak. Jadi kalau nak buat sikit bahagikan sahaja ikut kesesuaian
RESEPI AYAM GORENG CRISPY 3 BAHAN
Bahan A
1 1/2 kg ayam
Bahan B untuk salutan
1kg tepung protein tinggi
250 gm tepung jagung
secukup rasa/pasti sedap (ikut selera masing-masing)
Cara Membuat:
1. Perap ayam terlebih dahulu. Ni boleh ikut la sesuai selera nak perap macam mana. Akak tak perap sebab ayam ni untuk anak je ha.
2. Campurkan bahan-bahan B.
3. Ambil sedikit sahaja campuran bahan B tadi dan bancuhkan dengan sedikit air untuk celupan.
4. Celupkan ayam tadi ke dalam campuran tepung, gaul rata.
5. Lepas tu celupkan ke dalam air celupan yang dah disiapkan tadi. Air celupan tu saya guna sedikit dari bancuhan tepung.
6. Salut lagi ayam bersama tepung tadi sehingga dapat texture ayam tu macam ala-ala ayam goreng KFC gitu.
Ads
7. Terus goreng ke dalam minyak masak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
8. Goreng ayam sehingga masak.
9. Bolehlah dihidangkan.
Ads
Tepung protein tinggi tu tepung yang biasa orang buat roti, donut dan pau. Dekat kedai bakery ade jual.
Info Ekstra!
Tip untuk dapatkan ayam goreng masak sekata.
1. Pastikan minyak betul-betul panas sekata.
2. Masak dengan api sederhana besar selama 5 minit.
3. Setelah 5 minit turunkan pada api kecil dan goreng selama 15 hingga ke 20 minit.
4. Last sekali naikkan kembali api ke sederhana besar,goreng sehingga 5 minit lagi.
5. Angkat ayam dan toskan.
6. Kalaw nak pedas, boleh tambahkan serbuk lada kering ye.
MW: Begini rupanya nak buat ayam goreng crispy ala-ala KFC. Kena salut ayam guna tepung protien tinggi rupanya dan cara menggoreng pun ada tekniknya barulah masak sekata. Mak-mak yang selalu buat ayam goreng bolehlah cuba tip dan resipi yang dikongsikan ini.
Bila tengok resepi Sambal Belacan Thai yang dikongsi oleh Puan Zieha Na Zieha, nampak gaya memang menggoda! Nak-nak pula kalau makan dengan ulam-ulam hijau.
Jadi daripada membawang, baik kita menyambal. Kata Puan Zieha, sambal belacan thai ini kali kedua buat, memang stok untuk sebulan. Tapi biasanya tak dan sebulan pun, 2 minggu je dah habis.
Bahan Untuk Masak Sambal:
1 mangkuk penuh lada kecik
6 biji lada besar
1 biji bawang holland (bakar)
6 ulas bawang putih (bakar)
8 biji limau kasturi (potong 2 buang biji)
1/2 cawan cuka
1 keping nisan/gula melaka
1 sdk garam
3 sdb gula
1/2 sdk belacan
Cara Godek Sambal Belacan Thai:
Blend semua pastu siap silalah makan.
MW: Kalau ada sambal, makan nasi panas-panas, siap boleh bertambah-tambah walau lauk cuma ayam goreng.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Di Semenanjung, pokok tuhau dipanggil tepus. Istilah umumnya tepus gajah, tepung kesing dan sebagainya. Tapi dari banyak-banyak jenis tu, tuhau saja yang boleh dimakan sama ada direbus, jadikan jeruk atau pes.
Masakan dari pokok tuhau ini popular di Sabah. Memang mudah di dapati di sana. Harganya juga jauh lebih murah. Nama saintifik pokok tuhau ini Etlingera coccinea dalam keluarga Zingiberaceae.
Kalau tiba musim perayaan bekalan tuhau ini pasti akan berkurangan. Tuan Jusery Jausinberkongsi resipi dan panduan penyediaan pes tuhau ini. Uniknya pes tuhau ini boleh dicampur dalam pelbagai jenis masakan. Dan ia akan membangkitkan aroma masakan jadi lebih menyelerakan.
Bahan-bahan
15 batang umbut tuhau
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu serbuk rempah 4 sekawan ((bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis)
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat
Cuci bersih umbut tuhau dan potong ½ inci untuk mudah hancurkan selepas dikisar. Ketepikan.
Kupas bawang merah dan bawang putih. Belah dua.
Serai, halia dan lengkuas potong kecil-kecil.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam pengisar kecuali garam hingga hancur. Tambah air sedikit untuk mudah hancur.
Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan pestuhau tadi ke dalam periuk dan masak sampai naik minyak. Tambah garam dan sentiasa digaul agar tak melekit.
Sejukkan dan masukkan ke dalam kontena bertutup/ bekas bertutup.
Panduan Selepas Di Simpan Dalam Bekas Bertutup
Simpan dalam peti sejuk. Ia akan bertahan sehingga 8 bulan.
Pes tuhau sesuai digunakan untuk campuran pelbagai jenis masakan:
Masak rendang ayam tuhau/daging rendang tuhau – guna bahan-bahan rendang yang biasa dan campurkan 3 sudu besar pes tuhau. Masak seperti biasa.
Nasi tuhau – masak bawag merah, bawang putih, halia, 2 biji tomato dan lobak merah dan campurkan 2 sudu besar pes tuhau. Goreng hingga garing dan masukkan dalam nasi yang ditanak.
Sayur tumis kacang panjang – tambah 1 sudu pes tuhau bersama bahan-bahan seperti bawang dan lain-lain.
Makaroni goreng – tambah 2 sudu besar pes tuhau ke dalam bahan-bahan tumis sebelum makaroni dicampurkna ke dalam pes.
“Saya cadangkan buat hidangan nasi tuhau berempah dan ayam rendang tuhau atau daging rendang tuhau.”
Lebihan nasi yang tak habis jangan dibuang boleh buat macam-macam. Salah satunya mak-mak boleh jadikan keropok nasi sejuk. Caranya tak rumit mana, kena ikut satu persatu langkah yang dikongsikan oleh Puan Eina Izzaraini. Dah siap goreng boleh lah buat kudapan sambil tengok tv ke, makan dengan nasi goreng atau bihun goreng pun sedap.
Berikut perkongsian tersebut;
“Keropok nasi sejuk.Pertama kali buat.Terima kasih empunya resipi halalkan ya.”
Bahan-Bahan;
Nasi Sejuk
Bawang putih
Biji ketumbar
Ikan bilis
Garam
Tepung ubi
Cara Membuat:
1. Rendam nasi sejuk dalam 1 jam, kemudian tos bagi kering air, kemudian blend kering.
2. Tumbuk bawang putih, biji ketumbar dan ikan bilis.
3. Gaul semua bahan-bahan tumbuk ke dalam nasi tadi, perasakan dengan garam dan sedikit gula kalau suka.
4. Masukkan tepung ubi ke dalam bahan-bahan tadi uli sampai tak lekat ditangan. Tepung letak sikit-sikit ya.
5. Dah siap bentuk-bentukkan kemudian rebus sampai timbul ya.
6. Angkat sejukkan sikit kemudian letakkan pewarna kesukaan.
7. Dah siap simpan dalam peti sejuk semalaman untuk senang kita potong.
8. Lepas potong nipis semua boleh la jemur. Saya jemur 1 hari ja, tempat saya panas sekarang.
JAIP sahkan pernikahan Uqasha & Kamal Adli sah menurut syarak selepas pasangan selebriti itu dinikahkan secara rasmi pada 4 November 2021 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.