jus anti kanser

Kanser itu pembunuh no. 1 kaum wanita. Sebelum penyakit ini menyerang, wanita perlu ambil langkah berjaga-jaga. Kawal pemakanan yang diambil dan mulakan dengan diet yang seimbang. Ambil makanan yang kanser takut nak dekat. Tentulah dari bahan semula jadi yang bebas makanan tiruan atau pengawet.

Jus anti kanser yang diperkenalkan Puan Nurul Diyana Kamaludin ini dihasilkan dari kombinasi bahan-bahan semula jadi yang dipercayai dapat membantu melawan sel-sel kanser dan membantu pemulihan sel-sel tubuh badan, rawat keradangan kulit dan sendi.

Jus ini mempunyai kesan penyembuhan yang kuat. Sangat bagus diamalkan sekali atau dua kali sebulan untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.”

Amaran!

√    Tak boleh diambil ketika haid dan mengandung
√    Dilarang ambil setiap hari

Bahan-bahan Yang Diperlukan

Nenas masak
Lemon
Kunyit
Halia
Minyak kelapa dara
Lada hitam

jus anti kanser

Setengah biji nenas madu

jus anti kanser

3 hiris lemon. Jangan buang kulit.

IKLAN

jus anti kanser

Seketul halia.
Seruas kunyit
Setengah sudu teh lada hitam biji

jus anti kanser

Satu sudu teh minyak kelapa dara (VCO)

jus anti kanser

IKLAN

Masukkan semua bahan ke dalam blender.

jus anti kanser

Tambah 1 gelas air suam.

jus anti kanser

Tambahkan satu sudu teh minyak kelapa dara

IKLAN

jus anti kanser

Kacau sebati.

jus anti kanser

Sedia diminum. Minum dalam tempoh setengah jam untuk kekalkan khasiat jus. Boleh tambah nenas untuk lebih manis dan kurangkan halia untuk kurangkan rasa pedas.

Nota: Boleh tambahkan nenas jika mahu lebih manis dan kurangkan halia untuk kurangkan rasa pedas.

Khasiat Setiap Bahan Dalam Jus Anti Kanser

Nenas

  • Terbukti 5 kali lebih berkesan merawat batuk berbanding ubat batuk.
  • Sebagai penawar kanser tiroid
  • Mampu mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel kanser
  • Mengatasi masalah kencing tak lawas
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Mengatasi masalah pencernaan

Lemon

  • Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yang terasa pahit, menjadi ubat kanser yang berkesan dalam perubatan moden.

Kunyit

  • Mengandungi kurkumin, agen anti kanser yang sangat kuat

Halia

  • Mencegah barah usus
  • Mengurangkan kesakitan dan keradangan kulit/sendi
  • Membantu mematikan sel dalam kanser ovari
  • Menguatkan sistem kekebalan tubuh
  • Mencegah demam dan selsema
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Mengatasi mabuk perjalanan

Minyak Kelapa Dara (VCO)

  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi
  • Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus
  • Meningkatkan kadar metabolisma
  • Mengawal kencing manis
  • Antioksida semulajadi.

Lada Hitam

  • Membantu penyerapan nutrisi dalam tubuh
  • Mencegah perkembangan tumor dalam kanser payudara
  • Kombinasi lada hitam dan kunyit mempunyai kesan anti kanser yang lebih tinggi

Sumber/Foto: Nurul Diyana Kamaludin via Mingguan Wanita