Air lawa. Bunyi macam pelik namanya. Sebenarnya, ia macam air asam juga. Sedapnya kalau dapat cicah dengan ikan bakar. Tak perlu lauk lain pun dah cukup.
Mungkin ada antara kita tka pernah denganr air lawa. Tapi kalau sebut air asam semua orang tahu. Inilah air asam yang boleh kita makan dengan daging rebus, daging bakar atau perut. Nak makan dnegan ikan bakar pun boleh. Ikut selera masing-masing.
Resipi istimewa dari Ida Shahida untuk raya korban nanti. Boleh jadikan salah satu menu yang wajib ada untuk cicah dengan daging yang dimasak nanti.
Ini adalah sambal yang saya guna untuk cicah daging rebus. Mesti selera makan akan bertambah-tambah dengan kesedapan dan keharuman sambal ini.
Kalau orang melayu, pasti kena dengan selera melayu dan paling bestnya, kesedapannya mengalahkan semua air asam untuk cicah daging.
Resipi Air Lawa – Ia sejenis air asam yang tidak dimasak untuk dicicah dengan daging atau ayam bakar/rebus.
Ads
AIR LAWA (cicahan daging rebus atau bakar)
Bahan:
2-3 kilo daging@perut – direbus empuk
(jika hanya sekilo daging, dikurangi bahan)
Bahan A : Dikisar halus
10 batang serai
½ inci halia
1 inci lengkuas
1 genggam kelapa parut disangai (jika ada)
15 ulas bawang merah
1 gengam daun kesum* (ambil daunnya sahaja)
4 tangkai daun selom (laksa)*
10 helai cekur*
10 helai daun selasih*
(sekiranya tiada kesemua jenis daun tersebut, maka gunalah yang mana mana ada di antaranya sahaja).
15 biji cili padi – (suka pedas boleh tambah)
3 tangkai cili besar/merah
1 sudu belacan bakar
Bahan di atas dikisar sekalian semuanya.
Ads
Bahan B
1 cawan santan segar kental @ 1 kotak kecil (200ml) santan
(tak perlu dimasak jika air lawa berlebihan simpan dalam peti ais untuk dimakan esok pulak)
3 sudu kerisik
2 biji air limau nipis
Garam
1 sudu gula putih
1 sudu gula merah
ajinomoto (jika suka) (boleh tambah/kurang apa2 bahan diatas ikut sedap rasa anda)
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan yang dikisar halus tadi dalam bekas.
2. Campurkan santan, kerisik, garam, gula, dan air limau nipis.
3. Gaul semua bahan sehingga sebati. Dah siap maka bolehlah dicicah dengan sebarang jenis daging atau pun ulam ulaman…
.
.
Ads
Mudah kannnnnn….
Saya Hidangkan bersama daging rebus dan perut.(sebagai pencicah)
pastu makan ngan nasi panas panas. Sedap sangat.
Mingguan Wanita : Kecur pula air liur ye. Nanti kita cuba buat.
Jika tiada laksa kering, sebenarnya boleh buat sendiri laksa beras di rumah. Mudah je hanya gunakan 4 bahan, malah cara nak buat pun senang dan laksa cantik tak putus-putus. Terjamin halal, suci dan sedapnya memang lain macam apabila dimakan dengan kuah laksa.
Boleh cuba buat sendiri laksa beras ‘fresh’ seperti yang dikongsikan oleh Puan Ummu Ashraf ini sebagai panduan
Kami tinggal berdua saja, suami-isteri. Hari ni teringat laksa Penang, tapi lupa nak rendam laksa kering.
Kerepek kentang atau ‘potato chips’ memang sedap dijadikan kudapan ketika tengok tv, movies dan sebagainya. Jik selalu kita beli je kerepek kentang ni, sebenarnya boleh buat sendiri juga. Memang cantik kejadiannya rangup, nipis dan tak hangit. Malah bila buat sendiri lebih jimat, puas hati makan.
Boleh cuba buat kerepek kentang rangup dan nipis ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Mar Dhiah sebagai rujukan;
Siapa peminat kentang macam saya kat sini? Kalau kentang banyak kat dapur sis tu meh la cuba buat kerepek kentang (potato chips) home made ni. Resepi ni saya jumpa kat page dalam FB tapi tak ada tulis dari sumber mana jadi saya credit to owner lah ya, minta halalkan dunia akhirat.
Bahan-bahan nk buat kerepek kentang ni senang yakmat, mesti ada kt dapur punya.
Bahan-Bahan:
3 biji Kentang
2 sudu besar Cuka
500ml air
Serbuk perasa (seasoning)
Minyak secukupnya
Cara-cara boleh tengok gambar dibawah :
1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis menggunakan pisau buah. Kalau nk guna penyagat (slicer) pun boleh.
2. Panaskan air bersama cuka. Dah mendidih baru masukkan hirisan kentang tadi, rebus sekejap dalam 3 minit.
3. Angkat dan bilas kentang tersebut. Lepas tu toskan sebelum menggoreng.
4. Panaskan minyak dan goreng sampai kentang garing.
5. Dah nampak garing boleh lah angkat kemudian tabur serbuk perasa kesukaan anda. Macam saya guna serbuk perasa jenama Bon Chef, beli kat kedai eco jer.
Saya buat api sederhana besar tapi kena selalu kacau-kacau sebab kentang tu nipis cepat hangit. Nak tau dah garing kentang tu nanti akan senyap dalam kuali.
6. Gambar close up..nipis dan rangup. Ni kalau makan sambil tengok tv, know-know finish.
Mingguan Wanita : Menarik juga resipi kerepek kentang yang dikongsikan ini. Kena ikut resipi dan cara betul buat kerepek kentang ini, barulah ia nipis, rangup dan cantik kejadiannya tak hangit bila digoreng nanti.
Pastil? Apa tu? Sekali imbas, macam karipap kan? Tapi bukan. Kalau nak tahu, ia dikenali sebagai PASTIL, sejenis makanan tradisi suku Suluk di Sabah. Apa bezanya dengan karipap ye?
Kalau karipap, biasanya intinya daging dan ayam bersama kentang atau keledek. Tapi Pastil lain. Ha..intinya bihun goreng dan dicecah pula dengan sos cuka. Menarik kan? Jom cuba untuk minum petang ni.
Bagi orang semenanjung, ada ke yang pernah makan? Orang Sabah mungkin dah biasa. Jom cuba buat Pastil ini pula! Resipi ini dikongsikan oleh Puan Tads Mahar, yang berketurunan Suku Suluk Sabah. FB:https://www.facebook.com/tadzmahar.ibnuhajar
PASTIL
Bahan Kulit @ doh:
1kg tepung gandum
2 sudu tepung jagung
1 cawan kecil minyak
2 sudu marjerin
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Bahan Inti:
1/2kg bihun – rendam
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit kicap
Sedikit air
Garam dan gula
Minyak masak
( Kalau nak letak sayuran terpulang seperti taugeh atau kubis)
Bahan Sos Cuka:
Sedikit cili padi (ikut selera nak pedas atau tak)
5 sudu besar cuka
¾ cawan air masak
Sedikit garam dan gula
Sedikit kicap manis
Penambah perasa (pilihan)
Cara Memasak:
Untuk membuat inti: gorenglah bihun macam biasa. Tumis bawang putih dan bawang merah. Letak air sedikit dan kicap. Tambahkan garam dan gula. Biarkan sejuk, boleh buat doh pula.
Untuk membuat doh, campurkan tepung gandum dan tepung jagung dalam satu bekas. Panaskan minyak dan marjerin dalam kuali. Tuang ke dalam tepung tadi dan gaul sebati (minyak dan tepung). Campurkan air masak dengan garam dan gaul sehingga larut
Tuangkan sedikit demi sedikit dalam adunan tadi. Uli doh sehingga tidak melekit di tangan. (nak doh sebati, uli dalam 30 minit). Bila sudah sebati, rehatkan doh 30 minit. Selepas tu bolehlah digelek menggunakan mesin agar doh elok nipis.
4. Ambil sedikit doh yang sudah dicanai nipis, letakkan bihun di tengahnya dan bolehlah dibentuk dalam acuan karipap atau boleh klim secara manual. Ulangi langkah hingga selesai.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng hingga masak, tos dan ketepikan. Untuk membuat sos cuka; tumbuk cili padi dan 1 atau 2 ulas bawang putih sehingga lumat. Mmasukkan ke dalam mangkuk dan letaklah cuka, air masak, garam, gula, kicap dan penambah perasa (seeloknya buat masa rehatkan doh).
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.